View Single Post
  #29  
Old 06-23-2011, 12:53 AM
irwan irwan is offline
Banned
 
Join Date: May 2011
Location: Seberang Jaya
Posts: 32
Rep Power: 0
irwan is on a distinguished road
Exclamation Re: certificate cfa. tukar nama owner, how?? please help.

Quote:
Originally Posted by kiwiCiku Graphy View Post
its happend already and do you want other peoples get the same exp like you?? just expose the name of breeder and the cattery, so people will know and some how it must be stop
Totally agree... Or the best thing is IF he threaten you for not doing as promised. Report to the police!

Kita ada undang2 dan dgn cara yg kamu cerita tentang cara dia 'ternak' kucing kucing tuh dia patut dikenakan hukuman. Apetah lagik dgn menipu pula orang2 dengan janji2 manis menusuk kalbu dia tuh... (dah macam tajuk album dah nie)...

Sharing an article regarding this matter :

Quote:
Denda RM10,000 aniaya haiwan

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Pemilik yang mengabai dan menganiaya binatang peliharaan dan ternakan bakal berdepan hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya sekali apabila pindaan terhadap Akta Binatang 1953 (Pindaan 2006) dilaksanakan kelak.

Pindaan dilakukan bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pemilik yang tidak menjaga kebajikan dan mengabaikan haiwan peliharaan dan ternakan masing-masing hingga mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin (gambar), berkata ketika ini, mereka yang melakukan kesalahan itu hanya didenda RM200, tidak setimpal dengan kesalahan dilakukan.

“Justeru, kita ingin meminda undang-undang sedia ada supaya mereka menzalimi haiwan dikenakan tindakan lebih tegas dan berat.

“Cadangan pindaan itu sedang dikaji Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kami harap ia dapat dibentangkan di Parlimen tahun depan sebelum diwartakan,” katanya, semalam.

Dr Abd Aziz berkata, usaha meminda akta itu untuk memberi kesedaran kepada pemilik haiwan ternakan dan peliharaan seperti anjing, kucing, lembu dan kerbau supaya tidak membiarkan ternakan mereka berkeliaran.

Selain itu, jabatan memperkenalkan satu garis panduan penangkapan dan pelupusan anjing terbiar bagi memastikan haiwan itu dikawal dan dilupus dengan kaedah betul.

Menurutnya, garis panduan itu bagi memastikan penangkapan, penyediaan tempat tinggal dan pelupusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dilakukan dengan cara berperikemanusiaan dan tahap kesakitan serta penyeksaan minimum.
Reply With Quote