View Single Post
  #2  
Old 10-19-2009, 06:20 PM
nurkasih's Avatar
nurkasih nurkasih is offline
~feline attaché
 
Join Date: May 2009
Location: Georgetown, Penang Island~
Posts: 1,612
Rep Power: 16
nurkasih is on a distinguished road
Default Re: Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!!

Quote:
Originally Posted by abgraldo View Post
Salam n Selamat Sejahtera semua...
Mungkin ada yang dah tau pasal kisah ni tapi mungkin ramai yang tak tahu. So kat sini Pakcu nak ceritaler sikit nasib malang yang telah menimpa Pakcu. So, lepas baca (sorryler panjang sikit...), ada sapa2 yang boleh tolong selesaikan or bagi tips camana nak selesaikan, Pakcu harap sangat dan sungguh berterima kasih.
Cam ni ceriternyer....
Pada bulan 7, kedai Pakcu didatangi oleh satu couple melayu dgn dua org anak kecik (laki/pompuan umur 4 n 6 thn (agaknyer). Kononnye pet lover, so they all beliler hamster dua ekor beserta dengan cage dan accesories lain, lebih kurang dalam 90.00. Masa bayar, bapanyer pun introduce diri sebagai Pegawai Kastam di Kelana Jaya nama AZMAN n offer kat Pakcu untuk beli barang rampasan kastam dengan harga murah. At that time tak der lagi nak beli apa2 so tak der la order. Pada bulan 8, Azman ni datang lagi, offer TV LCD Sony, minat gak tapi sebab tak penting sangat so tak der gak order. Pada bulan puasa datang lagi, kali ni ada bawak I-Charger utk kereta, yg kat luar dlm 400 - 600 gak reganya. Lepas test kat kereta Pakcu, so Pakcu belila dgn rega 50.00.
Tengah bulan puasa PC Pakcu rosaklak... so terfikir nak beli laptop lak. So lepas raya, 26 Sept, Pakcu contactler si Azman nih, dia kata ada brand Sony Vios siap bagi nama model dua tiga. So, lepas runding harga Pakcu pun setujuler, n vet Pakcu n staff lain pun nak gak, so order ler 4 bijik.
27hb Sept dia dtg kedai, nak bawak Pakcu gi pejabat kastam nak amik barang tu. Pakcu offer bawak keta Pakcu, tapi Azman kata keta Pakcu tak boleh masuk, keta dia boleh sebab ada sticker Kastam (Pakcu tgk memang ada) so Pakcu agreed. Azman ni ada bawak anak dia dua org dalam keta sekali. Dalam keta sembang2 pasal kastam, semua dia tahu (betul tidak tak tahu ler). So, sebelum sampai kat Pejabat Kastam Hulu Kelang, dia kata HP berkamera tak boleh bawak masuk so dia suruh tinggalkan dalam dash board, n ic n wallet pakcu pun tak boleh sebab dia kata dia jual kat adik, nanti dia org tengok ic lain tak boleh. Kalau org tanya, cakap je terlupa bawak.
Sampai jer kat Pejabat Kastam, so kitaorang pun parkingla kat tempat kereta2 kastam parking. Masa ni dia suruh serahkan duit nak beli laptop tu and suruh Pakcu tunggu kat situ. Pakcu pun bagi ler duit, bukak pintu kereta n keluar. Elok jer Pakcu keluar, terus dia cabut dengan kereta. Masa tu Pakcu masih ingat dia pergi gudang nak amik barang, tapi bila Pegawai Kastam keluar, n tanya Pakcu buat apa kat situ, barula Pakcu sedar Pakcu ditipu. Masuk Pejabat Kastam, rupanyer dia memang dah wanted and nombor telefon dia pun ada kat situ. So Pakcu pun terus buat report kat Balai Polis Hulu Kelang depan tu. So cash almost 4k, Ic/Lesen/HP lesap.
Malam tu Pakcu check kat internet, rupanya dah ramai yang kena tipu dengan si Azman nih. So mlm tu Pakcu SMS la si Azman nih mintak dia pulangkan barang2 Pakcu balik, IC/Lesen/HP sebab benda2 tu penting, duit tu nak curi, curi la. Malam esoknyer dia balas, dia kata kalau nak barang tu balik bagi dia 20k. Huh... Pakcu pun negotiate ler dgn dia, so dpt la kurang sampai 8k. At the same time Pakcu dah beritahu Polis and we all try nak trap dia, tapi bila tiba tempat tu, dia suruh bank in kan pulak. So tak berjayala trap dia.
Esoknya Pakcu beritau dia, Pakcu dah buat report polis sebab dia suruh Pakcu bank in kan. Dia ugut nak bakar kedai, bakai kereta, nak malukan Pakcu and until today Pakcu dok terima lagi sms threat ni.
Yang Pakcu kecewa and sedih ialah pihak Polis, Telco and Bank macam tak bersungguh nak selesaikan kes ni. Semua maklumat dah ada. No akaun bank (dia kata akaun isteri dia), photo fit pun dah buat, photo dia kat CIMB ATM (petang 27hb tu dia try to use Pakcu nyer bankard tapi tak berjaya so kad kena telan kat Shell Tiram Sg Besi), No. Phone dia. Polis beritahu Pakcu dia org dah check akaun bank tu tapi alamat dia tak ujud. Memangler, kalau dia ada niat nak tipu, tak kan dia bagi alamat betul. Tapi masa bukak akaun tu mestilah kena bagi copy of ic n kat situ mesti tau no IC and alamat tetap dia. So Polis patut la siasat sampai ke situ. Ni tak, bila alamat tu tak ujud, dia org stop siasat n nak tunggu Bank confirm alamat yang betul. Mana la dia nak bagi alamat betul!!. Bila Pakcu pegi Telco Centre, dia org pun tak boleh nak tolong, walaupun Pakcu bagi police report. Seolah-olah dia org ni pentingkan business dia dari nak menyelesaikan jenayah. Pakcu cuma nak tau kat mana location number tu (dia mesti register pakai nama n ic org lain), i believe all Telco boleh trace location tu, tapi dia org kata tak boleh sebab benda tu nak buat kena dapat permission dari yang empunya nombor. Pelik betul, dia org lebih pentingkan privacy penjenayah dari mangsa jenayah. Bila Pakcu pergi Bank, bank pun tak bole tolong. Pakcu bagi semua polis report (ada 2 - Kecurian dan Ugutan). Pakcu nak mintak no ic pemegang akaun tu jer, lepas tu bolela Pakcu siasat dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk dapatkan gambar n alamat tetap isteri dia tu. So bolehlah tau siapa Azman tu. Bank pun tak bole tolong, dia kata itu privacy and tak boleh release kat third party. Kena tunggu Polis bawak surat dari Bank Negara. Kalau Polis tak buat kerja, so sampai bila-bila la kes ni masih tergantung.
So, Pakcu punyerla stress, nak buat kerja pun tak boleh, selagi dia ni tak kena tangkap, selagi tu ler dia akan ugut Pakcu. So, Pakcu harap all forumers be careful kalau ada menerima sms or offer dari org macam ni. Some of forumers number ada dalam hp Pakcu yang kena curi tu, so probably dia akan hantar sms offer barang2 tu. Pakcu percaya mula tu dia akan cakap wrong number, tapi bila kita tunjuk minat baru la dia akan proceed. So, seeloknya, bila dapat sms macam tu, pura-puralah tunjuk minat. Lepas tu call Pakcu and Pakcu akan call polis dan kita trap dia sama2. Pakcu dah tak boleh harap dah kat Polis utk tangkap dia. Kalau Pakcu ni celebrity or orang besar, mungkin la dia org tu akan bersungguh, tapi Pakcu ni org biasa jer, so report hanya tinggal report jer la. Pada kawan-kawan or yg ada kawan, yang boleh trace location number hp tu, please help Pakcu. Sama-sama kita trace si Azman ni untuk membolehkan dia ditangkap oleh Polis dan menoktahkan kegiatan jenayah nyer.
Terimakasih semua sebab baca ceriter Pakcu nih.
Macam cita industan pun ada..tapi itulah real life kan pakcu..

Bf sayer dah hangus RM3k dalam 2 months ago..sebabnyer kan..diornag pandai..kalau tempat baru..dia bagi barang tueh pada ornag lapis pertama... pasteu lapis kedua hanguslah duitnyer.. bf sayer lapis kedua.. hangus..dia pun redha ja sbbnyer saya dah warn dia..dia tak dengar... let it be a lesson for him and others jugak..

Tak tahulah sama ke tak keadaannyer.. tapi diornag jual barang kastam rampasan katanya...
__________________
Curiosity killed the cat, but where human beings are concerned, the only thing a healthy curiosity can kill is ignorance.~Harry Lorayne
Reply With Quote