Thread: DIY Cat Product
View Single Post
  #358  
Old 09-13-2009, 11:47 PM
euanna's Avatar
euanna euanna is offline
Call me Yuana or Yan ;)
 
Join Date: Jan 2009
Location: Bdr Sri Permaisuri, Cheras
Posts: 710
Rep Power: 16
euanna is on a distinguished road
Default Re: DIY Cage & Cat Tree

Sekian lama tak post kat sini (budget lari nak buat projek DIY/ takde kenderaan untuk angkut bahan2 dan jugak takde kedai hardware yg ada bahan2 yg diperlukan ).

Oleh sebab raya dah dekat sangat, saya terpaksa membina sebuah banglo untuk anak2 bulus kat rumah parent saya di JB.. Balik raya lama jugak, nak hantar boarding mahal sangat pulak (lebih2 lagi ada 3 anak bulus ni.. ), maka saya pun nekad pinjam kereta bapak, untuk angkut anak2 bulus bawak balik JB khamis ni. Sementara tu, saya dan parent saya bina mahligai untuk anak2 kaki empat ni.. Mula2 nak buat cage frame PVC pipe aje, tapi parent saya beli metal rack untuk dibuat frame, lepas tu tak cukup pulak (dan metal rack tu dah naik harga, masa promosi kat Tesco, RM 32.. tapi masa nak beli lagi, dah naik rega RM129 ). So, mak saya beli angle bar utk buat extension tingkat atas. Dua hari bertungkus lumus, akhirnya siapla banglo untuk anak2 bulus...



Kos semua, lebih kurang RM200 (tak pasti nilai tepat sebab ada material yg parent saya beli dulu sebelum saya balik JB). Saya design cage guna AutoCAD dan bapak saya yg banyak tolong buat drilling dan pasang hinge. Bila fikir2 balik, guna angle bar untuk buat frame semua sekali lagi senang.. tapi dah beli metal rack baru mak saya terfikir pasal angle bar .

Projek kedua, DIY cat tree.. saya buat kat JB gak sebab bahan2 senang dapat dan bapak saya ada peralatan untuk buat cat tree (driller, grinder, pemotong kayu, etc). Lagipun bapak saya lebih mahir bertukang dari saya

Ni dia produk yg siap..




Kos semua tak sampai RM50. Buat masa ni cat tree ni "bogel" lagi.. sebab kelam kabut buat lepas siapkan cage tadi pagi. Lepas ni maybe akan "touch-up" sikit dengan tali sisal untuk scratching dan karpet untuk alas plywood tu
Attached Thumbnails
Click image for larger version

Name:	DSC01075.JPG
Views:	5172
Size:	62.7 KB
ID:	7314   Click image for larger version

Name:	DSC01077.JPG
Views:	7329
Size:	86.9 KB
ID:	7315   Click image for larger version

Name:	DSC01079.JPG
Views:	3081
Size:	53.6 KB
ID:	7316   Click image for larger version

Name:	DSC01080.JPG
Views:	5431
Size:	33.8 KB
ID:	7317  
Reply With Quote