Quote:
Originally Posted by haelynx
Macam mana nak hilang kan kutu dari badan kucing?
saya tak tahu ianya kutu or hama. ada yg hitam ada yg kepala merah badan kuning2
Tolong saya, perlu di suntik or just guna shampu jer?
|
Salam Haelynx,
Untuk matikan kutu dan hama kat badan kucing banyak caranya. Di antara caranya ialah :-
1) Beli ubat kutu jenama Frontline dan spray kat badan dia. Sebelum spray, google kat website Frontline untuk cara penggunaanya. Lepas spray jangan mandikan kucing selama dua hari. Kalo kucing baru mandi tunggu dua hari selepas mandi baru spray Frontline. Frontline ada dua jenis. Satu jenis spray dan satu bentuk pipet yang boleh letak atas tenguk kucing.
2) Bawa g vet untuk injection.
3) Mandikan dengan syampu kutu tapi cuma berkesan selepas mandi dua kali.