Quote:
Originally Posted by d0odlez89
help...saya ada problem pasal my kitten.(baby)
1. baby saya asyik tergaru- garu. lagi2 bahagian telinga. saya sudah check, tak ada kutu pon. dia ada macam kelumumur kat badan dia. kat ekor pon ada. kenapa ye?? perlu pergi ke vet ke?baby saya baru 2 bulan.
2. baby tak nak minum air. sudah paksa pun still tak nak minum. saya bagi minum susu kitten. yang goat milk. saya baru adopt baby ni.
3. baby suka tido kat dalam bekas yang ada pasir untuk dia membuang. macam mana nak buat dia tak tido kat bekas tu.
help...
|
1) Kemungkinan besar baby you ada kurap. Ada ke tepi tepi telinga dia berbiji biji? Kalo ye... memang confirm kurap. Kena bawa ke vet untuk cucuk kurap. Kalo tak ada, tempat gatal tu bulat dan botak (kurang bulu) tu adalah fungal. Kena mandikan ngan syampu Malaseb yang boleh di beli kat Vet. Tapi seelok eloknya bawa ke vet untuk kepastian.
2) Selalunya, bila kita baru ambil kucing baru, dia tak akan makan atau minum sebab masih dalam keadaan stress di tempat baru. Bagi dia masa dalam dua atau tiga hari. Bila dah rasa serasi dalam rumah awak, baru la dia akan makan dan minum.
3) Tu perkara biasa. Biarkan je. Kalo nak cuba ambil kotak atau basket kecik, lapik ngan towel dan letak dia dalam situ.
Good luck.