View Single Post
  #1  
Old 12-16-2010, 02:28 PM
maris_sa528 maris_sa528 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Oct 2009
Posts: 111
Rep Power: 15
maris_sa528 is on a distinguished road
Default Kenapa perlu guna ejaan yang betul ketika menulis?

Sekadar ingin berkongsi satu artikel kelakar yang bagus tentang salahguna ejaan dari generasi muda sekarang ketika menulis, termasuk yang sering berlaku dalam Forum Petfinder ini.

Artikel keseluruhan boleh didapati di link di bawah:
http://anuox.blogspot.com/2010/12/or...rkelakuan.html

Contoh ayat yang diambil dari perbincangan
"Haha.. cian dk kcik nieh...cper la agk nyer erk y rkm nieh, ptot nyer pjok la dk kck nieh.. huhu.. rse nyer lp kete uh ley bckp lmer da cia mara dk kecik nieh.. huhu.."

Komen Penulis
Hanye dua alasan yang boleh diterima kalau orang tulis macam ni. Satu, die menghidap dyslexia. Dua, beliau hanya ade satu jari untuk menaip, jadi kepantasan menaip menjadi kurang empat kali ganda (sebab purata manusia hanye gune 4 jari untuk menaip) maka beliau perlu mengoptimumkan penggunaan jari.

Aku mengambil masa seminit untuk betul-betul paham ape yang die tulis. Dan itu mendatangkan amarah, sebab manusia mencipta tulisan untuk memudahkan komunikasi, bukan menyusahkan. Bile kau tulis "dk kck", macam-macam perkataan yang tampil dalam kepala aku seperti duku kacak, daki kocek, duck kick, dick kecik, dok kecek (kelate), dekat kemuncak, duka kecelakaan dan sebagainya. Bagaimana neraka kah aku nak tau yang sebenarnye kau nak tulis "budak kecik"?

Dan sejak bile short form untuk "kalau" adelah "lo"?

Paling ironik sekali ialah bile kau sanggup tulis "rse" untuk "rasa" (ye la sebab bile buang satu "a", kau jimat 0.00000054 saat dan kalau kumpul-kumpul sepanjang hidup, boleh jadi 5 minit, banyak tu), tapi tibe-tibe kau boleh tulis "nieh" dan "nyer" sedangkan "ni" dan "nya" adelah lebih pendek, lebih tepat dan sangat-sangat socially acceptable. Takde orang akan cakap kau skema kalau kau tulis "budak ni" instead of "budak nieh".


Haha. Harap untuk sesiapa yang suka menggunakan shortform yang bukan-bukan selepas ini sila pertimbangkan tahap pemahaman orang lain ataupun orang akan menganggap anda DYSLEXIA ataupun kurang bilangan jari untuk menaip.
Reply With Quote