Salam and hai to all members.
Sebelum tuh nak wish selamat berpuasa di bulan Ramadhan...
Macam biasa laaa...
dah bukak thread nie nak bertanya kepada yg pakar tentang CFA cert nie. Saya ada beli kucing persian (dari Sarawak)dan owner asalnyer janji nak berikan sekali dengan cert CFA tuh...
Dia charge RM500 per cert for breeding right katanya... So saya beli dua ekor dah Rm1k lah in total.
Tapi masalahnya saya beli kittens tu dalam bulan JUNE tahun nie dan sekarang dah bulan OGOS, takda juga kelihatan CFA cert yang dijanjikan.
Bila ditanya pada owner cattery (makcik sarawakian) tuh dia kata baru hantar application tu MINGGU LEPAS!!! Patut laa saya tanya sebelum nie dia buat buat BODOH or tak faham jer bila saya tanya tentang CFA certs tuh. Bila saya kata nak beli kucing lagi baru dia nak reply!
Sampai terpaksa berbahasa kasar dalam fesbuk makcik sarawak tuh baru dia nak reply. (Tak sure juga entah tunang dia ker or bapak dia yg reply sb maybe diaorg tu kongsi FB agaknya... Sb cara reply sentiasa tak sama susunan ayatnya...)
So sekarang nie saya bg tahu dia IF dia dah hantar (kalau betul laa dia hantar) saya sepatutnya dapat CFA certs tuh dalam 2 minggu. So sekarang nie saya masih menunggu. Adoi laa...
Apa pendapat u guys tentang perkara nie?
Actually berapa lama sebenarnya diperlukan untuk proses tukar nama CFA cert tu? dan mcm mana kita nak check jika CFA cert yg (kalau) diberikan nanti tu adalah original?
P/S: Saya pun dah malas nak bertekak dan gaduh dgn makcik sarawak tuh dah. Sebab buang masa dan menambah sakit hati sahaja. Saya just nak CFA cert saya dan get this overwith ASAP. Tenang jiwa!