Salam Atiqah,
Berikut merupakan tips/jawapan ringkas untuk dikongsi bersama dan diperoleh dari mereka yg arif & pakar mengenai kucing dan penjagaannya:-
Soalan 1:-
Saya ada anak kucing perot buncit.saya bawa gi vet utk bagi ubat cacing.Okay,cacing keluar.Tapi masih buncit.lepas 2mingu bg ubat ccg lagi tapi x de cacing kluar.berak normal.makan selera.sangat aktif.apa ek masalah die?
Jawapan:-
Selalunya ubat cacing memang penyelesaian untuk anak kucing yg berperut buncit, namun perlu diingat cacing mudah berjangkit antara kucing lain. berdasarkan dari pengalaman, perut anak kucing akan kelihatan buncit sekitar usianya 1 hingga 4 bulan. selepas itu, insyaallah akan kembali normal.
Soalan 2:
anak kucing sy selalu kluar taik mata.ada petue tak?
Jawapan:
Anak kucing memang akan keluar tahi mata terutamanya kalau baka persian atau berbulu lebat. Sekiranya baka kucing DSH/DMH, mungkin kerana ia masih belum pandai untuk self-grooming, kedua; sekiranya dihinggap oleh serangga kecil, ketiga;persekitaran yg berhabuk. Cara mengatasinya, boleh guna ubat cucian mata yang boleh dibeli di vets atau boleh juga menggunakan air suam dan kapas lembut. Cuci mata anak kucing 2 kali sehari dalam 3 - 4 hari akan beransur sembuh..
Jika masih berlarutan, sila rujuk kepada vets; berkemungkinan ada jangkitan pada mata anak kucing tersebut.
Soalan 3:
Anak kucing sy ada bende macam bintik hitam/taik lalat kat tepi hidung dia.apende tu?
Jawapan:
Selalunya kewujudan bintik hitam atau tahi lalat hitam di hidung,mulut atau lidah kucing adalah perkara normal pada sebilangan kucing. Ia bukan barah atau penyakit .
Ia akan hilang secara beransur-ansur, bintik hitam tersebut akan nampak ketara sekiranya warna kucing tersebut adalah cerah.
soalan 4:
Anak kucing sy bulu dia nipis sgt smpai nmpk kulit.macam mane nak tebalkann?
Jawapan:
jika anak kucing tersebut berasal dari baka kucing jenis bulu nipis (DSH); maka ia akan tetap berbulu nipis . Jangan letak syampu pelebat rambut manusia sebab ia memang tak sesuai dengan kulit kucing, takut nanti dari nipis.. terus jadi botak .
Namun berkemungkinan bulu anak kucing menjadi nipis kerana jangkitan kulit sama ada fungus atau kutu, kena bawa jumpa vets untuk menerima [I]vaksination & flea antidote [I] serta rawatan susulan.
apa yang penting.. sentiasa mengutamakan kebersihan pada sangkar kucing atau tempat kucing selalu berlegar/tidur. Sentiasa bersihkan bekas
litter, bekas makanan, pastikan air bersih sentiasa diberikan. Sekiranya kucing tidur dengan manusia, pastikan ia dimandikan seminggu sekali untuk memastikan ia bersih