Gambar ini dirakamkan semasa pagi Hari Raya baru-baru ini. Juga sebagai kenangan dan pengenalan diri Pakcu dan seluruh ahli keluarga yang semua minat dan sayang dengan kucing, terutamanya Ayahanda pakcu tercinta. Pakcu ingat lagi, waktu sekolah rendah, Pakcu terasa lucu sungguh bila ayahanda bawak kucing pergi klinik kerajaan kampong sebab luka. Semua yang diklinik tu senyum-senyum kambing bila ayahanda bawak kucing, tapi ayahanda buat tak tahu je. Mulia sungguh hati Ayahanda terhadap kucing dan anakanda sesungguhnya merasa sungguh terharu dan sayu di pagi ini. Di kala ini, masih lagi Pakcu ingat, bagaimana bangga dan sukanya Ayahanda bila anakanda beritahu dan tunjukkan piala kemenangan kucing anakanda.. Ooh sayunya..
Inilah Ayahanda Pakcu tercinta.. sedang merenung jauh di pagi Raya. Tak tahu apa yang difikirkan. Mungkinkah mengenangkan masih ada lagi kah Hari Raya untuknya di tahun-tahun berikutnya... Sebetulnya, ayahanda Pakcu ni baru je keluar dari Hospital pada tengahari Selasa sebelum raya setelah dirawat 5 hari masalah pendarahan dalaman. Pakcu yang bawak ayahanda balik pada petang selasa tu. Dan pada raya kali ini, pertamakali ayahanda tidak dapat menunaikan sembahyang raya disebabkan tidak berdaya. Sekarang ni ayahanda merupakan orang lelaki tertua di kampong Pakcu (83 tahun).. Ya Allah, Kau lanjutkanlah usia Ayahanda ku dan berikan lagi peluang pada ku untuk mengucup tangannya dan memohon ampun darinya di aidilfitri berikut-berikutnya.. AMIN.
Ini Ayahanda bersama Bonda tercinta.. Bonda pakcu pun antara orang tua perempuan tertua (76 tahun) dan tidak juga berapa sihat sejak kebelakangan ini. Juga sangat sayang kucing dan tidak pernah lupa memberi kucing makan. Pakcu masih ingat, waktu Pakcu sekolah menengah, ditunjukkan kepada Pakcu kebolehan kucing bonda mengurut-urut badannya. Waktu tu Pakcu merasa sungguh hairan dan bangga dengan kucing bonda.. walaupun di kala ini anakanda baru tahu, setiap kucing yang manja akan mengurut-urut tuannya. Kini Bonda sudah banyak terlupa dan tidak lagi berdaya..Ya Allah, Kau lanjutkanlah usia Bonda ku dan berikan lagi peluang pada ku untuk mengucup tangannya dan memohon ampun darinya di aidilfitri berikut-berikutnya.. AMIN.
Inilah Pakcu semasa mengucup Ayahanda dan Bonda tercinta, memohon ampun dan maaf di atas salah silap anakanda. Perasan tak Ayahanda Pakcu begitu terharu dan mengalirkan airmata... Oooh Ayahanda Bonda, sesungguhnya anakanda mu ini begitu menyayangi mu..
Menunggu giliran memohon ampun dan maaf
Ayahanda dan Bonda bersama dua dari lima cicit-cicit mereka..
Sebahagian dari 26 orang anak buah dan 5 orang cucu Pakcu. Anak pakcu? Pakcu duda tua.. tak de anak, ada anak2 bulus jer.. hehe
Ok, itulah sebahagian cerita Pakcu dan Pakcu memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya ada kata-kata Pakcu yang menyinggung perasaan kalian, atau mendatangkan kesedihan kalian... Tulus ikhlas dari Pakcu.