Salam 1 Malaysia,
Udah lama saya tak menjenguk forum ni.. harap semua abang2 dan kakak2 serta adik2 dalam keadaan sihat sejahtera.
Saya ada masalah negara yang sangat berat, sebentar tadi, masa balik kerja saya rescue seekor anak kucin berusia dalam lebih kurang 3 minggu kot. Anak kucing ni terperosok di celah saluran air, badan nya sangat lemah, basah akibar hujan dan tak de ibu kucing kelihatan di samping nya.
Saya kesian kan dia maka saya bawak naik atas. Setelah saya lap2 dengan air suam, letak dia atas tapak tangan sambil tengok Showdown (selingan: Wakaka Crew sangat best) dan beberapa rancangan tv yang lain, dia nampak semakin segar dan mula berjalan. Perut dia nampak kembung maka saya dah sapukan minyak Yu Yi Limau tu. Saya jugak ada suapkan air suam sikit kat dia.
Masalah terbesar saya ialah saya tak boleh bela kitten tu lama-lama. Paling lama boleh saya bela sehingga esok. Sekarang saya agak kerap travel dan few days from now saya akan outstation selama seminggu. Kerja saya sekarang pon menjadikan saya sampai rumah paling awal time Buletin Utama.
Sekarang anak kucin tu (saya namakan dia Adam buat temp) sedang nyenyak tidor dalam kotak dia. Saya dah letakkan sebotol air suam bagi dia haba sikit. Tapi saya risaukan esok hari neh, tak tau nak buat apa.. huaaaaa....
Forumer please really need help.. If tak de choice saya rs saya akan letakkan kembali Adam kat downstairs tempat saya jumpa dia tadi. Dengan harapan ibu anak kucing ni carik dan bela dia balik, atau ada manusia yang berhati mulia sanggup membela nya. Betul-betul buntu neh tak tau nak buat apa..
Saya tinggal di Putrajaya Precint 11
Terima kasih kawan-kawan!