Go

Go Back   PetFinder.my > PetFinder Lounge > Travel > Photos & Diaries

Reply
 
Thread Tools
  #21  
Old 11-13-2008, 11:34 AM
nik_tropicana's Avatar
nik_tropicana nik_tropicana is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 1,146
Rep Power: 12
nik_tropicana is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

kak nita amik gmbr kucen btol2 tao..nk tgk perbezaan kucen malaysia n turkey..n amik gambar awek turkey skali sebab nak tgk perbezaan awek turkey n awek malaysia..hehehehe..
Reply With Quote
  #22  
Old 11-13-2008, 11:35 AM
filinlee's Avatar
filinlee filinlee is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Location: Bukit Jalil/ Bukit Serdang
Posts: 1,214
Rep Power: 13
filinlee is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

have a safe journey kak nita..!~ kem slm kat pakwe2 cun... eheheheh
__________________
Reply With Quote
  #23  
Old 11-13-2008, 12:22 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default The countdown begins....kuwait - iran - turkey

wah!! kak nita.dlm holiday ni pun sempat lg jenguk forum.lain kali tampal snow kat posting akak.

gambar2 awek jgn lupa post. buat mat mat kat forum ni drool

Quote:
Originally Posted by anitayusof00 View Post
Salam Pakcu. Sekarang 9.43pm Iran time, 2.13am Malaysian time.
Awek Iran cun2 pakcu...tak tau nak pilih mana satu utk pakcu. Pakcu dtg sini pilih sendiri la....Memang cun giler.....
Yg lelaki pun hensem2 sangat. Boleh cair iman dibuatnya. Nasib ada anak teruna escort...kalau tak mau hilang kesedaran diri
Reply With Quote
  #24  
Old 11-15-2008, 01:29 AM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 11
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Salam dari bumi Iran utk semua....
Aku kat Esfahan sekarang, the most beautiful city in Iran. Naik train malam semalam, 8 jam. Train is comfortable. Malam esok ke Shiraz pulak, naik bas 7 jam perjalanan. So far everything has been very good. Iranians are great. They go out of their way to help me finding my way and so on. Sepanjang aku travel, aku tak pernah jumpa bangsa yg very kind hearted spt org Iran ni. Baik sungguh mereka. Semalam aku jalan2 sendiri kat Tehran, tak der guide dah. (1st day ari tu, ada awek Iran yg aku buat member since last 2 months bawak jalan2. Final night kat sini nanti nak gi dinner kat rumah dia pulak - Iranian style....jgn jeles beb). It's quite challenging, esp time nak lintas jalan. Kat sini tak der system langsung, traffic light buat perhiasan jer. It's suicide to cross the road. Kena berani. Klu tak, memang tak lepas. Bukan semua tempat ada underground tunnel. Semua jenis transportation aku dah naik - private taxi, shared taxi, metro, bas, train. Yg aku tak naik motorbike jer, sebab bukan public transportation . Sign boards mostly in farsi. Nasib baik la reti jawi, so boleh la kenal nama2 jalan

Mondok - Akak belum ke istanbul lagi. 20 Nov nanti baru naik Trans Asia Express. Tiket tak amik lagi nih
Nik - Dah beberapa kali buat percubaan tapi fail jer....stray cats kat sini tak human friendly laa....
Filin - InsyaAllah....Memang hensem2 giler mamat kat sini. Yg pompuan pulak cun abis. Dah tu very trendy & fashionable. Walaupun diaorg pakai mostly hitam jer semua, tapi mcm2 style. Agaknya kalau tak kerana government diaorg tak galakkkan other colours selain black & grey, terus-terang aku rasa Paris pun kalah dgn Iran ni when it comes to fashion.

Aku kat sini rasa mcm artist pulak. Iranians suka betul datang tanya aku mcm2 soalan. Bila aku jalan ke mana2, mesti ada yg approach. Ajak bergambar laa....offer nak tunjuk jalan laa...ajak join their picnic laa (Iranians suka picnic kat taman sampai tengah2 malam)....Best betul. Sememangnya kat Iran ni kurang sgt tourist. Sebab tu diaorg mcm heran jer bila nampak tourist.

June - Aku lupa nak bawak cable camera so tunggu aku balik la baru upload gambar.

Ok, aku nak tidur daa....ngantuk dah ni (1.15am Msian time, tapi baru 8.45pm Iranian time).
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote
  #25  
Old 11-15-2008, 10:38 AM
Mr & Mrs Mondok's Avatar
Mr & Mrs Mondok Mr & Mrs Mondok is offline
:: PetFinder Student ::
 
Join Date: Aug 2008
Location: .:: Bdr Baru Bangi, Selangor ::.
Posts: 1,208
Rep Power: 0
Mr & Mrs Mondok is an unknown quantity at this point
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

.:: Aslmkm... Kak Nita, syok arr dpt layanan 1st class kt sana... Takde la rasa cuak nk berjalan ke mana-mana... Rasa mcm nk join akak g sana je... ::.
__________________

~ Mr & Mrs Mondok ~
~ Cipom & Puteh ~
Reply With Quote
  #26  
Old 11-15-2008, 03:36 PM
BabyZee's Avatar
BabyZee BabyZee is offline
.:: Baby, I dig you! ::.
 
Join Date: Jul 2008
Location: Subang Jaya, Selangor, Malaysia, World of Animal Lurve...
Posts: 1,868
Rep Power: 13
BabyZee is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to BabyZee
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Quote:
Originally Posted by Mr & Mrs Mondok View Post
.:: Aslmkm... Kak Nita, syok arr dpt layanan 1st class kt sana... Takde la rasa cuak nk berjalan ke mana-mana... Rasa mcm nk join akak g sana je... ::.
me too!
lagi best kalau sume expenses di taja skali...hoho...
__________________
" Bad things happen. Trust that good things happen, too.
Sometimes you’ve just got to close your eyes, hold on tight and believe. "
Reply With Quote
  #27  
Old 11-15-2008, 09:40 PM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Quote:
Originally Posted by anitayusof00 View Post
Salam dari bumi Iran utk semua....
Aku kat Esfahan sekarang, the most beautiful city in Iran. Naik train malam semalam, 8 jam. Train is comfortable. Malam esok ke Shiraz pulak, naik bas 7 jam perjalanan. So far everything has been very good. Iranians are great. They go out of their way to help me finding my way and so on. Sepanjang aku travel, aku tak pernah jumpa bangsa yg very kind hearted spt org Iran ni. Baik sungguh mereka. Semalam aku jalan2 sendiri kat Tehran, tak der guide dah. (1st day ari tu, ada awek Iran yg aku buat member since last 2 months bawak jalan2. Final night kat sini nanti nak gi dinner kat rumah dia pulak - Iranian style....jgn jeles beb). It's quite challenging, esp time nak lintas jalan. Kat sini tak der system langsung, traffic light buat perhiasan jer. It's suicide to cross the road. Kena berani. Klu tak, memang tak lepas. Bukan semua tempat ada underground tunnel. Semua jenis transportation aku dah naik - private taxi, shared taxi, metro, bas, train. Yg aku tak naik motorbike jer, sebab bukan public transportation . Sign boards mostly in farsi. Nasib baik la reti jawi, so boleh la kenal nama2 jalan

Mondok - Akak belum ke istanbul lagi. 20 Nov nanti baru naik Trans Asia Express. Tiket tak amik lagi nih
Nik - Dah beberapa kali buat percubaan tapi fail jer....stray cats kat sini tak human friendly laa....
Filin - InsyaAllah....Memang hensem2 giler mamat kat sini. Yg pompuan pulak cun abis. Dah tu very trendy & fashionable. Walaupun diaorg pakai mostly hitam jer semua, tapi mcm2 style. Agaknya kalau tak kerana government diaorg tak galakkkan other colours selain black & grey, terus-terang aku rasa Paris pun kalah dgn Iran ni when it comes to fashion.

Aku kat sini rasa mcm artist pulak. Iranians suka betul datang tanya aku mcm2 soalan. Bila aku jalan ke mana2, mesti ada yg approach. Ajak bergambar laa....offer nak tunjuk jalan laa...ajak join their picnic laa (Iranians suka picnic kat taman sampai tengah2 malam)....Best betul. Sememangnya kat Iran ni kurang sgt tourist. Sebab tu diaorg mcm heran jer bila nampak tourist.

June - Aku lupa nak bawak cable camera so tunggu aku balik la baru upload gambar.

Ok, aku nak tidur daa....ngantuk dah ni (1.15am Msian time, tapi baru 8.45pm Iranian time).
Hehe.. enjoy sakan nampak... Tak sabar nak tgk pic awek iran..wakaka. Bole tak lena mlm kut tido.. Have a continuous safe journey!
Reply With Quote
  #28  
Old 11-17-2008, 08:06 PM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 11
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Salam utk semua....
Aku sekarang kat Shiraz. So far everything hv been very good. Ada ala sikit2 not very pleasant experience dgn taxi driver...tapi itu asam garam bila travelling la.
Kat Shiraz ni, aku melopong tgk keindahan masjid2 kat sini. Teramat cantik hingga tak terucap oleh kata2. Mula2 ingat masjid kat Esfahan dah cantik sangat, tapi kat Shiraz lagi cantik. Masjid Shah Ceragh, for example, berdinding & bersilingkan kaca yg berwarna-warni. You all kena tenguk sendiri baru tau betapa cantiknya. Mau cerita pun susah woooo....
Pagi tadi aku ke Persepolis & Pasargadae, world heritage site. Very interesting. View sepanjang jalan sangat menakjubkan & ditambah dgn keindahan warna-warni autumn.
Malam ni akan ke Yazd naik bas, 10 jam perjalanan. Plan nak view sunset kat desert.
Pakcu - Tunggu saya balik nanti yer
Mondok & Babyzee - Memang best.....Imagine...baru sembang 3 minit, dah dapatr invitation, cuma time jer yg tak cukup
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote
  #29  
Old 11-18-2008, 03:33 PM
duyung_leo's Avatar
duyung_leo duyung_leo is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 540
Rep Power: 11
duyung_leo is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Quote:
Originally Posted by anitayusof00 View Post
Salam utk semua....
Aku sekarang kat Shiraz. So far everything hv been very good. Ada ala sikit2 not very pleasant experience dgn taxi driver...tapi itu asam garam bila travelling la.
Kat Shiraz ni, aku melopong tgk keindahan masjid2 kat sini. Teramat cantik hingga tak terucap oleh kata2. Mula2 ingat masjid kat Esfahan dah cantik sangat, tapi kat Shiraz lagi cantik. Masjid Shah Ceragh, for example, berdinding & bersilingkan kaca yg berwarna-warni. You all kena tenguk sendiri baru tau betapa cantiknya. Mau cerita pun susah woooo....
Pagi tadi aku ke Persepolis & Pasargadae, world heritage site. Very interesting. View sepanjang jalan sangat menakjubkan & ditambah dgn keindahan warna-warni autumn.
Malam ni akan ke Yazd naik bas, 10 jam perjalanan. Plan nak view sunset kat desert.
Pakcu - Tunggu saya balik nanti yer
Mondok & Babyzee - Memang best.....Imagine...baru sembang 3 minit, dah dapatr invitation, cuma time jer yg tak cukup
macam dalam berita lak.. brite selanjutnya dari saya anita yusof bersiaran langsung dari Shiraz, Iran....

Kak nita... Have a fun n save journey!!!
Reply With Quote
  #30  
Old 11-20-2008, 07:14 PM
Mr & Mrs Mondok's Avatar
Mr & Mrs Mondok Mr & Mrs Mondok is offline
:: PetFinder Student ::
 
Join Date: Aug 2008
Location: .:: Bdr Baru Bangi, Selangor ::.
Posts: 1,208
Rep Power: 0
Mr & Mrs Mondok is an unknown quantity at this point
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

.:: Hahahh!!! bab taja-menaja yg x tahan tuh... Best betul kak nita menjelajah tmpt orang....

Have a safe journey... Ciao... ::.


Quote:
Originally Posted by anitayusof00 View Post
Salam utk semua....
Aku sekarang kat Shiraz. So far everything hv been very good. Ada ala sikit2 not very pleasant experience dgn taxi driver...tapi itu asam garam bila travelling la.
Kat Shiraz ni, aku melopong tgk keindahan masjid2 kat sini. Teramat cantik hingga tak terucap oleh kata2. Mula2 ingat masjid kat Esfahan dah cantik sangat, tapi kat Shiraz lagi cantik. Masjid Shah Ceragh, for example, berdinding & bersilingkan kaca yg berwarna-warni. You all kena tenguk sendiri baru tau betapa cantiknya. Mau cerita pun susah woooo....
Pagi tadi aku ke Persepolis & Pasargadae, world heritage site. Very interesting. View sepanjang jalan sangat menakjubkan & ditambah dgn keindahan warna-warni autumn.
Malam ni akan ke Yazd naik bas, 10 jam perjalanan. Plan nak view sunset kat desert.
Pakcu - Tunggu saya balik nanti yer
Mondok & Babyzee - Memang best.....Imagine...baru sembang 3 minit, dah dapatr invitation, cuma time jer yg tak cukup
__________________

~ Mr & Mrs Mondok ~
~ Cipom & Puteh ~
Reply With Quote
  #31  
Old 11-20-2008, 10:03 PM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 11
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Salam buat semua,
Aku kat Tehran dan kejap lagi nak naik Trans Asia Express ke Istanbul. So for the nx 3 days, tak ada la berita terkini, yer Duyong.... cos perjalanan ambik masa 3 hari 3 malam.
2 hari lepas aku kat Yazd, the ancient mud city. Very nice. 2 malam dinner kat rumah kawan2 kat sini. Iranian style. Memang best. Diaorg bawak pergi ke desert utk view sunset. Sempat juga tgk org main para gliding kat desert tu. Teringin nak try...tapi pakaian yg berselubung2 ni tak mengizinkan.
Ok, aku chow dulu....
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote
  #32  
Old 11-25-2008, 01:30 AM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 11
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Salam darı Istanbul utk semua...
Sorry kalau korang baca emaıl nı ejaannya berserabut sebab keyboard komputer kat sını laın macam sıkıt. Suka melompat2 tak tentu pasal. Dah la semua abjadnya tunggang terbalık...penıng kepala aku.

Kıtaorg sampaı Istanbul 2am. Traın delay selama 10 jam, menjadıkan keseluruhan perjalanan darıpada 69 jam ke 79 jam. Walaupun mengambıl masa lebıh 3 harı 3 malam, tapı memang berbaloı sebab vıew sepanjang perjalanan teramat cantık. Sukar untuk dıgambarkan dengan kata2. Waktu merentası Iran (Tehran ke Razi), vıewnya berbukıt2 pasır atau batu-batan. Tapı bıla masuk saja Turkı, landscape berubah kepada gunung-ganang, ada yg warna hıjau dgn snow cap mountaın, ada yg coklat dgn sungaı mengalır...teramat cantık macam dlm pıcture postcard. Plg cantık sewaktu perjalanan darı Mus ke Elazıg dı mana sepanjang2 rail keretapı, kamı menyusurı Sg Murat (Murat Nehrı) yg ada ketıkanya frozen. Cantık sungguh pokok2 sepanjang sungaı ını, ada yg warna kunıng, oren dan merah. Rasa mcm nak campıng je kat sıtu. Kalau buat BBQ mestı best. Kemudıan darı Elazıg ke Malatya pula, kamı melaluı Sg Euphyrates. Terıngat masa sekolah rendah dulu belajar Sejarah (dulu Tarawıkh), kat sungaı nı la Tamaddun Mesopotamıa bermula. Overall....walaupun perjalanan Trans Asıa nıı panjang, tapı amat berbaloı sebab mcm2 benda yg kamı nampak, termasuk kehıdupan serta kemıskınan petanı2 serta penternak bırı2 kat sını. Cuma rasa rugı sıkıtı sebab waktu transfer darı traın Iran ke ferı merentası Lake Van, harı dah malam. Tak nampak apa pun. Aku pun dah stone 2 bıjıı pıl tıdur. Anak aku melayan mamat Jepun maın gıtar lagu2 reggae Bob Marley. Bıla sampaı ke seberang (4am) punya la sejuk dgn angın kencangnya....menggıgıl2 aku...traın Turkı pulak tak smpaı lagı...kena tunggu 15 mınıt...rasa mcm nak matıı dah...kesejukan...

Nak cerıta sıkııt....sepanjang travel nı, 2X kamı melaluı thrıllıng experıence yg boleh buat jantung berhentı berdegup kejap. Fırst tıme masa dı Yazd. Waktu tu aku nak call Kuwaııt Aırways utk reconfırm return seat (dgn Kuwaıt Aırways reconfırmıng ıs a MUST). Tıba2 offıcer tu tanya, kıtaorg nak stay kat mana waktu transıt selama 9 jam dı Kuwaıt before connectıng flıght ke KL ? So aku ckp by rıte Kuwaıt Aırways la yg patut kena sedıakan accomodatıon sebab ıt's not our fault that transıt tıme ıs more than 9 hours. Tetıba dıa kata Kuwaıt Aırways tak sedıakan accomodatıon sebab kıtaorg belı flıght tıcket tu waktu MATTA Faır, promotıonal aırfare. So, kıtaorg cakap tak per la...kııtaorg boleh stay kat aırport jer la. Tapı dıa kata tak boleh. Kuwaıt Aırways punya rule tak membenarkan passenger transıt lebıh 8 jam utk berada dı aırport...mestı dıtransfer ke hotel...dan dısebabkan kıtaorg tak elıgble utk dapat free accomodatıon, dıa kata kıtaorg mestı bayar utk hotel (5 star) yg harganya USD200. What ???? USD200 utk stay kat hotel tu for only 6 hours (selepas dıtolak passport control dan mestı ada dı aırport 2 jam before depaprture semula) ? Dıa kata kıtaorg kena bayar juga or else kıtaorg tak dıbenarkan langsung utk board flıght darı Tehran ke Kuwaıt. Rasa mcm nak menangıs masa tu. Then offıcer tu kata, ppa2 hal dııa suruh kıtaorg pergı offıce dıa dı Tehran the nx day. Nasıb baık la memang mlm tu kıtaorg dah nak ke Tehran pun. Itu pun terkejar2 sebab ofıs dıa half day....nak mencarı bukan senang sebab Tehran bukan kecık mcm KL (ewahhhh...). Masa tu kitaorg dah rasa mcm tak der mood nak sambung ke Istanbul. Tapı tup2, kawan offıcer tu baru terperasan yg Malaysian passport holder boleh dapat vısa on arrival setıba dı Kuwaıt aırport (padahal aku dah bgtau kat offıcer tu semalam tapı dıa tak nak dengar). Lepas dıa confırm balık.....then baru settle prblm ıaııtu kıtaorg boleh apply VOA dan tak payah bayar bılık hotel yg USD200 tu. Lega nya tuhan jer la yg tau....

Second thrıllıng experıence masa kat border Turkı - Iran (Kapıkoy). Tıba2 kıtaorg bertıga dıpanggıl masuk oleh ımıgresen offıcer yg muka punya la garang & tak retı nak senyum. Dıa kata ada prblm. Dıa kata antara kamıı bertıga...aku sorang jer yg boleh masuk Turkı. Anak aku & kawan aku, Grace tak boleh. Sebabnya ? Passpport dıaorg ıssue tahun 2005 and mıne tahun 2007 (ada hologram peta Malaysia, dıaorg punya tak der). Kıtaorg punya la explaın tapı dıa tak nak dengar. Atau dıa memang tak paham pun sebab dıa tak boleh berbahasa Inggerıs. Nasıb baık la kebetulan ada sorang kawan Iranıan yg duduk kat cabın sebelah & dıa pun boleh berbahasa Turkı, dıa merayu pada offıcer tu suruh check balık kalau2 dalam rekod dı komputer offıcerr tu ada contoh passport Malaysıa yg lama2. Mula2 tu offıcer tu tak nak,, tapıı lepas tu dıa check. Dapat pulak contoh passport Msıa tahun 1990 an yg masııh guna fıngerpprınt. Dıa argue kenapa passport anak aku & Grace tak der fıngerprınt....so kıtaorg cakap la...yg ıtu dah lama, tahun 1990an. Nasıb baık la kawan offıcer tu carı2 lagı & jumpa dlm sımpanan dıa ada cth passport Msıa yg ııssue tahun 2003 dan mempunyaı cıırı2 keselamatann yg serupa dgn passsport Ica & Grace. Baru la offıcer tu kası lepas. Kıranya 1 jam juga la kıtaorg berpeluh & berasap dlm bılık dıa padahal temp kat luar punya la sejuk. Lepas tu kıtaorg belanja memberr tu makan dlm traın -- nası dgn ayam bakar (tak der kuah tak der sayur USD5 per person). Kalau dıa ta derr memmang kıtaorg akan dıhantar balık ke Iran. Itu la antara experıence yg pertama kalı kıtaorg rasa selama bertahun2 travel ke merata dunıa. Dan aku rasa ımıgresen tak sepatutnya kerap sangat mmengubah2 cırı2 keselamatan dlm passport sebab akan menımbulkan masalah sepertı yg kıtaorg alamıı nı.

Aku arı nı boleh emaıl panjang sebab ınternet kat hotel nı free...kalau tak 3 lıra 1 jam (RM7). Darı hotel nı boleh nampak Blue Mosque - 50meters away. Aya Sofıya pun dekat jer...80meter. Esok baru aku pergı vısııt. Arı nıı aku sebuk belı tıket bas utk balık ke Tehran & vısıt Grand Bazar, Egytıan Bazar, ronda2 kat Emınonu....cross Galata Brıdge. Imann....aku jumpa semua tpt shoppıng yg ko mentıon. Ada gak aku belı sıkıt baju sejuk. Memang murah...lagı pun sekarang Lıra dah drop (1 Lıra = RM2.30). Esok nak naık cruııse ka Bosphorus dan jalan2 kat Taksım & Galata Tower.

Aku dah terasa gak nak balık....sebab sejuk la...badan aku habıs naık rashes && kulıt menggelupas.....Tapı yg sebenar2nya....aku rındu kat kucıng aku (melebıhı rındu kat lakı aku)) Sampaı terrmımpı2....
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote
  #33  
Old 11-25-2008, 09:50 AM
nik_tropicana's Avatar
nik_tropicana nik_tropicana is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 1,146
Rep Power: 12
nik_tropicana is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

pergghh..cuak gak..nak2 kes no 2 tu..bahaya btol..hope pas nie bleh seragamkan pasport..ape2pun, hati2 yer kak..
Reply With Quote
  #34  
Old 11-26-2008, 04:34 AM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 11
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Salam utk semua...
Betul Nık...memang menyuspenkan perıstıwa ıtu. Anyway akak jadıkan sebagaı sebahagıan darı pahıt manıs dalam backpackıng.
Arı nı pagı2 dah bangun.....beza waktu Turkı & Malaysıa 6 jam.....so 6.30 pagı kat sını meanıng 12.30pm kat Msıa. After breakfast (ıncluded ın the hotel rate - EUR 18 per nıte sebab low season), kıtaorg terus serbu Blue Mosque. Cantık tu memang la cantık...tapı bagı aku cantık lagı masjıd Shah Ceragh kat Shıraz, Iran. Lepas tu postıng2 depan Aya Sofıya. Petang baru plan nak vısıt. Yg bagusnya hotel yg aku stay nı (Star Holıday) memang very strategıc locatııon. Dah la murah, selesa, lobby cantık dgn TV besar, ada kıtchen boleh masak & semua attractıon wıthın walkıng dıstance jer. Blue Mosque tu kıra laung darı hotel pun boleh dengar. Dekat sangat.
Then aku terus menapak ke Emınonu. Sepanjang jalan banyak bıstro, taverna & kedaı2 jual candy & bakery yg dıhıas cantık. Sememangnya Istanbul memang cantık & bersıh. Communıcatıon pun senang. Betul cakap ko Imann, I really love Istanbul. Senang sangat nak cari arah. Tak payah bukak map pun sebab tanya jer local, sure mereka tau dırectıon tempat yg aku nak tuju. Sampaı Emınonu, terus belı tıket untuk Bosphorus Cruıse, 1 jam setengah. 10 Lıra per person. Cruıse nı melaluı Golden Horn ke Selat Bosphorus hıngga hampır ke Black Sea. Sepanjang pelayaran boleh nampak bangunan2 cantık serta apartment2 sepanjang tepı pantaı. Very ınterestıng. Aku turun kat Sarıyer. Ronda2. Then naık bas ke Kabatas. Perjalanan almost 1 hour sebab agak jauh or may be bas tu berpusıng2 dıtambah jln jam (tambang 1.4 Lıra). Kat sını naık la apa transport pun (kecualı teksı), tambangnya 1.4 Lıra tak kıra dıstance. Sampaı Kabatas, change naık funıkuler metro ke Taksım. (Semua transport aku dah naık kat Istanbul nı - fast ferry, cıty boat, tram, metro, funıkuler, bas). Taksım memang cantık dan ramaı sgt pelancong & local yg duduk bersıdaı2. Aku menapak darı Taksım melaluı Istıklal Cadessı hıngga sampaı Galata Tower. Yg bagusnya bıla aku pılıh route nı, sepanjang jalan, aku menurun bukıt (plan asal the other way round...mana la aku nak tau yg tempat tu berbukıt). Tak naık tower tu sebab feesnya 10 Lıra....Lagıpun ada member yg bgtau ıt's not worth ıt. Then dekat2 Galata Brıdge yg semalam kıtaorg dah ronda (teramat ramaı org yg memancıng kat sını sampaı nampak mcm pesta memancıng), kıtaorg ternampak wet market. Macam2 ıkan ada kat sını dan murah2 harganya...walau pun dah convert ke RM, rasanya lebıh murah ıkan kat sını berbandıng Msıa. Ada pulak satu cafe kat sıtu yg jual fısh sandwıch so aku pun try la...ıkan fresh yg dah dıbuang tulang dıgrıll dan dısumbat dlm rotı yg dıcampur bawang, salad & daun pudına. Perah asam lımau sıkıt. MMMMM....sedap gıler. 3 Lıra each. Sebelum nı asık makan kebab jer...2 Lıra (RM4.60) utk kebab ayam dan 3 Lıra (RM6.90) utk kebab dagıng. Lepas tu aku naık tram balık ke Sultanahmet sebab nak vısıt Aya Sofıya tapı tak sempat sebab dah tutup. Masa nı ada satu kejadıan yg sungguh mengharukan berlaku. Kat luar pagar Aya Sofıya tu ada la sekor kucıng tuxedo(kat Istanbul nı banyak stray cat) berdırı kat tembok. Aku gı la kat dıa & gosok2 badan dıa. Tıba2 dıa datang dan terus cıum pıpı aku dan nak panjat atas bahu aku. Seolah2 mıntak aku jadı tuan dıa. Ala....kesıannya aku tenguk. Kucıng aku kat rumah pun tak manja mcm tu. Banyak kalı dıa cıum pıpı aku. Sempat la amık gambar (nantı aku download). Tak sampaı hatı nak tınggalkan dıa. Rasa nak bawak balık ke Msıa jer....Tapı nak buat camner kan...kena la say goodbye kat kucıng tu dan aku terus ke Basılıca Cıstern- underground church yang dah berusıa 500 tahun. Lepas tu aku vısıt Byzantıne Hıppodrome (hadıah darı fıraun Mesır kepada Sultan empıre Uthmanıah) dan Constantıne Column yang dıbına pada kurun ke 10. Kat sını cepat betul gelap....before 5pm dah gelap. Tapı yg pelıknya harı nı temp boleh lompat ke 23 degrees....Panas sangat aku rasa. Oleh kerana attractıons semua dah tutup, so aku jalan2 kat area Sultanahmet nı tenguk souvenır yg cantık2 tapı mahal harganya.
Esok aku mestı kena cover Aya Sofıya dan Topkapı Palace sebab jam 2pm dah nak board bas balık ke Tehran (40 hours).
Imann, tak sempat la nak pergı Pıerre Lottı Hıll. Laın kalı la kot.
Walaupun masa utk aku kat Istanbul nı sıngkat (lagı lama travellıng tıme to and fro darı Tehran) tapı aku rasa puas sebab dapat cover semua tempat yg aku plan nak vısıt.
So pada sapa2 yg nak ke Istanbul, you better do ıt ASAP sebab lagı lambat tunggu lagı mahal harganya. Sekarang nı pun almost semua attractıon feesnya 20 Lıra (RM46), so aku berdua dgn anak aku, satu attractıon terbang RM92 . Toılet pun mahal wooo....1 Lıra sekalı masuk (RM2.30). Tak pernah aku bayar toılet semahal nı seumur hıdup aku. Bayangkan kalau seharı aku dgn anak aku masuk toılet berbayar 2X....maknanya RM9.20 dah spend utk toılet jer.
Iran pun better gı cepat sebelum semakın mahal dan selagı penduduknya masıh mesra melayan tourıst . Terıngat aku masa kat Iran, jarang sangat bayar tambang bıla naık ıntercıty bas....memanjang jer free Ada sekalı tu, drıver bas kat Esfahan sanggup berhentıkan bas dıa kat tepı jalan & turun utk guıdekan kıtaorg sımpang arah ke Masjed Jamek (50 meter darı bas tu) .
So 28hb baru aku boleh hantar berıta terkını lagı.....29hb aku nak skı kat eıther Dızın or Tochal...tenguk mana yg dah cukup snownyer.
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote
  #35  
Old 11-26-2008, 06:45 PM
Mr & Mrs Mondok's Avatar
Mr & Mrs Mondok Mr & Mrs Mondok is offline
:: PetFinder Student ::
 
Join Date: Aug 2008
Location: .:: Bdr Baru Bangi, Selangor ::.
Posts: 1,208
Rep Power: 0
Mr & Mrs Mondok is an unknown quantity at this point
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

.:: Waaa... Kak Nita leh main snow... Beshnyer... ::.
__________________

~ Mr & Mrs Mondok ~
~ Cipom & Puteh ~
Reply With Quote
  #36  
Old 11-27-2008, 10:43 AM
imann's Avatar
imann imann is offline
Purrfect lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Nilai
Posts: 1,487
Rep Power: 13
imann is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to imann
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

perghh...tingat aku berhoneymoon ngan anak2 aku kat isketambola tu...ishhh...kenangan terindah tuh....dok terbayang2 lg...
__________________
Reply With Quote
  #37  
Old 11-28-2008, 07:37 PM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 11
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Salam dari Tehran,

Setelah 40 jam di dalam bas, aku selamat sampai di Tehran semula. Penat juga dalam bas lama2 walaupun bas tu banyak kali stop utk toilet & refreshment. Sebabnya, setiap kali bas stop, semua org disuruh turun. Tgh sedap tidur pun kena turun juga. Bila turun jer....mula la nak masuk toilet. Setiap kali masuk toilet, kena plak bayar 1 Lira (RM2.30) seorang.

View dlm bas cantik juga, tapi tak boleh lawan view sepanjang dlm keretapi hari tu. Agaknya sebab tu la train fare almost 3 kali ganda (USD70) compare to bus fare (USD25). Aku sikit pun tak menyesal bayar mahal2 utk naik train tu. Walaupun lambat (melebihi 3 hari compare to bus yg tak sampai 2 hari) but the money spent is well worth the experience. Yg bagusnya, naik bas dari Istanbul ke Tehran ni, boleh nampak snow cap Mount Ararat yg begitu dekat....lebih kurang 400m saja kaki Mount Ararat tu dari tepi highway. Highway kat sini tak berapa even...tinggi rendah sampai rasa mcm naik ferry, bukan naik bas.

Masa kat border Turki - Iran, officer (yg lain, bukan yg ari tu sebab route bas dgn keretapi tak sama) kat imigresen tu buat hal juga. Tapi tak la teruk sangat, may be sebab kitaorg dah nak exit, bukan nak enter Turki. Mcm2 gak soalan dia tanya....siap scan passport lagi. Tapi kali ni kitaorg dah pandai.....Grace dan anak aku (yg passport issue tahun 2005), jalan di depan dan aku selang beberapa org di belakang. Kalau aku di depan, tentu problem mcm hari tu sebab security passport aku tak sama dgn diaorg punya.

Sampai hotel pagi tadi, terus masak nasi dan lepas mandi, zzzzzzz...mengantuk cos tak cukup tidur. Bangun tidur, staff kat hotel ni pulak jamu nasi gurmet sabzi yg dimakan dalam sejenis roti yg dipanggil lavash. Sedap.....Staff kat hotel ni dah mesra dgn kami sebab dah kali ketiga stay kat sini. Kejap lagi nak pergi bazar....tapi hari ni Jumaat, cuti, so most of the shops closed. Esok nak pergi ski kat Tochal, so tak der masa lain lagi nak pergi. Maam ni aku dinner kat rumah Sarah.....so aku makankan utk korang yer...

Mondok - Ko kat sana lagi banyak snow......boleh kutip dari tepi jalan jer....aku kena panjat gunung nak rasa snow

Imann - Aku rasa nx time aku akan ke Istanbul lagi. I love it soooo much....
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote
  #38  
Old 12-02-2008, 01:55 AM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 11
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Salam.....
Finally, I am now back to my home sweet home
Perkara pertama yg aku buat setibanya aku di rumah adalah mencari baby kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan si Kabu. Panggil punya panggil, cari punya cari.....batang hidung pun tak nampak. Lepas 2 minit baru aku nampak dia berlari2 dari luar rumah menuju ke arah aku. Apa lagi.....aku terkam dia, aku peluk dia, aku cium dia, aku gomol dia cukup2. Ishhhh....ganasnyer
Tapi itu laa.....lepas rindu habis2an. Maklum, 3 minggu tak jumpa dan paling frust sebab masa aku nak mula travel dulu, aku tak dapat say goodbye pada dia sebab dia menghilangkan diri for more than 24 hours. Kata anak sulung aku, lebih semimnggu si Kabu mengiau2 sekuat hati (macam kucing hilang anak) di tengah2 malam di depan pintu bilik aku. Kesian dia. Dia cari aku la tuu....Mujur aku ada tinggalkan rakaman klip video aku bercakap pada dia. Itu la yg anak aku mainkan pada dia setiap hari. Anak aku kata, dia concentrate sungguh mendengar suara aku. Lebih kurang 10 hari juga la anak aku kena buat camtu, sampai la Kabu pun dah boring. Semasa aku menaip ni, Kabu tengah duduk atas riba aku .
Okey...sambungan dari citer aku yg terakhir ari tu....
Sarah & bapak dia dtg fetch aku kat Imam Khomeini Square. Rumah dia jauh gak, dlm 30 minit drive. Kami disambut oleh mak dia (aku dah jumpa masa mula2 sampai Tehran dulu). Rumah dia teres 2 tingkat, tapi rumah2 kat sini, tingkat bawah dan tingkat atas adalah satu rumah yg lengkap. Meaning satu family boleh duduk tingkat bawah, dan satu family lagi boleh duduk tingkat atas. So, datuk & nenek Sarah ni duduk tingkat bawah, dan family dia kat tingkat atas. Kebanyakan Iranian memang mcm tu....sebab mereka sgt mementingkan hubungan kekeluargaan. Mula2 kami dijamu dgn buah2an (timun kecil - baby cucumber, pun tergolong sbg fruit kat sini), pistachios, dan beberapa jenis kekacang yg lain. Makan itu jer pun dah kenyang. Lebih kurang 8.30pm, kami dinner. Mak dia sediakan 7 jenis dishes, termasuk gurmet sabzi, kebab ayam, burger kentang + minced beef, salad, sejenis appetizer yg dibuat dari wholemeal, sejenis yogurt dan satu lagi yg aku tak reti nak explain, dan saffron rice. Semuanya sedap. Entah berapa jam mak dia bertapa kat dapur utk menyediakan dish2 tu semua, tak tau laa. Kami semua kekenyangan. Lepas tu kami ke komputer Sarah utk tgk gambar2 percutian keluarga dia & gambar2 private party dia & kawan2 pompuan university dia. Naik terbeliak mata aku tgk gambar2 yg semuanya berpakaian seksi meksi....padahal kalau kat luar semuanya bertutup litup. Glamer habis, mengalahkan celebrity. Satu lagi kejutan aku dapat adalah bila Sarah ni mainkan lagu Scorpions (fav band aku). Rupa2nya dia pun peminat fanatik Scorpions, dan Metallica jugak. Siap sebut nama sorang2 band members Metallica. Fuhhh.....memang terkejut aku. Lepas tu, mak dia panggil untuk minum kopi dan makan kek pulak.....Sampai 10.30pm. bapak dia hantar kitaorg yg dah mcm ular sawa kenyang ni balik ke hostel.
Nx day, aku terlambat bangun, so by the time kitaorg sampai ke Tochal, dah pukul 10am. On the way, hati berkira2....ada ke rezeki nak main ski ni....tapi mujur ski slope dibuka pada hari tu. Kitaorg pergi sewa boot & equipments (USD17) dan beli tiket masuk USD15. Yg seksanya, kitaorg kena menapak dari ofis tpt sewa peralatan tu hingga ke gondola (cable car yg membawa kitaorg naik ke atas) dgn memakai siap2 boot ski yg sapa yg pernah pakai, tau la seksanya nak berjalan, dah mcm robot. Berat pulak tu....rasanya sepasang boot dlm 5 - 6kg. Dah tu boot tu memang ketat (tak boleh longgar, dangerous), dan bila berjalan, boot tu akan menekan tulang tibia (tulang kering daa). Sakit....Kena pulak kandar peralatan ski lagi, Naik gondola pulak kena tukar 3 kali utk sampai ke ski slope yg mempunyai ketinggian 3965m dari aras laut. Makin tinggi, makin banyak snow dan semakin sejuk. On the way, kami nampak beberapa skiers yg turun dan kami dimaklumkan bahawa cuaca tak baik. Alamak.....duit dah keluar banyak, tak kira laa....kita org naik juga sampai atas. Terkejutnya bila sampai ke atas, sedang berlaku minor snow storm. Angin punya la kuat smpai rasa nak melayang. Visibility very low, dlm 10 meter je. Camner nak ski ni ? Redah jer la....Dlm terhoyong-hayang tu, masukkan juga boot dlm ski dan dgn tak nampak ke mana hala dituju, aku pun meluncur. Rupa2nya aku dah turun satu slope yg curam. Hahaha....apa lagi.....tergolek2 la jatuh. Nak berdiri punya la seksa. Skiers yg lain tak dapat nak tolong sebab cuaca buruk, lagipun camner diaorg nak stop dan tolong aku sebab itu tpt yg curam, bila diaorg lalu sebelah aku, sure terus meluncur laju. Terkial2 aku cuba nak berdiri, dan baru nak stablekan diri, dah tergelincir balik, jatuh lagi. Masa tu aku dah sejuk giler (temp minus 25 ke minus 30) sebab snow dah masuk dlm sweater & glove aku. Anak aku & kwn aku entah ke mana. Tak nampak langsung sebab visiblity tinggal 3 - 5 meter jer. Suasana dah jadi 'whiteout' situation. Langsung tak nampak apa2 melainkan putih seputih2nya. Rasa mcm kat alam lain pun ada. Sorang skier suruh aku tanggalkan ski dan mendaki semula 150 meter ke atas sebab memang no way aku boleh turun lagi (masih jauh utk sampai ke swing chair). Dlm kesejukan dgn angin serta snow yg menggila, aku tanggalkan ski aku & kandar sambil mendaki ke atas. Tuhan saja la yg tau camner aku rasa. Menyesal pun ada. Tangan aku dah numb smpai tak boleh rasa apa2. Bayangkan nak mendaki 150 meter ke atas dgn melawan angin kencang dan membawa ski serta memakai boot yg berat. Rasa mcm dah tak mampu nak bergerak. Tapi aku tau, kalau aku tak kuatkan semangat, I will be frozed to death. Tak ada siapa2 yg boleh tolong aku melainkan diri aku sendiri. So aku menapak selangkah demi selangkah. Aku tak nampak ke mana haluan aku. Nasib baik utk seketika (dlm 5 saat) kabus berkurangan dan aku nampak kabin tempat skier berehat. So, aku gagahkan diri utk sampai ke kabin tu. Bila sampai, berpinar mata aku & tak boleh nak adjust dgn cahaya malap dlm kabin tu. Aku tau kat situ ada heater, so aku letak tangan aku kat heater yg sepatutnya panas (tapi tangan aku yg kebas tak rasa apa2 langsung). Lebih kurang 10 minit barulah mata aku boleh adjust dgn suasana dlm kabin tu. Sorang skier dari Korea cakap muka aku merah menyala (bila sejuk pun muka merah gak, bukan time panas jer). Aku pening sikit sebab 'whiteout' situation tu. Pada masa ni, aku terkenang camner la DP Sharifah Mazlina menawan Artik & Antartik seorang diri & betapa hebatnya pendaki2 Everest...Really admire them. Bila pening dah reda, aku keluar dari kabin. Aku ski balik. Tapi tak berani nak pergi jauh2, main2 kat situ jer, sebab aku tau kat situ ground nyer rata. Kawan aku pun ada kat situ rupanya, tapi anak aku dah tak tau ke mana. Aku risau sgt takut dia ditimpa masalah. Macamana nak mencari dlm keadaan yg tak nampak apa2 melainkan putih semata2. Aku cumpa mampu berdoa. Selang 15 minit, aku nampak samar2 kelibat mcm anak aku. Bila aku panggil, memang betul dia. Dgn snow cap dah terbang entah ke mana, dia pun tengah menggigil2 kesejukan....tapi rupa2nya dia tgh having the best time of his life !!! Aku risau bagai nak giler, rupanya dia ikut satu team expert Iranian skiers & dalam 'whiteout' situation tu diaorg ajar dia teknik2 ski. Lega hati aku. Ski slope ditutup jam 2pm sebab cuaca semakin buruk. Conclusionnya, aku dapatla ski sikit tapi anak aku siap compete dgn 'kawan2' dia yg lebih dewasa, dan dpt nombor 2, dari 6 org yg compete . Dia siap boleh terbang dari ketinggian 2 meter dan landing tanpa terjatuh. Hebat juga anak aku ni. Itu baru dapat peluang ski once in a blue moon. Agak2nya kalau ari2 ski, boleh masuk winter olympic kot
Habis ski, kitaorg singgah bazar sekali lagi (semalam, semua kedai tutup). Ingat nak cari souvenir tapi tak ada langsung. Walaupun bazar tu besar, tapi balik2 jumpa kedai jual kitchenware, jual pistachios, jual carpet. Langsung tak nampak souvenir. Sorang tokey kedai bgtau kat situ memang tak der souvenir, klu nak, kena pergi Istanbul Street. Naik la metro, cari Istanbul St, tapi rupa2nya tempat ni jual barang2 antik . Teruk betul !!! Menyesal aku tak beli souvenir masa kat Esfahan ( time tu malas nak bawa barang banyak2 sebab banyak tempat nak travel lagi). In the end, jumpa la satu kedai handicraft kat situ yg harga barang2nya memang mahal. Aku beli la juga sebatang pen yg ada corak bermotifkan Iranian USD15, tiles 6" X 6" yg ada ukiran (USD12) dan beg handphone (USD8). Lepas tu balik ke hostel sebab anak aku dah mengamuk penat (mana tak penat, baru lepas main ski, merayap pulak berjam2).
Semalam, aku bangun dgn badan yg terasa panas & tekak yg terasa perit. Sah....aku dah demam. Hari ni dah nak fly balik. Nak buat camner, demam2 pun kena la usung beg2 berat. Check out 10am. Flight Tehran - Kuwait 1.30pm. Kat Kuwait transit 9 jam. Apply VOA (aku & anak aku dicharge KWD3 (RM39) each, tapi kawan aku kena KWD6 - RM78) dan naik bas 501 menuju ke town. Kuwait city sebuah bandar yg tersusun rapi (mcm Singapore), kemas, cantik, bersih, tapi tak la besar sangat. Deretan kereta2 mewah memenuhi jalan, semuanya besar2 belaka. Yg naik bas cuma pekerja2 (India, Pakistan, Bangla, Indon, Philippine) & kitaorg . Sampai terminal bas, rupanya ada banyak souk (mcm bazar) dan barang2 yg dijual murah2 belaka. Menyesal pulak tak banyak tukar duit, sebab tak plan pun nak shopping sebab ingatkan everything is expensive in Kuwait. Rezeki kitaorg termasuk ke kawasan shopping utk golongan pekerja2 ni dan kebanyakan barangan datang dari India, China atau Kuwait sendiri. Dapat la aku beli jubah utk mak aku (murah jer...RM30, tapi cantik), snow cap & muffler utk aku (RM10) dan sedang aku berkira2 nak beli tak satu winter coat yg elegant (mcm yg model2 pakai), anak aku pulak offer...kalau aku berkenan, dia akan belikan utk aku sebagai bday present aku yg coming soon ni. Best betul....Sambar la...tak sampai RM50 harganya. Memang cantik dan murah. Kat sini juga aku jumpa key chain Kuwait & Iran (kat Iran tak der...kat sini pulak ada ) Time balik ke airport, angin kencang & temp drop, sejuk sangat aku rasa...lagipun aku kan demam. Sampai airport, demam aku semakin teruk. Org pulak punya la ramai....pekerja2 ni la semua nak balik bercuti. Jenuh aku nak mencari semua tempat & settlekan semua urusan (nak harap kawan aku, dia pun tak berapa reti). Finally, selesai. Flight delay 35 minit. 12.20am depart. Semua seat occupied dgn Indon maid sebab flight ni stopover kat KL dan lepas tu ke Jakarta. Aku dah tensyen sebab aku tau sgt maid2 Indon ni akan bersembang & buat bising sepanjang perjalanan selagi tak landing (dah beberapa kali aku terkena situasi ni), sedangkan aku perlu tidur utk recover demam aku. So, apa lagi, telan la sebiji motion sickness pill & hanyut terus. Meal sampai pun aku tak sentuh (menyesal pulak ). Flight Kuwait - KL 8 jam, tapi disebabkan time difference, aku selamat landing pada jam 1.15pm. Sebelum tu sempat berborak dgn steward Kuwait airlines yg hensem giler & bg info kat dia yg nak scuba diving kat Sipadan. Selesai urusan passport control & bagage reclaim, aku board bas balik ke Ipoh. Berpeluh2 dlm bas walaupun aircond dipasang kuat. Baru la tersedar panasnyer Malaysia ni. . Finally, 6pm sampai la aku ke rumah. Syukur alhamdulillah.
Ini la entri terakhir aku utk thread ni. Kesimpulannya, travel kali ni banyak memberikan aku pengetahuan serta menimbulkan keinsafan dalam diri aku. Ada juga aku muhasabah diri dan merenung kembali kelemahan2 yg ada dalam diri aku. Kalau ada rezeki, teringin nak ke Iran lagi sebab banyak lagi destinasi lain yg menarik yg belum aku cover spt Kish Island, Bandar Abbas, Gilan & Mashhad. Turkey pun banyak tempat lain yg menrik selain Istanbul (lupa nak citer....aku banyak kali jumpa melayu kat Istanbul yg travel ikut pakej, tapi punyala berlagak....senyum pun tak nak ).
So...until nx time....no more travelling until I complete my thesis (rasa2nya lepas balik dari India bulan 2 dulu pun aku cakap camtu jugak kan, tapi lepas gak smpai ke Iran, Turki & Kuwait.
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote
  #39  
Old 12-02-2008, 08:25 AM
adamyala's Avatar
adamyala adamyala is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Location: damansara
Posts: 2,597
Rep Power: 13
adamyala is on a distinguished road
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

Hi anita,

saya ikuti thread ni dari mula sampai akhir. alhamdulillah anita, anak dan kawan dah selamat pulang 'in one piece'. Admire sgt org mcm you....so adventurous. I am nothing like you. suka travel tapi nak yg senang2 dan manje2 je. now I realize how 'boring' one's life could be hahaha

Org malaysia kat Iran tak nak senyum kat you ? mungkin durang tak tahu you org malaysia kot. kan rupa you pun mcm wanita Iran jugak....gitu....

pandainyer kabu tengok video yg you tinggalkan untuk dia. buat I teringin nak jumpa dia. Bila gamaknyer........

Last edited by adamyala; 12-28-2008 at 11:08 AM.
Reply With Quote
  #40  
Old 12-02-2008, 10:45 AM
imann's Avatar
imann imann is offline
Purrfect lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Nilai
Posts: 1,487
Rep Power: 13
imann is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to imann
Default Re: The countdown begins....kuwait - iran - turkey

anita,,

mmg pun..masa I kat isketambola dulu..jumpa gak 1-2 family melayu kita...jumpa masa shopping siap jeling lg weii...hampeh sungguh...mcm kita nak minta duit dia plak...senyum jauh sekali la...eksen weii..aku pun tatau nape org camtu...yg aku plak...pantang jumpa ala2 melayu..aku sengih jek.....ye lah..dah le kita jauh dri bumi mesia....tak salah mesra2 skit...ye tak....

agaknya kita tak stenden cam dorang kot....

masa aku kat amsterdam dulu pun cenggitu gak...local plak yg very nice to us masa tu...wat malu melayu je....tu lah org kata..melayu mudah lufer...
__________________
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is On

Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 05:44 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2019, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.