rakan2, sharina kini di kluang bercuti. tapi setiap hari dapat update cerita si mimi and sandy.
mimi sekarang dah pandai main lompat2 dengan lari2. lepas tu suka naik2 tilam si rizom bile kene marah buat2 muka merajuk. nak kasi pujuk senang je, kasi makanan kat dia..haha...
ada cerita 1 ni lagi best, beberapa kali die pee merata2, bf shan pun marahla dia, pastu bf shan geram tak tegur and main dengan mimi. si mimi datang kat bf saya, siap naik atas badan, meow gaya2 cute sambil cium2 hidung bf saya. gaya2 pujuk la tu. pandai pulak tu pujuk tuan dia.
lepas tu dah pandai belagak sikit2, kawan bf saya nak pegang dia, dia tengok lepas tu bangun duduk tempat lain, kemudian si mimi pandang balik kawan bf , saya tu gaya2 "hem tengok je boleh sentuh tak boleh,"
. yang kelakar tu kawan bf saya kata, "huh, sombong, sandy lagi best, menyejukkan hati, ni sombong, malas kawan,"
@ kak marrisa: dia ok sekarang nakal & degil. tak makan saman kalau orang marah.
si sandy lagi senang jaga, kata tak boleh. dia terus tak buat lagi.
@ nana: ok pasni saya tgk album nana. saya pun nak buat la album tuk sandy
@ tedi: thanks for the support tedi. mimi pasti memerlukannya. buat masa ni bf saya mandikan die 2x seminggu dengan shampoo malaseb nak kasi buang semua itu kurap.
@ neko: hehe..ok u got it, saya pasti update till die berbulu semua. bf saya kate bulu die dah tumbuh sikit, sangat lembut.
tapi saya belum dapat pegang lagi sebab kat kampung.
sandy, daku amat merinduimu~~~