Quote:
Originally Posted by Lyn_Cat
Barren, kebiasaan org tak undi pada apa yg diwakili...tp diorg tengok pada sape yg bertanding tu... kalo performance x bagus camne nak undi..huhuhu
|
Kier org kat sini sama gak ker dgn dier org yang tengok pada siapa bertanding?
Aku ni bukanlah fan Khai dan Rosma tapi kalau kita bergabung, fan/peminat/penyokong Khai&Rosma, pencinta haiwan se Malaysia, penyokong-penyokong Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan, Khai dan Rosma leh kumpul lebih banyak dana untuk YKHKM.
Kalau Khai&Rosma menang, "Terima kasih pada peminat, penyokong yang telah mengundi kami dan juga pada pencinta haiwan Malaysia........" takdalah lagi dia cakap "Terima kasih pada yang telah mengundi kami....." seperti peserta lain. Khai dan Rosma bukan saja mewakili YKHKM tapi juga mewakili kita sebagai pencinta kebajikan haiwan.
Ini bukan bermaksud untuk mengenepikan badan-badan kebajikan yang diwakili oleh peserta lain tapi portal ini adalah untuk haiwan dan kita sama-sama dedicated untuk haiwan-haiwan yang kita hargai. Ini peluang kita untuk sama-sama membantu dam dalam masa yang sama memperkenalkan portal ini.
Sesiapa yang rajin cari jalan nak contact Khai&Rosma atau fan club mereka leh maklumkan sokongan portal ini pada mereka. Secara tak langsung mempromotekan portal ini dan mendapat lebih ramai ahli untuk mendidik orang luar sana untuk lebih menghargai haiwan peliharaan dan yang terbiar.
Just my 2 cents. Kalau tak setuju, just ignore.....
Mawi leh jadi jutawan kerna undi, bagilah haiwan-haiwan terbiar dan yang memerlukan dapat kebajikan yang secukupnya, bukannya mereka minta hidup mewah.....cuma perhatian, belas kesihan dan kasih sayang.