Go

Go Back   PetFinder.my > Latest News & Happenings > Member Introductions

Member Introductions Introduce yourself to our fun community and meet some new friends here!

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 10-10-2008, 03:17 AM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

Gambar ini dirakamkan semasa pagi Hari Raya baru-baru ini. Juga sebagai kenangan dan pengenalan diri Pakcu dan seluruh ahli keluarga yang semua minat dan sayang dengan kucing, terutamanya Ayahanda pakcu tercinta. Pakcu ingat lagi, waktu sekolah rendah, Pakcu terasa lucu sungguh bila ayahanda bawak kucing pergi klinik kerajaan kampong sebab luka. Semua yang diklinik tu senyum-senyum kambing bila ayahanda bawak kucing, tapi ayahanda buat tak tahu je. Mulia sungguh hati Ayahanda terhadap kucing dan anakanda sesungguhnya merasa sungguh terharu dan sayu di pagi ini. Di kala ini, masih lagi Pakcu ingat, bagaimana bangga dan sukanya Ayahanda bila anakanda beritahu dan tunjukkan piala kemenangan kucing anakanda.. Ooh sayunya..

Inilah Ayahanda Pakcu tercinta.. sedang merenung jauh di pagi Raya. Tak tahu apa yang difikirkan. Mungkinkah mengenangkan masih ada lagi kah Hari Raya untuknya di tahun-tahun berikutnya... Sebetulnya, ayahanda Pakcu ni baru je keluar dari Hospital pada tengahari Selasa sebelum raya setelah dirawat 5 hari masalah pendarahan dalaman. Pakcu yang bawak ayahanda balik pada petang selasa tu. Dan pada raya kali ini, pertamakali ayahanda tidak dapat menunaikan sembahyang raya disebabkan tidak berdaya. Sekarang ni ayahanda merupakan orang lelaki tertua di kampong Pakcu (83 tahun).. Ya Allah, Kau lanjutkanlah usia Ayahanda ku dan berikan lagi peluang pada ku untuk mengucup tangannya dan memohon ampun darinya di aidilfitri berikut-berikutnya.. AMIN.

Ini Ayahanda bersama Bonda tercinta.. Bonda pakcu pun antara orang tua perempuan tertua (76 tahun) dan tidak juga berapa sihat sejak kebelakangan ini. Juga sangat sayang kucing dan tidak pernah lupa memberi kucing makan. Pakcu masih ingat, waktu Pakcu sekolah menengah, ditunjukkan kepada Pakcu kebolehan kucing bonda mengurut-urut badannya. Waktu tu Pakcu merasa sungguh hairan dan bangga dengan kucing bonda.. walaupun di kala ini anakanda baru tahu, setiap kucing yang manja akan mengurut-urut tuannya. Kini Bonda sudah banyak terlupa dan tidak lagi berdaya..Ya Allah, Kau lanjutkanlah usia Bonda ku dan berikan lagi peluang pada ku untuk mengucup tangannya dan memohon ampun darinya di aidilfitri berikut-berikutnya.. AMIN.

Inilah Pakcu semasa mengucup Ayahanda dan Bonda tercinta, memohon ampun dan maaf di atas salah silap anakanda. Perasan tak Ayahanda Pakcu begitu terharu dan mengalirkan airmata... Oooh Ayahanda Bonda, sesungguhnya anakanda mu ini begitu menyayangi mu..

Menunggu giliran memohon ampun dan maaf

Ayahanda dan Bonda bersama dua dari lima cicit-cicit mereka..

Sebahagian dari 26 orang anak buah dan 5 orang cucu Pakcu. Anak pakcu? Pakcu duda tua.. tak de anak, ada anak2 bulus jer.. hehe


Ok, itulah sebahagian cerita Pakcu dan Pakcu memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada kata-kata Pakcu yang menyinggung perasaan kalian, atau mendatangkan kesedihan kalian... Tulus ikhlas dari Pakcu.
Reply With Quote
  #2  
Old 10-10-2008, 09:48 AM
filinlee's Avatar
filinlee filinlee is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Location: Bukit Jalil/ Bukit Serdang
Posts: 1,214
Rep Power: 17
filinlee is on a distinguished road
Default Re: Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

wah..meriah nya nampak... mana gambo pakcu n kembar?
__________________
Reply With Quote
  #3  
Old 10-10-2008, 10:02 AM
Mr & Mrs Mondok's Avatar
Mr & Mrs Mondok Mr & Mrs Mondok is offline
:: PetFinder Student ::
 
Join Date: Aug 2008
Location: .:: Bdr Baru Bangi, Selangor ::.
Posts: 1,208
Rep Power: 0
Mr & Mrs Mondok is an unknown quantity at this point
Default Re: Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

.:: Syahdunyer dpt cium kedua org tua di pagi raya... Saya tak berkesempatan lagi... ::.
__________________

~ Mr & Mrs Mondok ~
~ Cipom & Puteh ~
Reply With Quote
  #4  
Old 10-10-2008, 10:59 AM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Re: Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

Quote:
Originally Posted by Mr & Mrs Mondok View Post
.:: Syahdunyer dpt cium kedua org tua di pagi raya... Saya tak berkesempatan lagi... ::.
Syahdu sungguh.. Maaf Mondoks, pakcu tak bermaksud menyedihkan hati mondoks... Apa2 pun kita doakan semoga Allah menjaga dan memberi rahmat kepada semua ayahanda bonda kita tercinta...Aminn
Reply With Quote
  #5  
Old 10-10-2008, 11:12 AM
Mr & Mrs Mondok's Avatar
Mr & Mrs Mondok Mr & Mrs Mondok is offline
:: PetFinder Student ::
 
Join Date: Aug 2008
Location: .:: Bdr Baru Bangi, Selangor ::.
Posts: 1,208
Rep Power: 0
Mr & Mrs Mondok is an unknown quantity at this point
Default Re: Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

Quote:
Originally Posted by abgraldo View Post
Syahdu sungguh.. Maaf Mondoks, pakcu tak bermaksud menyedihkan hati mondoks... Apa2 pun kita doakan semoga Allah menjaga dan memberi rahmat kepada semua ayahanda bonda kita tercinta...Aminn
.:: Aminnn... Tiap2 tahun mmg sedih pun... Yg sedihnya tak dpt beraya ngan mak je... Mak dah takde... Ayah ada lagi... Tu pun x dpt beraya dgn abah sbb beraya rumah mertua... Abah saya pun br kuar hospital 4 ari sblm raya... Sehari selepas dia kluar hospital tu sempat jenguk dia kt kpg n berbuka ramai2 ngan adik-beradik lain... Cuma tak sempat beraya bersama je... ::.
__________________

~ Mr & Mrs Mondok ~
~ Cipom & Puteh ~
Reply With Quote
  #6  
Old 10-10-2008, 11:19 AM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Re: Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

Quote:
Originally Posted by Mr & Mrs Mondok View Post
.:: Aminnn... Tiap2 tahun mmg sedih pun... Yg sedihnya tak dpt beraya ngan mak je... Mak dah takde... Ayah ada lagi... Tu pun x dpt beraya dgn abah sbb beraya rumah mertua... Abah saya pun br kuar hospital 4 ari sblm raya... Sehari selepas dia kluar hospital tu sempat jenguk dia kt kpg n berbuka ramai2 ngan adik-beradik lain... Cuma tak sempat beraya bersama je... ::.
Ooo Alhamdulilah.. Kepada yang tiada, doakan lah mereka sentiasa dirahmati, kepada yang masih ada... Kita sebagai anakanda, luang2kan lah banyak masa menjengok, bertanya khabar dan sebagainya... takut tak sempat..
Reply With Quote
  #7  
Old 10-10-2008, 11:23 AM
Mr & Mrs Mondok's Avatar
Mr & Mrs Mondok Mr & Mrs Mondok is offline
:: PetFinder Student ::
 
Join Date: Aug 2008
Location: .:: Bdr Baru Bangi, Selangor ::.
Posts: 1,208
Rep Power: 0
Mr & Mrs Mondok is an unknown quantity at this point
Default Re: Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

Quote:
Originally Posted by abgraldo View Post
Ooo Alhamdulilah.. Kepada yang tiada, doakan lah mereka sentiasa dirahmati, kepada yang masih ada... Kita sebagai anakanda, luang2kan lah banyak masa menjengok, bertanya khabar dan sebagainya... takut tak sempat..
.:: Yup... Sementara dioranga da ni la nk bagi macam2 kt diorang... Of course yg utama perhatian & kasih sayang... Yg lain2 belakang kira... Nnt bila dah takde baru nk menyesal or terkilan... Hhhmmm... Sedih sbb tak sempat nk bagi arwah mak merasa duit raya dr anak dia ni... Abah je la yg dpt nk bagi... ::.
__________________

~ Mr & Mrs Mondok ~
~ Cipom & Puteh ~
Reply With Quote
  #8  
Old 10-10-2008, 03:53 PM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Re: Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

Quote:
Originally Posted by Mr & Mrs Mondok View Post
.:: Yup... Sementara dioranga da ni la nk bagi macam2 kt diorang... Of course yg utama perhatian & kasih sayang... Yg lain2 belakang kira... Nnt bila dah takde baru nk menyesal or terkilan... Hhhmmm... Sedih sbb tak sempat nk bagi arwah mak merasa duit raya dr anak dia ni... Abah je la yg dpt nk bagi... ::.
Jgn sedih Mrs mondok.. yg penting u selalu doakan Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang solehah... Kepada yang masih hidup, berbaktilah kepada mereka sementara kita semua diberi peluang...Amin..
Reply With Quote
  #9  
Old 10-10-2008, 04:34 PM
Mr & Mrs Mondok's Avatar
Mr & Mrs Mondok Mr & Mrs Mondok is offline
:: PetFinder Student ::
 
Join Date: Aug 2008
Location: .:: Bdr Baru Bangi, Selangor ::.
Posts: 1,208
Rep Power: 0
Mr & Mrs Mondok is an unknown quantity at this point
Default Re: Di Pagi Hari Raya... (Nyanyikan lagu Aishah)

Quote:
Originally Posted by abgraldo View Post
Jgn sedih Mrs mondok.. yg penting u selalu doakan Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang solehah... Kepada yang masih hidup, berbaktilah kepada mereka sementara kita semua diberi peluang...Amin..
.:: Aminnn... ::.
__________________

~ Mr & Mrs Mondok ~
~ Cipom & Puteh ~
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
PetFinder Hari Raya Gathering - Oct 19th AndyKoh Events 680 10-25-2008 10:15 AM
Hari Raya Gathering for Petfinder June Coffee Room 150 10-10-2008 01:39 AM
Hari Raya Wishes... Penghulu Coffee Room 119 10-09-2008 03:22 PM
Selamat hari raya abgraldo Coffee Room 6 09-28-2008 10:40 PM
Selamat Hari Lahir airizsyah... Penghulu Coffee Room 5 09-08-2008 10:30 AM


All times are GMT +8. The time now is 06:20 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.