View Single Post
  #1  
Old 09-09-2009, 03:59 AM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Kucing untuk Adoption

KUCING2 UNTUK DI ADOPT

Salam Ramadan semua...
Ramai yang bertanya Pakcu, tak ada ker kucing untuk diadopt atau ada ker kucing yang nak diberi percuma? hehhe... Jawapannya ada, cuma tidak lah diberi percuma. Bukan apa, selalunya benda yang kita dapat percuma, kita kadang2 tak hirau sangat, tapi kalau ada kos yang harus dibayar, kita akan menjaga nya dengan baik. Lebih-lebih lagi untuk kucing, makhluk Tuhan yang comel dan bernyawa, yang harus diberi perhatian dan kasih sayang. Pakcu lepaskan semua kucing ini dengan kos yang Pakcu rasa patut dan perlu untuk kucing, agar kedua-dua pihak merasa tidak terbeban dengan kos, dan juga merasa akan bertanggungjawab dengan kucing itu seterusnya.

Ok, seperti yang diminta inilah sebahagian foto kucing yang kini menanti untuk di adopt.



Adoption Fees : RM 100.00 / se ekor
(RM 50.00 untuk kos vaksin, deworm dan rawatan perubatan/penjagaan, RM 50.00 untuk kos makanan dan aksesori yang harus dibeli bersama)

Semua kucing di atas akan dilepaskan lengkap dengan kad kesihatan, vaksin dan deworm, sihat dan aktif. Untuk menggalakkan bakal adopter supaya neuter atau spay kucing di atas, Pakcu menawarkan harga istimewa untuk surgeri kucing2 tersebut : Neuter (Jantan) RM 70.00, Spay (Betina) RM 100.00. Juga tawaran kepada bakal adopters yang ingin mendapatkan kucing-kucing diatas sebelum hariraya ini, harga istimewa boarding akan diberikan pada kucing2 tersebut sekiranya boarding raya di Pakcu Usual Pet Shop n Clinic.

Untuk itu kepada yang berminat, sila call/sms Pakcu kat nombor yang tertera kat atas tu dan nyatakan No kucing tersebut dan bila nak ambil. Harus diingat, cara adopt ini adalah mengikut kepada siapa cepat bayar dia dapat.

Sekian dan Salam Ramadan sekali lagi dari Pakcu.
Reply With Quote