Sabar, jangan panik.. pasti ada jalan.. Sentiasa usap lembut kucing saudari dan jangan bagi dia minum susu atau yogurt. Air bersih tak mengapa. Dalam keadan macam ni, saya berpendapat, kamu mesti bawa kucing ke vet yang bagus. Selalunya kalau dah muntah hijau tu dah agak teruk. Ada banyak possibility dan saya berpendapat doktor haiwan je solusinya. Tapi kalau boleh bawa lah jumpa doktor haiwan yang bagus sikit. Kalau di Malaysia, saya rekomen di bawa kucing saudari untuk dirawat ke bahagian Klinik Haiwan Kesayangan, Hospital Veterinar Universiti (UVH), Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
http://www.vet.upm.edu.my/uvh.html
Saudari boleh mengubungi UVH di talian 03-86563528 bagi Klinik Haiwan Kesayangan, 03-89468319 bagi Klinik Bergerak dan 03-89468272 bagi Pejabat Am UVH.