Salam kak zai,
saya perhatikan, jika saya mahu mereka di adopt satu keluarga mmg tidak pernah yang mahu. Contohnya 'Silalah ambil 5 beradik ini bersama ibu'. Tiada siapa yang nak.
'Tapi demi kebaikan mereka saya terpaksa ' let go' satu demi satu daripada mereka tidak teradopt dan saya terpaksa menjaga tanpa restu orang tua. =))
Alhamdulillah, 8 daripada 9 kitten yang saya buka untuk adoption sudah di booking dan akan saya serahkan kepada tuan baru pada penghujung bulan ini. Usia mereka dalam 2 bulan lebih. Memang mereka masih kecil , apa yang saya boleh lakukan memastikan mereka yang meng'adopt' sudah ada pengalamn denga kucing. Jadi hati saya tidak berat untuk lepaskan.
Bila sudah berkurangan, InsyaAllah saya boleh membantu anak-anak kucing terbiar yang lain pula.
Mungkin nampak kejam bila kita terpaksa pisah-pisahkan mereka adik beradik dengan ibu, tapi bagi saya yang bersendirian melakukan kerja-kerja 'mengambil' kucing terbiar ini, itu adalah yang terbaik dapat saya buat.