Go

Go Back   PetFinder.my > The Animal Corner > Cats & Kittens > Health, Disease & Diet

Health, Disease & Diet Find out the best tips and practices on managing your cat's diet, health care, and issues with diseases from our community of animal lovers

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 05-20-2015, 03:35 PM
hafeez hashim hafeez hashim is offline
Animal Lover
 
Join Date: May 2015
Posts: 19
Rep Power: 0
hafeez hashim is on a distinguished road
Default Aksesori untuk kucing. Perlu atau tidak ?

KUCING KESAYANGAN JUGA PERLUKAN AKSESORI SEPERTI TILAM, KATIL, RANTAI KECIL, MANGKUK, MANGKUK TANDAS DAN TEMPAT CAKAR

Aksesori serikan dunia si comel


HAIWAN peliharaan juga perlukan aksesorinya. Unik bukan. Tapi itulah realiti yang perlu dipenuhi oleh setiap yang membela haiwan comel dan manja seperti kucing, arnab, hamster dan sugar glider.



Barangan seperti tilam, katil, rantai kecil, mangkuk, mangkuk tandas dan tempat cakar adalah aksesori wajib yang perlu dimiliki buat haiwan peliharaan khususnya si kucing



Aksesori lain antaranya pasir kucing, alat permainan (bola, bulu ayam dan loceng), mandian, vitamin, makanan, beg galas dan voyageur (sangkar) turut mengisi senarai aksesori yang diperlukan buat peminat tegar si comel itu.


Namun begitu, memiliki aksesori sebegini mungkin menimbulkan kesukaran buat sesetengah orang. Ada yang kata peruntukan tidak mencukupi kerana kebanyakan harga aksesorinya mahal. Ada juga yang tidak kisah sama ada miliki atau pun tidak kerana bagi mereka asalkan haiwan peliharaan itu sihat dan cantik, itu sudah memadai




Pemilik kedai haiwan, Imadi Pet Clinic di Kota Kemuning, Shah Alam, Ismail Mohammad Ali, 49, berkata, peminat kucing perlu memastikan mereka memiliki segala aksesori berkaitan.



Menurutnya, kucing menjadi cukup sempurna dan sihat jika dibekalkan dengan keperluan yang mencukupi. Bagaimanapun, Ismail mengakui kekangan kewangan turut membantutkan keinginan tuan kucing untuk mendapatkan aksesori yang diinginkaN



“Sebenarnya untuk mendapatkan segala keperluan itu tidaklah memerlukan wang yang banyak. Ini kerana pembelian dilakukan sekali sahaja melainkan makanan, mandian dan vitamin yang kerap digunakan,” katanya. Ismail memberitahu, Imadi Pet Clinic mempunyai segala macam aksesori yang diperlukan pemilik kucing



“Mereka boleh mendapatkan apa sahaja yang diinginkan dengan harga murah. Sesi khidmat nasihat juga ada dibekalkan,” ujarnya.



Kongsi tip


Ismail ingin berkongsi tip berkaitan aksesori dengan pembaca Sinar Harian. Katanya, aksesori seperti mangkuk makanan perlu dibeli sekurang-kurangnya dua biji (bagi kucing yang berada dalam sangkar). Satu untuk mangkuk air dan satu lagi mangkuk makanan.


Berkenaan kotak najis pula, permukaan kotak perlu halus dan dalam.


“Kebanyakan yang kita lihat sekarang kucing menjauhi kotak najis kerana ia terlalu cetek atau isiannya kasar. Juga, kucing tidak gemar dengan kotak najis yang mempunyai pewangi.


“Bukan kerana kucing itu cerewet, tetapi mungkin disebabkan hidungnya tidak dapat menerima bau-bauan yang pelik,” ujarnya



Mengenai mandian, ujar Ismail, pemiliknya harus memilih sabun bersesuaian kerana terdapat banyak jenis produk itu di pasaran.


“Sebolehnya dapatkan nasihat daripada doktor haiwan terlebih dahulu berhubung soal mandian. Bagi yang membela pelbagai jenis baka kucing pula, terdapat produk tertentu yang boleh digunakan untuk haiwan mereka



“Misalnya, kucing yang mengalami bulu berkurangan harus menggunakan produk khas manakala kucing yang sering kali berhadapan masalah kegatalan di badan, tentulah menggunakan mandian berubat untuk mengatasi masalah itu,” jelasnya.


Kucing aktif

Pemilik tiga kucing lincah, Hanisah Che Mat Bahrin, 30, berkata, kesemua kucingnya terutama Ochie (baka Parsian) sangat aktif. Pantang berjumpa bola mainan, pastinya digolekkannya sehingga dia puas hati.


Menurutnya, disebabkan Ochie berusia empat bulan gemar bermain, dia membelikan bola dan bulu ayam. Diberinya mainan tersebut kepada Ochie, dengan pantas haiwan kecil itu bermain tanpa mengira masa dan keadaan di sekeliling.

“Selain itu saya juga belikan aksesori lain antaranya sangkar, pasir dan tempat cakar.


“Cukuplah dulu keperluan haiwan saya ini. Bila sudah bela banyak, mungkin kita akan tambah lagi,” katanya.

Hanisah tidak menetapkan sebarang kedai untuk dapatkan apa yang diinginkan. Asal melalui kedai haiwan dan ada yang berkenan, terus dibelinya.

Mengenai makanan kucing, Hanisah mengutamakan makanan yang dijual di kedai haiwan kerana segala bentuk zat makanan ada di dalamnyA


Namun begitu, pemberian makanan mentah berupa ayam, daging dan ikan turut dibekalkan bagi menjamin kesihatan yang berpanjangan.


Jelas Hanisah, dia sentiasa menghantar Ochie dan kawannya ke klinik haiwan untuk pemeriksaan kesihatan.

“Kucing juga seperti manusia. Perlu dapatkan rawatan yang secukupnya dalam memastikan diri sentiasa sihat.


“Setakat ini, rawatan seperti pembersihan telinga, potong kuku, memotong bulu dan khidmat pergigian telah pun dilakukan,” ujarnyA

Hanisah memberitahu, setiap pemilik kucing perlu menimba pelbagai ilmu berkaitan dunia haiwan tersebut.


Kucing tidak dapat mengecap kehidupan bahagia jika pemilik tidak tahu bagaimana mengendalikan kucing yang bermasalah


“Kita perlu bertanggungjawab terhadap haiwan yang dibela. Kucing haiwan bernyawa.

Jika dia terkulai layu, kita akan berdosa kerana menganiayai makhluk ALLAH itu.

“Sebab itu pentingnya ilmu. Bila dia sakit, kita sudah tahu bentuk rawatan yang harus diberikan,” kata Hanisah.

SUMBER : SINAR HARIAN

EBOOK RAHSIA KUCING COMEL
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
ubat kutu cecair biru berkesan atau tidak? Mattreef Cats & Kittens 0 01-26-2015 01:08 PM
daging rebus,ayam rebus & ikan rebus untuk kucing ..baik atau tidak? didiebahari Health, Disease & Diet 5 02-06-2012 01:29 PM
anak kucing perlu pertolongan... aina.mj Rescuers & Fosterers 14 07-01-2010 03:16 PM
Bahaya Atau Tidak naq1989 Cats & Kittens 31 11-12-2009 02:26 PM
aksesori kucing spongegirl Pet Products 3 05-04-2009 01:37 PM


All times are GMT +8. The time now is 09:26 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2019, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.