Quote:
Originally Posted by Daniel
Yang I dengar jer calico yang female.....tak faham juga mengapa calico mesti betina...... ?
|
apa yang saya baca.
kat DNA kucing ada 3 trait yang mengawal warna pada kucing...
trait 1
warna hitam ,brown, chocolate or cinnamon di kawal oleh satu trait. jadi jika sperma bawak gen hitam manakala ovun bawak gen cinnamon... baby kucing tu akan ikut warna bergantung gen yang mana yang lebih dominant.
trait 2
kemudian kita ada trait yang mengawal warna putih. sama ada gen tersebut dominant putih atau gen bukan putih. dan gen dominan putih ada dua jenis iaitu all over white atau spotting white.
kalau sperma bawak gen all over white ovum bawak gen bukan white...kucing tu akan berwarna putih sepenuhnya.
kalau sperma bawak gen bukan putih manakala ovum bawak gen spotting white...so kitten tu akan jadi bicolor. dan gen putih adalah paling dominan antara semua gen warna
trait 3
kemudian gen warna oren/merah yang terdapat pada kromosom sex X.
male kromosom sex dia XY. jadi kalau X dia bawak gen oren so dia akan warna oren. kalau X dia bawak gen bukan oren, jadi gen pada trait yang first akan menunjukkan sifat nye.
bagi female cat dia ada XX. jadi untuk dapat female cat yg warna oren kedua dua kromosom sex dia mesti bawak gen warna oren. kalau kedua dua kromosom sex dia bawak gen bukan warna oren maka gen warna trait first akan menunjukkan sifatnye. tapi kalau satu X bawak gen oren dan satu gen bawak gen bukan oren maka kita akan dapat kitten yang warna oren dan warna gen pada trait yang first tadi-tortoiseshell.
contoh.
kita andaikan
gen hitam dominan, gen cinnamon resesif.
------sperma x ovum
trait 1------- gen hitam x gen cinnamon
trait 2------- gen bukan putih x gen bukan putih
trait 3------- gen bukan oren x gen bukan oren
kita akan dapat female black kitten
contoh 2
------sperma x ovum
trait 1 ------gen hitam x gen cinnamon
trait 2 ------gen all over white x gen bukan putih
trait 3 ------gen bukan oren x gen bukan oren
kita kan dapat female white kitten
contoh tiga
.............. sperma x ovum
trait 1..... gen hitam x gen cinnamon
trait 2..... gen spotting white x gen bukan putih
trait 3..... gen bukan oren x gen bukan oren
kita akan dapat female bicolor hitam putih
contoh 4
......... sperma x ovum
trait 1........... gen hitam x gen cinnamon
trait 2 ...........gen bukan putih x gen bukan putih
trait 3 ........... x gen bukan oren
kita akan dapat male hitam
contoh 5
............ sperma x ovum
trait 1............. gen hitam x gen cinnamon
trait 2............. gen bukan putih x gen bukan putih
trait 3 .............. x gen oren
kita kan dapat male kitten warna oren
contoh 6
............ sperma x ovum
trait 1............ gen hitam x gen cinnamon
trait 2............ gen bukan putih x gen bukan putih
trait 3............ gen oren x gen oren
kita kan dapat female kitten oren
contoh 7
.......... sperma x ovum
trait 1.......... gen hitam x gen cinnamon
trait 2.......... gen bukan putih x gen bukan putih
trait 3........... gen oren x gen bukan oren
kita kan dapat tortoiseshell female kitten (oren hitam)
contoh 8
............ sperma x ovum
trait 1............ gen hitam x gen cinnamon
trait 2............ gen spotting white x gen bukan putih
trait 3............ gen bukan oren x gen oren
kita akan dapat female calico ( hitam oren putih)
harap harap bukan ajaran sesat....
ni tak masuk lagi trait tabby and dilute