Kisahnya bermula begini pada hari Jumaat 24/4/2009 bila saya balik dari kerja saya mencari Rain didalam rumah tapi tak jumpa sebab memang kebiasaan saya bila sampai aje rumah selepas membuka uniform kerja saya pasti akan cari dia.......cium dia pelok dia dulu baru buat kerja2 rumah.
Tapi petang Jumaat tu dia tak ada .....hati saya dah berdetik sebab sewaktu saya buka pintu nak masuk rumah saya nampak adik saya sedang terbaring diruang tamu menonton tv dan sliding door dibuka dengan luas.....
Saya sering ingatkan adik saya supaya jangan membuka sliding door jika nak buka juga mata mesti selalu memerhatikan dorang 3ekor tu....sebab dah banyak kali saya nampak Rain dan A-Biy memanjat jaring hijau yang dipasang untuk keselamatan dorang....jaring hijau ni dipasang supaya dorang tak boleh jatuh kebawah......tetapi semenjak Rain mula sihat dia amat suka memanjat termasuk la jaring hijau tersebut.
Saya dah dapat rasakan sesuatu yang tak kena lantas saya bertanya kepada adik saya....dia kata "entah tak nampak pun" saya marah dan cakap saya dah pesan jangan buka sliding luas2 nanti adik jatuh....(adik nama panggilan Rain dirumah). Saya keluar dan jengok kebawah...........YA ALLAH YA TUHANKU
mata saya terus terpaku kepada sekujur tubuh yang sedang terbaring dibawah dengan darah mengalir dari mulut.
Saya terus meraung sekuat hati saya seperti orang gila dibalconi rumah saya.
Adik saya terus berlari kebawah, saya terus hantar Rain keBaby Pet...
Masa dalam kereta saya nampak mulut dia penoh dengan darah.....Ya Allah Rain jatuh terhempas mulut dulu....tak termampu saya bayangkan sewaktu pertama kali dia terhempas kesimen dibawah betapa sakitnya ya tuhanku.
Gigi taring patah mulut dan hidungnya membengkak....saya tak henti menanggis sewaktu diklinik........doktor memberi rawatan yang sepatutnya kepada Rain dan Rain ditahan diward.
Sepanjang malam saya menanggis dan tak henti2 berdoa agar Rain selamat.
Pagi 25/4/2009 doktor menalipon menyuruh saya segera kesana untuk berbincang tentang result Xray tubuh Rain. Saya berdebar2 macam nak pecah jantung ni.....Rain patah tulang belakang dia tak boleh hidup lagi kerana dia akan lumpuh seumur hidup....YA Allah besarnya ujian yang Rain harus tempohi. Saya mohon untuk berjumpa dengannya terlebih dahulu.
Saya memanggil dia Adik, dia membuka mata lemah sekali pandangan dia kepada saya. Saya cakap pada dia saya sayang sangat dia....saya jaga dia seperti anak saya sendiri....saya amat sayang dengan dia dia pandang saya. Pandangan matanya yang sayu menyebabkan air mata saya ini dengan tanpa dipaksa mengalir keluar seperti air hujan....dia cuba berbunyi bila saya pegang kapala dia tapi suara dia begitu lemah sekali.....Adik saya masa tu dah macam orang gila menanggis ditepi sangkar Rain. Saya usap kepala dia....bila dia buka mulut darah keluar dari mulutnya.......tiba2 Rain jadi seperti kejang.
Saya berlari mendapatkan doktor dan menyatakan saya setuju Rain pergi kerana dah tak tahan lagi melihat dia terseksa bagitu.
Saya keluar dari Klinik dan menalipon Shereen Natsha.....bila saya masuk kembali doktor memberitahu Rain dah tak ada lagi dia pergi dengan sendiri tanpa sempat doktor melakukan apa2 lagi.
Saya terus terduduk dan meraung didalam klinik lupa pada orang yang ramai diklinik tersebut....Rupanya dia menunggu saya sebelum pergi....saya sungguh menyesal kerana tidak menunggu sehingga kenafasnya yang terakhir.
Kenapa la saya tak berada disisinya waktu itu .....saya rasa menyesal sangat2
Bila doktor memberi tubuhnya kepada saya....saya pelok dan cium dia buat kali yang terakhir. Disepanjang perjalanan untuk membawa Rain ditempat perkebumian dia. Saya pegang tangannya saya cium tangannya, saya cium kepala dia masih berbau wangi shampoo kerana saya mandikan dia sebelum hari dia jatuh. Saya merasa takut akan rindu bau dia, rindu bunyinya, rindu matanya dan rindu segala2nya tentang dia.
Saya yang masukkan Rain kedlam liang lahadnya.....saya yang mengambus tanah keatas badanya semuanya saya lakukan sendiri.....saya tak mahu orang lain lakukan walaupun Adik saya berada dengan saya waktu itu.
Selamat Tinggal anakku......Mama akan sentiasa rindu dan ingat kamu sayang.
Rain dikebumikan diTeras Jernang, Bangi.
Saya hilang anak yang sangat manja yang tak pernah marah dipelok, dicium, digomol walau beratus kali dalam sehari....saya hilang anak yang suka dengar saya mengaji Quran kepadanya....setiap malam saya suka membaca ayat suci Al-Quran sewaktu menepoknya tidor.....dia la satu2nya anak yang mahu saya tepok bahunya bila nak tido malam....jika tak ditepok dia akan mencakar2 manja dan berbunyi manja minta ditepok.
Saya mengahadapi saat sukar menjaganya sewaktu sakit.....tapi saya tak pernah berputus asa.....saya tak pernah rasa jemu menjaganya sewaktu sakit walaupun kadang2 saya tido hanya sejam sehari sahaja. Bagaimana saya nak melupakan semua tu......
Rain, mama doakan kau akan tenang disana......mama mu ini sentiasa merindui mu sayang.