Salam...
Hari tu saya jumpa mak kucing & 2 anak dekat bawah office. Tengok mak kucing tu macam tak sihat, nak bangun pun tak larat. Bawa balik rumah, bagi makan blackwood, dia tak nak. Wet food pun tak nak. Ikan goreng pun tak nak.
2nd day - tengok makanan masih tak berusik. Dia memang tak nak makan. Check mulut dia macam biase je. Try bagi a/d, tak makan jugak.
3rd day - Try lagi force feed a/d dalam mulut dia. Dia telan sikit pastu tak nak makan. Disebabkan kerisauan tahap maximum, try bagi dia makan ikan mentah, mula-mula dia amik bau je, bile bg dia bau sikit kat tempat-tempat yang ade darah ikan, terus dia makan dengan lahapnye. Ayam yang da dibasuh dia tak berapa suka makan.
Lepas tu perangai dia macam singa. Saya letak dia dalam bilik dulu sebab takut bergaduh dengan kucing lain. Ade sekali tu dia tiba-tiba je pergi kat depan pintu dia menjerit kuat sangat. kucing lain semua menyorok bila dengar dia menjerit.
Ok da habis cerita,
sekarang saya nak tahu macam mana nak ajar dia makan kibbles?
Macam mane nak mix kan kibble dengan ikan??
Sebab risau masalah cacing pulak kalau selalu bagi dia makan ikan mentah.