Go

Go Back   PetFinder.my > The Animal Corner > Cats & Kittens > Health, Disease & Diet

Health, Disease & Diet Find out the best tips and practices on managing your cat's diet, health care, and issues with diseases from our community of animal lovers

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 07-08-2010, 04:07 AM
Lady Lala Lady Lala is offline
Animal Lover
 
Join Date: Jul 2010
Posts: 2
Rep Power: 0
Lady Lala is on a distinguished road
Question Luka berulat pada kucing

Salam semua.

petang semalam saya tercium bau busuk menusuk hidung sampai nak termuntah dalam rumah. puas saya cari dari mana datangnya bau busuk tu. saya terlihat kucing saya duduk bawah kerusi. lalu saya datang kepadanya, sambil bau busuk semakin ketara.

saya pun check la kucing saya. saya terperanjat bila tengok ada luka yang dah berulat di bawah lehernya. geli tengok ulat tu merengkok2 dalam luka tersebut. ada 1 lubang sebesar syiling 20sen dan 1 lagi memang besar hingga separuh dari lehernya berlubang hingga menampakkan rongga2 dalam tu. sekali tengok macam kaki orang yang kena kencing manis.

saya dan kakak letak minyak gamat. ada terfikir untuk letak dettol n lain2 antiseptik. tapi tak sampai hati tengok dia meronta2 nanti n takut kesan dettol tu pada kucing. sedangkan minyak gamat pun dia dah menggelupur. lepas dah letak minyak gamat, ulat2 tu macam berpusu2 keluar dari lubang. kakak keluarkan ulat guna tweezer je. tu pun bukan semua yang keluar. kucing saya kelihatan sangat lemah tak bermaya.


saya belum pernah pergi mana2 klinik haiwan sebab sepanjang saya menjaga kucing tak ada yang sakit melarat seperti tu. saya bela kucing ni dah lebih 6thn. kucing2 saya memang dibiarkan lepas bebas keluar masuk sesuka hati mereka.

saya nak minta pendapat.
apa yang saya perlu buat? saya nak bawa pegi vet tapi tak tahu berapa kena charge. mesti mahal sebab dah luka teruk macam tu. atau pun saya boleh bersihkan luka tu dekat rumah saja?

harap ada yang membantu.
terima kasih.
Reply With Quote
  #2  
Old 07-08-2010, 07:01 AM
nurkasih's Avatar
nurkasih nurkasih is offline
~feline attaché
 
Join Date: May 2009
Location: Georgetown, Penang Island~
Posts: 1,612
Rep Power: 16
nurkasih is on a distinguished road
Default Re: Luka berulat pada kucing

Happened to me once. Takder mahal pun. Vet bersihkan semua and kasi ubat..

Kalau risau cari vet government. Manybe others dekat your area boleh suggest vet.Do not take chances. Your cat needs the vet.
__________________
Curiosity killed the cat, but where human beings are concerned, the only thing a healthy curiosity can kill is ignorance.~Harry Lorayne
Reply With Quote
  #3  
Old 07-08-2010, 08:22 AM
comot82's Avatar
comot82 comot82 is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Apr 2010
Posts: 75
Rep Power: 14
comot82 is on a distinguished road
Default Re: Luka berulat pada kucing

selama ni, takkan baru semalam baru terperasan ada luka sampai dah berulat....ms nak bg makan ke minum or sambil2 duk belai tak perasan ke...?
tp nak buat mcm mana yer baru perasan....

takpe lah...Lady Lala cepat2 ler bg klinik...mcm kucing sy haritu 2,3 hari tak lega2 gak sakit mata terus sy bw klinik, n 2 hri kemudian terus ok....
Reply With Quote
  #4  
Old 07-08-2010, 02:02 PM
simple simple is offline
-
 
Join Date: Oct 2008
Location: PJ, Malaysia
Posts: 90
Rep Power: 16
simple is on a distinguished road
Default Re: Luka berulat pada kucing

Lady Lala,

Ulat tu munkin maggots kot. Kata vet ulat tu makan daging. (maybe someone else ada better way to describe maggots).
Sy pernah hantar kcg cam tu ker vet, charge nak keluarkan maggots pun berpuluh gak. Terkejut gak. I think charge dia depend on vet mana. Kalau ubat ubatan yg mahal, faham laa juga.

Anyway, better pi hantar ke vet minta dia tlg keluarkan all ulat yg ada. Takut ada yg tertinggal n kcg tu busuk kat dlm. Vet akan sembur air ubat bawah kulit dia to make sure semua maggots mati. Then dia beri ubat2 yg lain e.g. anti-biotics, ubat luka, etc. Ni apa yg vet dulu berikan laa.

Good Luck !
Reply With Quote
  #5  
Old 07-08-2010, 03:30 PM
nurkasih's Avatar
nurkasih nurkasih is offline
~feline attaché
 
Join Date: May 2009
Location: Georgetown, Penang Island~
Posts: 1,612
Rep Power: 16
nurkasih is on a distinguished road
Default Re: Luka berulat pada kucing

my cat kecik (http://isaymiaumiau.blogspot.com/201...-with-vet.html) dulu jadik juga.. you can see from the pictures i letak kat situ... dia jadi berongga tue sbb lama.. dulu vet i,luka dikira baru.. i think kena gigit kot..pastue infected.. so i bawak g vet..dia tekan keluar semua nanah and bersihkan semua dalam tue ( memang my cat mengiau dashyat lah ).. pasteu dia bagi ubat makan n sapu ajer ( kalau tak salahlah).. pastue kurang 3 hari it healed up.. so better you bawak before kucing you kehilangan kakinya.. dulu i kena around RM30++ gitu jer

the same thing with my oren ( si anak angkat).. lepas kejadian terdahulu, i dah tahu..so nampak dia pulak limping sbb bergaduh rasanya dan juga dah bernanah.. i kepung and cuci luka dia.. letak sikit minyak gamat.. pastue esok tue i cuma cuci dan biar dia jilat ja luka dia.. around a week..dia da sihat..

kadang-kadang bukan salah kiter.. ari teu pun i tak perasan kaki dia ada sikit terpelohong sampai dia jalan 'limping' kaki.. I bela semua skali ada 7 ( termasuk anak angkats).. semua i belek betul pun paling kuat seminggu sekali.. and cats are good in hiding sickness... it's not how it happens now..it's more to how to make it better...

p/s dettol and antiseptic..jangan sesekali letak.. poisonous..
__________________
Curiosity killed the cat, but where human beings are concerned, the only thing a healthy curiosity can kill is ignorance.~Harry Lorayne
Reply With Quote
  #6  
Old 07-08-2010, 11:13 PM
MidnightMaiden's Avatar
MidnightMaiden MidnightMaiden is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Mar 2010
Posts: 199
Rep Power: 15
MidnightMaiden is on a distinguished road
Default Re: Luka berulat pada kucing

Lady Lala, rumah u area mana? Maybe ada yg boleh suggest vet yg reasonably priced around ur area.
Reply With Quote
  #7  
Old 07-09-2010, 05:09 PM
Lady Lala Lady Lala is offline
Animal Lover
 
Join Date: Jul 2010
Posts: 2
Rep Power: 0
Lady Lala is on a distinguished road
Default Re: Luka berulat pada kucing

thnx a lot kpd semua yg prihatin.

btw, sy dah bawa kucing sy pegi vet pagi tadi. mula2 sy pegi ke klinik veterinar upm, pj (berdekatan dgn MCIS Zurich). doc[dr.netto] ckp luka tu dah teruk n diorg tak bole buat surgeri kat situ. so, diorg suggest pegi hospital vet upm, serdang. doc ckp maybe kucing sy kena masuk ward...dalam seminggu.doc ckp kalo kes kucing sy ni, masuk wad range dia lebih kurang rm300.

memandangkan sy smp sane pun dah 1030, n dua2 vet tutup pkul 1115 (hari jumaat sj), doc bg lg 1 suggestion. hantar klinik private. sy takut kalo pegi private, sy tak cukup duit. nasib baik doc tau mane klinik yg murah.

ade 2 klinik yg paling dekat dgn rumah sy. klinik2 ni di pj oldtown.
1. ruby's pet clinic(jln gasing)
2. animal health clinic-dr.mukudhan (blkg kindergarden dkt jln. othman)

doc suggest klinik mukudhan sbb murah.

saya pun pegi la ke klinik mukudhan. bile doc tgk pun dia cakap serius. doc kasi bius. memang lentok abis la si panjang(nama kucing sy) sy tu...
mula2 sampai sy dah tnye berape dia charge. dia kata sbb bg ubt mahal (bius) ade la dlm rm120. tapi panjang tak payah duduk ward!

doc bersihkan luka. doc ckp nasib baik kakak sy keluarkan ulat tu dulu sebelum ulat tu makan lagi banyak daging. then, doc bg antibiotic. sebelum tu doc letak powder putih dekat kawasan luka utk bunuh ulat2.

doc bekalkan antiseptic spray dan pil antibiotic. sy sempat minta ubat mata utk anak2 kucing yg kene sakit mata. total semua rm120. saya pun tak tau murah ke tak. yg pastinye, duit sy cukup!

skrg ni, panjang dah sedar. tapi dia duk bising dalam cage n terhuyung-hayang. tadi dah spray antiseptic kat luka tu. abah sy tolong balutkan luka, tak nak bagi dia garu2.

oh ye...sy tak perasan luka panjang sbb dia tak lekat dekat rumah.kucing2 jantan sy semuanya tak lekat dekat rumah.time makan baru masuk.time sakit dah melarat baru cari mama, abah, mummy, ibu diorang.

si panjang ni. dah 2-3 hari hilang. sebelum hilang, ok lagi. tu sbb sy terkejut jugak tengok luka dia.


hopefully, dia kuat untuk lawan sakit tu...insya-Allah..
Reply With Quote
  #8  
Old 07-09-2010, 11:57 PM
nurkasih's Avatar
nurkasih nurkasih is offline
~feline attaché
 
Join Date: May 2009
Location: Georgetown, Penang Island~
Posts: 1,612
Rep Power: 16
nurkasih is on a distinguished road
Default Re: Luka berulat pada kucing

untuk saya tak mahal tue Lady Lala.. oklah reasonable.. for that kinda serious wound yang dah berulat..
__________________
Curiosity killed the cat, but where human beings are concerned, the only thing a healthy curiosity can kill is ignorance.~Harry Lorayne
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Hilangkan kesan cat pada bulu kucing. Halim66 Cats & Kittens 11 06-11-2014 12:32 AM
bagi whiskas junior pada kucing... comot82 Health, Disease & Diet 53 08-22-2013 02:31 AM
Luka Tak Baik-Baik MissBakawali Health, Disease & Diet 37 07-02-2010 08:34 AM
Anak Tasya yang lahir pada 31/07/2009 Daniel Cat TV and Photos 260 11-24-2009 11:04 PM
Third Upper Canine Teeth (Gigi taring ketiga pada rahang atas) euanna Health, Disease & Diet 7 06-18-2009 05:44 PM


All times are GMT +8. The time now is 09:43 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.