Thread: Binturong
View Single Post
  #3  
Old 06-28-2009, 08:21 PM
Bareen's Avatar
Bareen Bareen is offline
Kucing Garong
 
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
Bareen is on a distinguished road
Send a message via MSN to Bareen Send a message via Yahoo to Bareen Send a message via Skype™ to Bareen
Default Re: Binturong

Masa civet aku hilang dulu, sampai termimpi-mimpi aku dia balik semula. Anak saudara aku pulak sampai tergigau dia, dalam tido cakap pergi cari civet. Itu lah masa tengok baby biturong nih seronok betuk dia. Belum beli lagik dia dah namakan baby tuh Cabet dan Baybet.

Biturong ni kazen-mazen ngan civet. Sekali pandang memang cam civet cuma dia ada belang terang kat muka dia. Civet muka dia cam pakai topeng. Bau dia pulak tak sama cam bau pandan civet. Bau dia cam bau.... lobby cineplek, bau buttered popcorn yang masih panas.

Emak dia masih ngan orang yang bela dia. Parent baby ni dah didomesticated cam kucing biasa. Lagi pun orang yang bela parent baby nih pun banyak bela kucing pelbagai baka. Aku ambik dari orang tu RM200 sepasang.

Binturong nih biasanya kita gelar dia Bear Cat. Biasa ada kat zoo atau wildlife. Yang hitam besar, tido atas dahan ngan 4 kaki berjuntai tu lah bear cat. Aku nih memang sengaja nak carik nahas bela binatang yang leh membesar sampai 20kg. Sebesar anjing labrador. Yang pernah aku tengok semua bear cat yang besar-besar. Ada gak wish dalam hati nak bela, tak sangka lak jadi kenyataan. Kalau search online jarang dapat imej binturong yang masih baby. Kebanyakan yag dah tanggal bulu baby dan tukar jadi bulu hitam dan kasar. Masa nih bulu dia lembut.

Compare ngan civet, baby binturong nih lebih manja. Kalau dudok atas lap, dia curdle sambil grooming. Tapi kalau dia dah jilat anu dia, alamat nak berak lah tu. Hari nih 2 kali buat cam tu, dok kat lap tetiba berak, aku sambut pakai tangan jer. Tapi tak bau, bau pisang jer aku tak kisah. Kalau kucing, aku tak nak buat cam pu....
Reply With Quote