Re: Rehydration
Hi Manja,
At the moment, saya ada 3 ekor anak kucing yang saya hand feed sebab ibu kucing tak cukup susu untuk menyara ketiga anak ini. Ibu kucing telah menjalani surgeri untuk membuang anak yang terlekat dan mati dalam perut masa delivery. Disebabkan surgeri itu, dia kekurangan susu. Anak kucing terpaksa menghisap sepanjang masa tapi perut tak penuh-penuh. Saya mula hand feed dari umur mereka 5 hari bila ibu kucing pegi surgeri.
Untuk kucing yang kecil, kita tak boleh paksa dia menelan susu dengan cara guna pepet atau syringe. Apa yang saya guna ialah pitalan kapas yang dicelup dengan susu Dutch Lady Fresh Milk. Untuk mengenalkan anak kucing dengan cara ini, lembab kan kapas dengan susu, pastikan jang terlalu banyak menakung susu dalam kapas. Bila anak kucing mengeow, masukkan hujung kapas ke dalam mulut. Mula-mula dia akan reject tapi cuba lagi. Bila dia dah merasa susu, dia akan menghisap dengan sendiri. Bila dia sudah biasa, dengan mudah menyusu anak kucing tanpa memaksa dia membuka mulut.
Sebaiknya guna kapas baru selepas setiap hisapan sebab kapas yang telah dihisap susunya akan berlendir dengan air liur. Bagilah sampai anak kucing kenyang atau perutnya kembung dan rasa keras.
Sebelum bagi susu, stimulate-kan anak kucing supaya kencing atau berak dengan mengusap dengan kapas atau tissu kat anu dia. Part ini, ibu kucing yang buat sebab dia masih lagi menjaga anak-anak dia. Cuma menyusu dia perlu bantuan.
Saya guna facial cotton, sekeping digunting jadi 6 jalur. 1 jalur dilipat 2 dan dipintal. Saya estimate sekor kucing akan guna 2 keping/12 jalur untuk kenyang.
Dulu saya pernah cuba guna susu khas untuk pet tapi tak berjaya selamatkan anak kucing yang tak beribu. Dengan fresh milk DL nih takda masalah ciritbirit pada anak kucing. Malah saya ada sekor anak kucing yang diselamat dari tepi jalan yang baru bukak mata, feed dengan DL guna kapas sekarang jadi hero di rumah.
__________________
|