Dagu berkerak a.k.a chin pimple disebabkan bekas makanan yang berminyak. Elakkan dari guna bekas plastik sebab bekas plastik lemak/minyak dari makanan senang melekat. Kalau bekas plastik tak dicuci selalu akan kena pada dagu kucing masa dia menjilat makanan dari bekas. Guna bekas ceramic atau stainless steel. Cuci selalu dengan sabun.
Masa mandikan kucing, shampu bawah dagu juga. Biasakan mengelap bawah dagu kucing tiap hari dengan kain lembap.
Jangan cuba tanggal/garu kerak dengan kuku atau sikat. Jika kerak itu melekat pada kulit, jika digaru boleh melukakan kulit dagu dan menyebabkan infection yang lebih teruk. Sebaiknya cuci dengan air dan syampu untuk melembutkan kerak untuk memudahkan menanggalkannya. Jangan lap dengan kain kalau kerak tu tebal - menyakitkan!
Untuk maintain keayuan dagu, lap selalu. Tak kira warna bulu, kerak nampak atau tidak, kena lap minyak di dagu untuk hindarkan kerak itu dari terbentuk.
p/s teringat masa dok asrama, minyak pada pinggan plastik leh buat pinggan tu jadi non-stick pan untuk microwave