Kucing Terbiar Cedera - ada sesiapa boleh bantu?
Salam kepada semua,
Ada seekor kucing dewasa terbiar di kawasan perumahan apartmen saya di sri rampai KL mengalami kecederaan pada kaki depan yang nampak koyak besar pada tapaknya dan expose daging dan mungkin tulang. Hidungnya juga nampak luka dalam.
Jika ada sesiapa yang boleh bantu, kos perubatan mungkin sampai beratus ringgit dan saya tidak mampu menanggung keseluruhan kos tersebut. Harap dapat hubungi saya segera di 0196443131.
Maaf jika menggangu, saya buntu dan sedih melihat keadaannya, dan org2 di sini tak mngendahkan kucing ini. Dia datang menunggu depan pintu rumah saya yang sebelum ini tidak pernah dikunjungi.
Terima kasih.
|