Go

Go Back   PetFinder.my > Pet Welfare, Rescue & Adoption > Animal Protection Laws & Rights

Animal Protection Laws & Rights Discuss on the enacted animal protection laws and how to better protect their rights

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 04-22-2011, 02:24 PM
nur azua nur azua is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Apr 2010
Location: KL..but right now stay in Shah Alam
Posts: 530
Rep Power: 14
nur azua is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to nur azua
Default Pencegahan kezaliman terhadap haiwan

PENGENALAN

Kesedaran awam dan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap kebajikan haiwan dewasa ini telah meningkat. Bagi menangani isu-isu kebajikan haiwan maka Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah berusaha melaksanakan program seperti mempromosikan Amalan Penternakan Haiwan Yang Baik [“Good Animal Husbandry Practice”] dan menganjurkan kempen-kempen menyayangi haiwan. Dalam pada itu, pihak Jabatan juga mengambil tindakan mendakwa mereka yang melakukan kezaliman terhadap haiwan ke Mahkamah.


2.TAFSIRAN HAIWAN


Di bawah seksyen 43, Bahagian IV, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647) “haiwan” bermaksud, sebarang makhluk yang hidup selain daripada manusia dan termasuk mana-mana haiwan, burung, ikan, reptilia atau serangga, samaada liar atau jinak.


3.PERBUATAN MENZALIMI HAIWAN ADALAH SUATU KESALAHAN

(a)Menurut perenggan 44(1)(a) hingga (g), seseorang adalah bersalah melakukan kezaliman terhadap haiwan jika-

(i)secara zalim memukul, menendang, menganiaya, terlebih tunggang, terlebih pandu, terlebih muatan, mendera, memarahi atau menakutkan mana-mana haiwan; atau

(ii)menyebab atau penyebab atau sebagai pemilik membenarkan mana-mana haiwan untuk digunakan sedemikian; atau

(iii)sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap mana-mana haiwan di dalam kurungan atau semasa memindahkannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain, cuai dalam membekalkan haiwan tersebut dengan makanan atau air yang mencukupi; atau

(iv)dengan sewenang-wenangnya atau tanpa sebab yang munasabah melakukan atau meninggalkan apa-apa perbuatan, menyebabkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak wajar, atau, sebagai pemunya, membenarkan apa-apa kesakitan atau penderitaan yang tidak wajar kepada mana-mana haiwan; atau

(v)menyebabkan, mengakibatkan atau, sebagai pemilik, membenarkan untuk ditahan, diangkut, diangkat atau dibawa apa-apa haiwan dalam cara atau kedudukan yang menyebabkannya kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya; atau

(vi)mengambil bekerja atau menyebabkan atau mengakibatkan atau, sebagai pemilik, membenarkan untuk diambil bekerja bagi apa-apa prkerjaan atau tugasan, mana-mana haiwan yang mana disebabkan sebarang penyakit, kelemahan tertentu, luka atau bengkak, atau dalam hal lain tidak layak untuk diambil bekerja; atau

(vii)menyebabkan, mengakibatkan atau membantu bagi melaga atau mengumpankan mana-mana haiwan atau menyimpan, mengguna, mengurus, atau menjalankan atau membantu di dalam pengurusan mana-mana premis atau tempat bagi tujuan, atau sebahagiannya bertujuan, untuk melagakan atau mengumpan mana-mana haiwan, atau membenarkan mana-mana premis atau tempat diselenggara, diurus atau digunakan, atau menerima atau menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana orang menerima, wang bagi membenarkan seseorang untuk masuk ke premis atau tempat sedemikian.

(b)Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh Mahkamah akan dikenakan denda RM200/= atau penjara untuk tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(c)Pemilik haiwan adalah dianggap telah membenarkan suatu kezaliman sekiranya dia gagal melakukan penjagaan dan penyeliaan yang munasabah dalam melindungi haiwan.

(d)Di bawah subseksyen 44(3) Akta yang sama, perlakuan atau peninggalan apa-apa perbuatan dalam proses mematikan, atau persediaan untuk mematikan, mana-mana haiwan sebagai makanan untuk manusia adalah TIDAK TERPAKAI bagi kesalahan kezaliman melainkan tindakan mematikan tersebut atau persediaan berkenaan disertakan dengan penderitaan yang tidak berpatutan.


4.KUASA PIHAK BERKUASA VETERINAR

(a)Menurut seksyen 45, mana-mana pihak berkuasa veterinar boleh-

(i)menangkap tanpa warrant mana-mana orang yang dilihatnya melakukan mana-mana kesalahan menzalimi haiwan;

(ii)memberhentikan dan memeriksa mana-mana haiwan di atas jalanraya atau tempat-tempat awam seandainya ia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa satu kesalahan telah atau sedang dilakukan; dan

(iii)merampas haiwan, kenderaan dan artikel yang ada kaitan dengan kesalahan.


5.PENGADUAN

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan pelakuan kezaliman terhadap haiwan bolehlah dilaporkan segera kepada Pegawai Penguatkuasa (sebagai Pihak Berkuasa Veterinar) di Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti di Lampiran A & B.


Lampiran A


PEJABAT PENGUATKUASA,
IBU PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR
(Mulai 1 Mac 2011)



Pengarah Bahagian Penguatkuasa

Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar
(Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani),
Wisma Tani, Aras 2, Blok Podium 1A, Lot 4G1,
Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62630 Putrajaya.
(U/P: Dato’ Mohamed Radzuan bin Malek)
Alamat Laman Web JPV: http://www.dvs.gov.my/
Alamat membuat aduan (Hantar Ticket):
HTML Code:
http://www.dvs.gov.my/web/guest/komen_aduan
03-8870 2000 (Talian Am)
03-8870 2017 (Talian Terus)
03-8888 6643 (Faks)
019-210 3344 (T/Bimbit)
radzuan@dvs.gov.my


LAMPIRAN B


SENARAI ALAMAT PEJABAT PENGUATKUASA
JAB PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI / W. PERSEKUTUAN & CAWANGAN
(Mulai 1 Mac 2011)



Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis
KM 3, Jalan Raja Syed Alwi,
01000 Kangar,
Perlis Indera Kayangan
(U/P: Encik Abdussalam bin Hj. Harun)
04-979 2616 (Talian Am)
04-976 0750 (Faks)
019-454 4600 (T/Bimbit)
abdussalam@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah
Jalan Dato’ Kumbar,
05300 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
(U/P: Encik Mohd Faiz Bin Ajis)
04-731 0288 (Talian Am)
04-735 8273 (Faks)
019-419 1940 (T/Bimbit)
faiz@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang
Bukit Tengah,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
(U/P: Encik Loganathan a/l Armon)
04-508 4879 (Talian Am)
04-508 4366 (Faks)
019-416 0675 (T/Bimbit)
loganathan@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
Jalan Sultan Azlan Shah (U),
31400 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
(U/P: Encik Tambe Raja a/l Govindasamy)
05-547 5770 (Talian Am & Faks)
019-573 5245 (T/Bimbit)
gtambe@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Cawangan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Komplek Rumah Sembelih,
Jalan Pokok Assam,
34000 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.
(U/P: Encik Nageswara Rao a/l N. Naryasamy)
05-808 7908 (Talian Am & Faks)
019-510 5285 (T/Bimbit)
nageswara@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
Jalan Utas 15/7,
40630 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
(U/P: Encik Subramanian a/l Ellapan)
03-5519 6711 (Talian Am)
03-5519 6711 (Faks)
019-228 0675 (T/Bimbit)
subramanian@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar W. P. K/Lumpur
Jalan Selar 4 (Taman Pertama),
Km 4, Off Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
(U/P: Puan Hasiah bt. Musa)
03-9283 7079 (Talian Am)
03-9287 4587 (Faks)
019-227 5245 (T/Bimbit)
hasiah@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar W. P. Labuan
Jalan Saguking,
Peti Surat 81180,
87021 Wilayah Persekutuan Labuan.
(U/P: Encik Mohd Huruj Bin Paiman)
087- 412 246 (Talian Am)
087- 414 523 (Faks)
019-388 8643 (T/Bimbit)
huruj@dvs.gov.my
013-8738684


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
Lot 1504, Mukim Pantai,
Batu 6, Jalan Jelebu,
71770 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(U/P: Encik Bassri bin Hassan)
06-762 8857 (Talian Am)
06-762 9022 (Faks)
019-660 0167 (T/Bimbit)
bassri@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka
Jalan Ayer Keroh,
75450 Melaka.
(U/P: Encik Mohammad Nizam bin Abdullah)
06-232 5102 (Talian Am)
06-232 6144 (Faks)
019-660 0177 (T/Bimbit)
mnizam@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
Jalan Kebun Teh Lama,
80250 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
(U/P: Encik Tee Thian See)
07-2246958 (Talian Am)
07-224 6961 (Faks)
019-770 5245 (T/Bimbit)
tee@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Cawangan
Jab. Perkhidmatan Veterinar Daerah Segamat,
Jalan Awang,
85000 Segamat,
Johor Darul Takzim.
(U/P: Encik Hazazy bin Ahmad)
07-931 6613 (Talian Am)
07-931 6615 (Faks)
019- 6682800 (T/Bimbit)
hazazy@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan
Kubang Kerian,
16150 Kota Bahru,
Negeri Kelantan Darul .
[U/P: Kapt. (B) Mustafa b. Dollah]
09-765 5183 (Talian Am)
09-765 5183 (Faks)
019-910 4500 (T/Bimbit)
mustafa@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Cawangan
Jababatan Perkhidmatan Veterinar
PT 2995/ Pt2996
Jalan Perumahan,
Taman Damar,
18300 Gua Musang,
Negeri Kelantan Darul .
[U/P: Encik Azhar bin Ahmad]
09-9121964 (G/line)
09-9122015 (Fax)
019-5788871
azhar@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu
Peti Surat 203,
20720 Kuala Terengganu,
Negeri Trengganu Darul Iman.
(U/P: Encik Mohd Tarmizi Bin Othman)
09-6221822 (Talian Am)
09-622 0730 (Faks)
019-936 3120 (T/Bimbit)
tarmizi@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Cawangan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Besut
22200 Kampung Raja, Besut,
Terengganu Darul Iman.
(U/P: Encik Nor Azizan bin Ismail)
09-6955134 (Talian Am)
09-6955133 (Faks)
019- 9422309(T/Bimbit)
azizan@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Negeri
Jab. Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang
Jalan Seri Kemunting 2,
25100 Kuantan,
Negeri Pahang Darul Makmur.
(U/P: Encik Ismail bin Che Ali)
09-513 2277 (Talian Am)
09-514 4043 (Faks)
019-910 0675 (T/Bimbit)
ismail@dvs.gov.my


Ketua Penguatkuasa Veterinar Cawangan
Jab. Perkhidmatan Veterinar Daerah Raub,
Jalan Tengku Abdul Samad,
27600 Raub,
Pahang Darul Makmur.
(U/P: Encik Shafie bin Awang)
09-355 7136 (Talian Am & Faks)
019-910 5596 (T/Bimbit)
shafie@dvs.gov.my

taken from: http://www.dvs.gov.my
Attached Thumbnails
Click image for larger version

Name:	SACR.jpg
Views:	304
Size:	11.4 KB
ID:	10873   Click image for larger version

Name:	Guangzhou cats in cages 2.jpg
Views:	350
Size:	52.9 KB
ID:	10874   Click image for larger version

Name:	images.jpeg
Views:	366
Size:	11.0 KB
ID:	10875   Click image for larger version

Name:	StopAnimalAbuse.gif
Views:	312
Size:	55.6 KB
ID:	10876   Click image for larger version

Name:	sad-kitty2.jpg
Views:	287
Size:	13.2 KB
ID:	10877  

Reply With Quote
  #2  
Old 03-29-2012, 10:54 AM
syanana syanana is offline
Animal Lover
 
Join Date: Oct 2009
Posts: 7
Rep Power: 0
syanana is on a distinguished road
Default Re: Pencegahan kezaliman terhadap haiwan

Semalam tengok berita TV3 , denda akan diubah dari RM200 kepada RM 50,000. Tapi tak tau dah lulus ke belum sebab tak tengok full berita. Ini sebab kes pusat PETKNODE, Damansara. Anyone ade full update pasal berita ni.?
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Tags
animal cruelty

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Klinik Haiwan Mesra Bangi & Putrajaya fantasticat Vets & Docs Reviews 231 06-11-2014 03:09 PM
Kad Pengenalan Haiwan-Kucing,Anjing,Kuda naq1989 Cats & Kittens 36 08-06-2010 01:06 PM
Bladder problem : Tanda2, Pencegahan, Rawatan prinz38i Health, Disease & Diet 28 10-10-2009 12:05 AM
Pusat perlindungan haiwan bahtera noah farrahnize Cats & Kittens 7 09-04-2009 12:11 PM
Denda RM10,000 aniaya haiwan abzalia General Discussion 15 01-14-2009 12:03 PM


All times are GMT +8. The time now is 07:01 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.