View Single Post
  #2  
Old 05-28-2011, 10:47 AM
Felix The Cat's Avatar
Felix The Cat Felix The Cat is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 3,339
Rep Power: 19
Felix The Cat is on a distinguished road
Default Re: Tolong Telinga Cheezy Ada Darah

Quote:
Originally Posted by YanAlberto View Post
Nak tanya lah, saya ada problem dengan Cheezy ni, kelmarin masa saya nak bersihkan telinga nampak ada darah kat dua2 telinga, lepas tu saya bersihkan dan nampak ada garisan luka, saya agak mungkin dia terluka masa dia menggaru telinga dia, saya letak minyak gamat kat luka dia tapi boleh ke?
Lagi satukan saya perasan Cheezy selalu menggaru telinga dia tapi bila saya tengok takde pulak kutu ke apa ke semua bersih, kalau time dia menggaru tu macam nak tercabut telinga dia saya tengok nampak macam kuat n laju je dia menggaru.

Masalah lg satu tadi malam saya perasan lagi telinga Cheezy ada keluar macam cecair hitam...saya x tahu la itu darah ke atau tahi telinga dia tapi sejam lepas saya bersihkan cecair tu keluar lagi...cecair apa tu...?????
Salam Yan,

Kalo ada luka lagi elok letak minyak gamat sebab minyak gamat dah ternyata menyembuhkan luka luka di badan manusia maupun badan binatang.

Bila letak minyak gamat kat telinga Cheezy tu pastikan tak ada minyak yang masuk kat dalam telinga ye. Just sapu minyak kat jari dan lap lap kat luka tu.

Nurul rasa, telinga Cheezy tu ada 'ear mites' tu yang menggaru ngan lajunya.

Tanda tanda kucing ada 'ear-mites' :-

1) Bila dah bersihkan telinga kucing hari nie, sok akan kotor balik.
2) Tahi telinga banyak dan berwarna hitam pekat atau coklat pekat. Ni adalah disebabkan 'ear mites' tu mengorek ke dalam telinga dan bila mereka korek mereka akan tolak tahi telinga tu kuar tu yang telinga kucing tu akan banyak tahi telinga.

Cara untuk menghapuskan 'ear mites' :-

1) Cuci telinga kucing. Buangkan segala kotoran dari telinga. Masa cuci hati hati supaya tak korek dalam dalam.
2) Lepas bersihkan telinga kucing, letak dua atau tiga titik 'Troy Cranker Ear Drops', Ilium, Surolan atau Earrific (nama jenama ubat untuk earmites. Boleh beli mana mana sebab semua pun untuk earmites. Tapi yang effective Troy la) ke dalam telinga kucing. Lepas tu usap usap kat bawah telinga kucing tu supaya ubat tu meresap ke dalam. Amalkan dua kali sehari (pagi dan petang). Ear mites akan hilang dalam masa 3 hari je

Selamat mencuba.
__________________

Felix The Cat - Dee wonderful wonderful cat!
http://felixthecats.weebly.com
http://livinginmyworld-phyllis.blogspot.com/
Reply With Quote