Go

Go Back   PetFinder.my > Reviews, Notices & Stories > Hall of Shame

Hall of Shame There are lots of cruel and inconsiderate people out there. Expose their cruel deeds to the world and let them be shamed!

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 05-20-2015, 02:57 PM
hafeez hashim hafeez hashim is offline
Animal Lover
 
Join Date: May 2015
Posts: 19
Rep Power: 0
hafeez hashim is on a distinguished road
Default OMG ! Hati dan jantung kucing sangat lazat dimakan apabila digoreng

PEMUDA MYANMAR BERUSIA 34 TAHUN MENGGEMARI DAGING KUCING GORENG YANG DIMAKAN BERSAMA NASI PUTIH.

PEMINAT KUCING DI MALAYSIA JANGAN TERKEJUT DENGAN PENDEDAHAN INI

Hati dan jantung kucing sangat lazat dimakan apabila digoreng



Pada Ogos lalu, kisah pemuda Myanmar memakan kari daging kucing yang disiarkan akhbar ini telah mendapat respons hebat daripada pencinta kucing. Ramai yang menyelar perbuatan itu kerana disifatkan sangat kejam.


Pada siri kali ini, Ruangan Bicara Isnin mengupas lagi pelbagai isu manusia memakan kucing. Kedengarannya seperti kes terpencil dan nampak remeh, namun tanpa disedari, kes ini memerlukan satu solusi kerana berkaitan budaya pemakanan.


Di Malaysia, kucing diangggap binatang peliharaan semata-mata. Berbeza dengan warga asing yang bukan Islam, kucing atau apa juga binatang lain boleh dijadikan lauk. Kita ikuti bicara orang makan kucing pada siri kali ini.


Hati kucing lazat digoreng


Tidak kelihatan sebarang reaksi jelik di wajahnya, melainkan hanya senyuman manis, yang berkongsi cerita dengan wartawan Bicara Isnin, baru-baru ini. Pemuda berusia 34 tahun itu menggemari daging kucing goreng yang dimakan bersama nasi putih.


“Bukan sukar hendak buat daging kucing goreng. Saya ketuk kepala haiwan itu hingga mati. Ia tidak susah menemui ajal. Tidak perlu hendak dicederakan dengan teruk. Kadang kala saya hanya ketuk kepalanya dengan pisau.


“Kemudian saya siat bulu, belah perutnya dan keluarkan semua organ dalaman. Hanya hati dan jantung kucing itu saya ambil untuk dimakan manakala organ lain dibuang” katanya menceritakan pengalaman memasak daging kucing.


Kata Maung, selepas dibersihkan, barulah daging kucing direbus, jika tidak akan susah digigit kerana liat. Kemudian, daging itu dipotong berbentuk lebih kecil sebelum digoreng.


“Seperti memasak makanan lain, saya tumis bawang dahulu sehingga naik bau, masukkan cili dan kemudian tuang daging kucing ke dalam kuali. Beginilah juga cara memasak hati dan jantung kucing,” ujar Maung yang sudah lebih dua tahun bekerja di Malaysia.


Berkenaan jenis masakan, katanya, ia bergantung kepada selera masing-masing. Baginya, daging, hati dan jantung kucing paling sedap digoreng berbanding dimasak berkuah, dibakar atau direbus.



“Keenakan daging kucing selepas digoreng sama seperti daging lembu tetapi sememangnya berlainan rasa. Namun, saya lebih suka daging, hati atau jantung kucing kerana lebih lazat.


Cerita Maung, jika di kampungnya di Yangon, kucing sememangnya menjadi antara santapan utama khususnya ketika meraikan temasya seperti Tahun Baru.



“Selain untuk lauk, golongan lelaki memakan kucing untuk tenaga dalaman dan mitos mengatakan wanita Myanmar tidak memakan daging kucing, saya percaya itu hanya omong kosong. Malah wanita di sana memakan kucing untuk mengubat penyakit berkaitan hati,” ujarnya yang bekerja di sebuah kilang.



Bagaimanapun, daging kucing tidak boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak kerana dagingnya boleh memanaskan badan. Baginya, omongan daging kucing sukar dimakan kerana bertulang juga tidak benar. Apa yang diketahuinya, dia tidak geli memakan kucing kerana itulah lauk tradisinya di kampung.


“Jika kamu hendak rasa, bolehlah saya masakkan untuk kamu dagingnya,” usik Maung kepada wartawan Bicara Isnin.



Dia menyimpan hasrat untuk memakan daging kucing sepuas-puasnya apabila pulang bercuti di kampung halaman Disember ini.



Sate tikus lebih enak


Menurut Nay Maung, daging kucing tidak seenak tikus jika dipanggang atau dibuat sate.


“Seperti yang saya katakan, daging kucing hanya sedap digoreng. Ia kurang sedap dipanggang. Rasanya tidak seperti tikus,” ujarnya yang juga gemar memakan tikus, kura-kura, kelawar, lipas dan anjing.


Seperti kucing, dia juga lebih gemar menggorengnya sahaja berbanding memasaknya dengan cara lain. Katanya, tikus lebih mudah diperoleh kerana boleh ditangkap di merata tempat.


“Lebih mudah memasak tikus. Tangkap dan mudah disiang. Cuma belah perutnya dan kemudian bersihkan,” ujar Maung.


Katanya lagi, namun memasak tikus juga seperti memasak daging kucing yang perlu direbus terlebih dahulu supaya tidak liat digigit. Kemudian bergantung kepada selera masing-masing sama ada mahu memotong tubuh tikus itu menjadi kecil atau dibiarkan bentuk asal fizikalnya ketika memasak hidangan tikus.


“Apa pun caranya, saya hanya suka kedua-dua makanan ini digoreng dengan bawang dan memakannya dengan nasi putih,” akhiri Maung.

SUMBER : SINAR HARIAN

Ebook kucing comel bahasa melayu
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Cat for sale in Mudah - tapi keadaan yang sangat tidak terurus noor22710 Cats & Kittens 11 05-04-2012 09:41 AM
Sakitnya Hati Ini.. Pak Lubis Coffee Room 19 04-23-2010 09:40 PM
Kucing Garang Sangat la ..nak Sentuh pon dah CAKAR ... fazzz Cats & Kittens 22 01-31-2010 10:51 PM
Hati-hati dengan mereka ini... semua penipuan... shareen_natasha Coffee Room 29 10-26-2009 06:37 PM
Hati-hati dengan orang menyamar pegawai kastam!! abgraldo Coffee Room 49 10-23-2009 02:05 PM


All times are GMT +8. The time now is 09:42 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2019, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.