Go

Go Back   PetFinder.my > The Animal Corner > Cats & Kittens > Training & Behavioral Issues

Training & Behavioral Issues Does your cat have an attitude, or just simply refuses to listen to you? Share it with your peers here and learn more about a cat's behavior and training methods

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 09-02-2009, 11:57 PM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Saya orang baru dalam memelihara kucing dan orang baru juga di Petfinder. Saya adopt 2 ekor kucing dari Petfinder. Kedua duanya adik beradik satu jantan dan satu betina. Anak anak kucing sangat lincah dan bolehlah dianggap "hyper active". Mereka berdua ini tidak akan duduk diam samaada didalam kurungan maupun jika diluar kurungan.

Jika diluar kurungan dua ekor ini akan berlari kesana dan kesini dan kadang kadang kesian juga melihat mereka berlangar sesama sendiri atau melanggar dinding rumah akibat tidak sempat membrek ketika bekejaran antara satu dengan lain. Bukan sahaja setakat bekejar antara satu dengan lain malah segala pokok pokok dan tiang tiang pagar akan dipanjat oleh kedua duanya dan pernah juga basah kuyup jatuh kedalam longkang kerana tersilap target ketika melompat turun dari tiang pagar.

Saya ingin tahu kenapa:

1. Kedua dua kucing saya makan (blackwood) boleh tahan tetapi badan tak montel. Ubat cacing dan vaccine telah diberi.

2. Kedua dua kucing ini tidak suka dipegang kalau dapat memegang dalam masa 3 minit lepas itu akan meronta ronta untuk melepaskan diri untuk bekejaran sesama sendiri.

Kepada kawan disini saya mohon pendapat atau komen kepada kedua perkara perkara diatas. Untuk makluman kucing tersebut berumur lebih kurang 3 bulan.

Last edited by Pak Lubis; 09-04-2009 at 02:39 PM. Reason: add information
Reply With Quote
  #2  
Old 09-03-2009, 12:19 AM
nurkasih's Avatar
nurkasih nurkasih is offline
~feline attaché
 
Join Date: May 2009
Location: Georgetown, Penang Island~
Posts: 1,612
Rep Power: 16
nurkasih is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Quote:
Originally Posted by Pak Lubis View Post

Pak Lubis,

Saya cuba jawab dari pengalaman saya.. untuk soalan no 2...

Kucing kalau ada kawan sesama diorang...memang tak layan orang punyer.. kucing sayer bila dah duduk sesekor dier..takder yang lain..kiter tido kat depan baru dia datang tido menghimpit kat kiter..lagipun..kucing2 u agaknya kecik lagi..zaman main2 tak habis lagi agaknya..seronok berkejaran lagi... selalu kucing yang manja dengan tuan dia akan datang sendiri... kepercayaan diorang bagi kat kite tak leh paksa...kena gain..mungkin u leh join diorang main sekali ker... macam u pegang lidi yang ada riben..kompom berlarian dashyat.. lepas tue..pelan2 dia akan buat u cam member main diorang.. my anak bulus nieh.. nampak i jer buat main munyik2, jenguk2..pastue sergah... bagi yang aktif lah..
__________________
Curiosity killed the cat, but where human beings are concerned, the only thing a healthy curiosity can kill is ignorance.~Harry Lorayne
Reply With Quote
  #3  
Old 09-03-2009, 12:51 AM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Terima kasih Nur ......Saya dah buat lidi ikat ribbon dan ajak dia main . Memang lah mereka berdua seronok bila bermain dengan saya mempermainkan mereka. Tetapi bila pegang sekejap .. tak sampai seminit dah meronta ronta nak turun.. siap cakar dan gigit tangan saya untuk lepaskan diri.

Tetapi bila saya kebelakang rumah untuk menyapu sampah mereka berdua akan bekejar serta berlari mengikut. Saya tahu tujuan mereka ... nak memanjat pokok yang terdapat dibelakang rumah ,,seperti pokok rambutan dan pokok kelapa sambil mengasah kuku.... sambil mengendap serangga serangga untuk bermain.

Yang saya heran makan nya banyak tapi montel nye tak ade. Mungkin jenisnya memang macam itu agaknya. Nak load gambar mereka untuk kongsi bersama tak reti pulak..
Reply With Quote
  #4  
Old 09-03-2009, 01:16 AM
nurkasih's Avatar
nurkasih nurkasih is offline
~feline attaché
 
Join Date: May 2009
Location: Georgetown, Penang Island~
Posts: 1,612
Rep Power: 16
nurkasih is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Quote:
Originally Posted by Pak Lubis View Post
Terima kasih Nur ......Saya dah buat lidi ikat ribbon dan ajak dia main . Memang lah mereka berdua seronok bila bermain dengan saya mempermainkan mereka. Tetapi bila pegang sekejap .. tak sampai seminit dah meronta ronta nak turun.. siap cakar dan gigit tangan saya untuk lepaskan diri.

Tetapi bila saya kebelakang rumah untuk menyapu sampah mereka berdua akan bekejar serta berlari mengikut. Saya tahu tujuan mereka ... nak memanjat pokok yang terdapat dibelakang rumah ,,seperti pokok rambutan dan pokok kelapa sambil mengasah kuku.... sambil mengendap serangga serangga untuk bermain.

Yang saya heran makan nya banyak tapi montel nye tak ade. Mungkin jenisnya memang macam itu agaknya. Nak load gambar mereka untuk kongsi bersama tak reti pulak..
Personaliti kucing nieh selalunya turn dari mak ayah diorang... Lagipun..sy asa kucing kucing u tueh kuat main tueh.. jenis tak perlukan orang.. hanya bila waktu makan ja... Kucing2 sayer tak suka kalau dipegang, dipeluk... Macam adik bongsu sayer suka tangkap and peluk peluk..nampak jer dia.. semua lari lintang pukang.. Tapi dengan sayer.. diorang akan datang sendiri..duduk atas riba..cuba panjat panjat.. gigit jari minta disuap makan.. nak bagitahu apa yang sayer buat..tak tahu nak cakap..tapi yang saya tahu.. saya yang uruskan ketiga2nya..sendiri... kalau adik no 3 ambil alih untuk semnggu katakan.. selalunya saya akan terasa 'jauh' sikit dari diorang..tapi bila saya yang bagi makan, cuci toilet semua.. memang diorang datang main sendiri.. kalau nak angkat secara paksa, jangan harap lah.. yang kecik tueh lagi lah , saya suka mengusik masa dia tengah nak makan..buat2 nak angkat badan dia..dia buat bunyi nyaring meooowww.... pastue bdan keras lekat kat lantai..mulut dalam bekas makanan... heheheh

Mungkin orang lain nanti ada tips lebih berguna agaknya..

Alah, kucing2 sayer pun bukan montel sangat pun..yang semi long hair tueh..nampak gagahnya badan..solid.. tak montel..tak kurus.. yang bebulu panjang dua ekor tueh... bulu jer kembang serumpun.. badannya ok ok aja..takderlah montel.. asanya dah spesis camtueh kot... tak yah lah montel2..kang obese...
__________________
Curiosity killed the cat, but where human beings are concerned, the only thing a healthy curiosity can kill is ignorance.~Harry Lorayne
Reply With Quote
  #5  
Old 09-03-2009, 01:23 AM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Salam Pak Lubis...
Pakcu cuba jawab yang no.1 k..
Rasanya bukan disebabkan makanan tapi disebabkan terlampau aktifnya kitten dua ekor tu. Kitten ni macam kita ler (kebanyakan...hehe). Kalau kita aktif, metabolisme kita tinggi dan kalori / fat semua dia efficiently burn. Tu sebab ahli sukan, makan banyak tapi still maintain sexy n bertenaga. Sama la dgn kucing, kalau dia makan banyak tapi hyper active, dia susah nak montel. Pakcu prefer ler macam ni, sebab kitten memang ler sesuai aktif...hehe. Tapi kalau Pak Lubis nak montelkan dia orang, cuba kurungkan dalam cage yang besar sikit, letak makan minum n litter box dia org dlm tu. Lepaskan bila pagi/petang jer (dlm 2/3 jam utk dia org main2). Dalam 2 minggu InsyAllah boleh tengok kemontelan mereka... hehe.
Reply With Quote
  #6  
Old 09-03-2009, 01:41 AM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Salam dan Terima kasih Pak Cu... Memang itu yang saya buat. Saya letakkan mereka dalam cage 3 tier. Semua bekas makanan, air dan litter box saya ikat. Dulu saya tak ikat. Habis semua nya tunggang terbalik. Bekas air saya letakkan batu sungai untuk pemberat supaya tidak bergerak dan mereka tumpahkan. Setiap pukul 3 ptg baru saya lepaskan mereka sehingga 6 petang tetapi dengan pengawasan saya. Dah banyak kucing lain datang dekat mereka. Agaknya nak mengurat anak dara dan teruna saya.

Nampaknya macam dah berisi sikit berbanding pabila saya adopt dulu ...

Cuba load gambar mereka ni ..
Attached Thumbnails
Click image for larger version

Name:	24082009123-002.jpg
Views:	414
Size:	114.6 KB
ID:	7169   Click image for larger version

Name:	24082009126-001.jpg
Views:	352
Size:	98.4 KB
ID:	7172   Click image for larger version

Name:	30082009145-002.jpg
Views:	288
Size:	65.7 KB
ID:	7173  

Last edited by Pak Lubis; 09-03-2009 at 02:30 AM. Reason: edit
Reply With Quote
  #7  
Old 09-03-2009, 05:46 AM
adamyala's Avatar
adamyala adamyala is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Location: damansara
Posts: 2,597
Rep Power: 18
adamyala is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

salam....dan tahniah Pak Lubis
sebab adopt kucing2 dari Petfinder.my

bagi saya, kucing yang tak mahu dipegang ni ada beberapa sebab;
pertama sebab dia masih dalam usia 2-3 bulan tu memang kerja dia nak berkejar-kejaran dengan rakan sebaya. Sebab tu kalau kita adopt sekor saja, kucing tu akan ikut dan gigit kaki kita, sebab dia takde kawan bermain. Kanak2 riang la katakan

kalau sampai ke besar nanti pun dia tak mau dipegang, itu sudah menjadi perangai meow tu la ...macam manusia jugak, ada yang manja dan suka dibelai, dan ada juga yang tidak. Tapi, kebanyakan kucing jenis DSH macam kucing Pak Lubis memang manja dan friendly, walaupun kadang2 takut dan malu dgn strangers yang tidak mereka kenali

InsyaAllah, sebulan dua lagi Pak Lubis akan tengok kucing2 ni semakin tembam dan manja
Reply With Quote
  #8  
Old 09-03-2009, 08:31 AM
linda_gamble's Avatar
linda_gamble linda_gamble is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Mar 2009
Location: putrajaya
Posts: 1,056
Rep Power: 17
linda_gamble is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to linda_gamble
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

salam pak lubis..
tahniah pak lubis jadik papa kepada anak bulu2...mestie sonok layan kerenah diorang kan..pada pendapat linda lah...

1) anak kucing memang tersangat aktif...seperti kata pakcu n seperti pak lubis juga buat..kitten yang aktif...kekadang kner gak kurung..sbb kalo tak kurung..diorang tak kan ingat nak makan..biler dah kurung.baru nak carik makanan..sama cam kucing lin jugak.....cam kcuing lin plak...lin ingat dier tak suker makanan tue..banyak kali dah tukar makanan...pastue dier dapat kawan..kawan dier sangat kuat makan....upernya die memang jenis makan sikit..

2) kucing lin pon semeur tak suker dipegang..ekkadang terpaksa tangkap pelokkkk....kuat2 geram..hehhhe.kekadang harap gak diorang manja2..jgn harap lah..biler dah ada kengkawan...tak heran langsung kita...tapie biler nak makan nak tido pandai pulak carik..kekadang, dier tak meleset kat kiter..tapie dier duk berkumpul kat depan kita..

tak yah risau sangat pak lubis..yang penting..kucing2 pak lubis sihat2.dan dier pastie bersyukur dapat papa cam pak lubis
Reply With Quote
  #9  
Old 09-03-2009, 10:17 AM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

salam dan tima kasih linda dan adam... Dari komen kawan semua nampaknya perangai budak bedua ni memang semula jadi... Dan sudah saya perhatikan mereka akan berlakun manja, dengan mengesek kan kepala ditangan saya apabila mahu minta dilepaskan. Sudah menjadi rutin saya untuk mencuci cage mereka pada sebelah petang. Pabila pintu cage dibuka.. Akan melompatlah terus mereka keluar walau pun berada pada tier yang atas sekali.
Reply With Quote
  #10  
Old 09-03-2009, 10:23 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Pak Lubis kasi makanan Blackwood tu yg utk kitten ke atau utk yg dewasa? Bentuk kibble tu mcm mana ... yg 3 segi ada lubang di tengah (formula utk dewasa) atau yg bentuk bunga (formula utk kitten)?
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote
  #11  
Old 09-03-2009, 10:34 AM
fia86's Avatar
fia86 fia86 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jan 2009
Location: serdang
Posts: 279
Rep Power: 16
fia86 is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Quote:
Originally Posted by abgraldo View Post
Salam Pak Lubis...
Pakcu cuba jawab yang no.1 k..
Rasanya bukan disebabkan makanan tapi disebabkan terlampau aktifnya kitten dua ekor tu. Kitten ni macam kita ler (kebanyakan...hehe). Kalau kita aktif, metabolisme kita tinggi dan kalori / fat semua dia efficiently burn. Tu sebab ahli sukan, makan banyak tapi still maintain sexy n bertenaga. Sama la dgn kucing, kalau dia makan banyak tapi hyper active, dia susah nak montel. Pakcu prefer ler macam ni, sebab kitten memang ler sesuai aktif...hehe. Tapi kalau Pak Lubis nak montelkan dia orang, cuba kurungkan dalam cage yang besar sikit, letak makan minum n litter box dia org dlm tu. Lepaskan bila pagi/petang jer (dlm 2/3 jam utk dia org main2). Dalam 2 minggu InsyAllah boleh tengok kemontelan mereka... hehe.
yeah! fia sokong pak cu.. fia wat camtu sekarang. memang kurungkan time fia pi keje.. balik keje baru lepaskan sampai la esok pagi yer.. hehe menjadi gak.. hikhik manje dah montel gebusss.. hehe
Reply With Quote
  #12  
Old 09-03-2009, 10:44 AM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Terima kasih Furkid.. Sebenarnya sebelum bagi makan Blackwood, udah beri makan IAM, dan Science, tetapi masa tu kucing tu masih tak mau makan.. Lepas tukar BW yang bunga bunga pun susah nak makan .. mmg mula saya silap beli kerana saya beli yg telah repack.. Beli yg tiga segi ada lubang. Ada kawan bgtau saya beri makan bw untuk kucing dewasa. Saya beli dari sebuah kedai pet di Seri Kembangan.
Reply With Quote
  #13  
Old 09-03-2009, 10:59 AM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Salam danTerima kasih Fia .. Saya memang buat begitu. Antara jam 2 hingga 6 saya akan lepaskan disamping bersihkan cage dia orang.
Reply With Quote
  #14  
Old 09-03-2009, 11:09 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Quote:
Originally Posted by Pak Lubis View Post
Terima kasih Furkid.. Sebenarnya sebelum bagi makan Blackwood, udah beri makan IAM, dan Science, tetapi masa tu kucing tu masih tak mau makan.. Lepas tukar BW yang bunga bunga pun susah nak makan .. mmg mula saya silap beli kerana saya beli yg telah repack.. Beli yg tiga segi ada lubang. Ada kawan bgtau saya beri makan bw untuk kucing dewasa. Saya beli dari sebuah kedai pet di Seri Kembangan.
Pak Lubis jangan sekali-kali beli makanan (terutama makanan kucing) yg dah re-pack (jangan dengar alasan/sales-talk tuan kedai - kepentingan tuan kedai dan consumer lain, tak kira kawan ke tak kawan ... hehehheheeee!!!!).

Tapi Pak Lubis, you know kalau nak betul-betul jimat kos serta dapat barangan BW sentiasa fresh, Pak Lubis masuk jadi ahli Kelab Blackwood Nurul dan Iman tu ... ada perjumpaan setiap bulan, makanan BW baik adult atau kitten tu fresh dari kapal sokmor .... share beli yg breeder pack .... makanan kualiti, harga pun kualiti, pasti kucing makan punyer sebab tak lemau ... bawak ajer dua-tiga bekas tupperware airtight ... kalu tak ada tupperware, bawak beg plastic dan pek kan dua lapis, ikat dengan rubberband!

Tapi jangan borong banyak-banyak ... secukup utk sebulan mcm tu ajer sebab bila pek dah buka, masuk angin, makanan terutama yg kitten akan cepat oksidise dan boleh jadi rancid dan racun disebabkan kandungan lemak yg tinggi dalam makanan dan tak banyak penggunaan pengawet yg tak baik demi kesihatan si tomei tu.

Dapatkan satu baldi plastik dan letakkan makanan kucing ke dalam dan simpan di tempat yg sejuk dan gelap.

Sebagai tambahan, Pak Lubis belajar buat daging ayam rebus/kukus kosong utk menyolidkan badan si tomei tu tanpa menggemukkan. Bina good strong bones dan muscle utk badan sihat ke arah hari tua ... cewah!
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote
  #15  
Old 09-03-2009, 11:37 AM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

saya beli repack sebab nak tau jenama mana yg kucing tu mau makan. Rupanya mereka mmg mereka kurang mau makan. Bukan saya tak mau buat dan sediakan spt yang furkid cakap tu. Cuma saya mempunyai sedikit konflik dgn isteri saya tentang kucing ini. Saya dan anak anak sukakan kucing tetapi isteri anti sangat sangat dengan kucing. Kucing saya adopt adalah tanpa restunya. Jadi saya tak mau nampak sangat saya lebihkan kucing demi keharmonian rumah tangga.
Reply With Quote
  #16  
Old 09-03-2009, 11:50 AM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 18
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Biasanya kedai buat repack sebab terdapat pek yg dah bocor semasa mishandling atau tarikh dah dekat atau sudah expire ... tak kan dia nak rugi buang benda tu kan? Ada yg dah bocor lama tapi tokay kedai tak perasan, dah lembab ada fungus, kulat dan ulat, tapi mereka buangkan yg hancur nampak teruk dan repack yg lain. Mesti lah kucing tak nak makan ......tapi kalo cakap benar dengan customer atau terbongkar rahsia, sapa nak beli kan? Jadi kebanyakkan guna kata-kata manis bila repack senang jual ... masih elok konon. Tapi pek-pek ini memang lemau dan bahaya kepada kesihatan kucing dimana kebanyakan tuan kucing akan campur dengan ikan wet food bagi menyelerakan dan paksa kucing makan.

Tapi kalau Pak Lubis hendak beli sikit try, kan ada yg pek kecik? Kedai yg bagus ada kasi sample free (kedai tak bagus akan simpan kasi kawan mereka atau guna utk feed kucing boarding dan jimat kos).

Pak Lubis cuba pujuk Mak Lubis yg anti kucing bahawa adalah baik dan akan dapat pahala kerana menolong kucing yg tiada tempat menumpang, yg dibuang orang ... baik kalau kita baik hati dan kasi tempat perlindungan kepada makluk ciptaan Tuhan yg lain yg merana hidup mereka, buat mcam satu amalan kebajikan, satu teladan baik utk anak-anak belajar dan dijadikan contoh, akan dapat membentuk mereka menjadi orang dewasa yg penuh kasih sayang, hati bersimpati, bertanggungjawab serta berobjektif. Kan gitu, Pak Lubis?
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote
  #17  
Old 09-03-2009, 11:58 AM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Pak Lubis, saya rasa kucing Pak Lubis ni bukan disebabkan penyakit atau apa2 tp karakter kucing tu sendiri.saya ada 12 ekor kucing kat rmh. yg jantan 2 ekor mmg extra manja.asyik mengendeng2 kita je,pastu dok mengekor saya ke sana sini. pastu yg lain betina sombong suma.tak suka dipegang.mmg begitu dari dulu.kdg2 si Putih @ mother cat & Mokmok minta dimanja. so Pak Lubis jgn risau sangat ye.manalah tau nanti bila durang dah besar sikit & dahh dineuter tup tup jd extra manja.

Quote:
Originally Posted by Pak Lubis View Post
salam dan tima kasih linda dan adam... Dari komen kawan semua nampaknya perangai budak bedua ni memang semula jadi... Dan sudah saya perhatikan mereka akan berlakun manja, dengan mengesek kan kepala ditangan saya apabila mahu minta dilepaskan. Sudah menjadi rutin saya untuk mencuci cage mereka pada sebelah petang. Pabila pintu cage dibuka.. Akan melompatlah terus mereka keluar walau pun berada pada tier yang atas sekali.
Reply With Quote
  #18  
Old 09-03-2009, 12:53 PM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Quote:
Originally Posted by June View Post
Pak Lubis, saya rasa kucing Pak Lubis ni bukan disebabkan penyakit atau apa2 tp karakter kucing tu sendiri.saya ada 12 ekor kucing kat rmh. yg jantan 2 ekor mmg extra manja.asyik mengendeng2 kita je,pastu dok mengekor saya ke sana sini. pastu yg lain betina sombong suma.tak suka dipegang.mmg begitu dari dulu.kdg2 si Putih @ mother cat & Mokmok minta dimanja. so Pak Lubis jgn risau sangat ye.manalah tau nanti bila durang dah besar sikit & dahh dineuter tup tup jd extra manja.
Salam June..... Memang betul yang betina tu yang sombong lebih dari yang jantan. Dia ni lah yang makan banyak tetapi badan lebih kecil dari jantan. Dan dia jugak lah yang paling garang ... selalu gigit tangan saya dan cakar lengan saya kerana nak lepas dari pegangan saya ... Geram sangat dengan si betina ni .. nanti dia .... cukup masa nanti dia akan kena dari saya .... kena mandulkan ... baru padan muka dia.

Yang jantan tu boleh jugak pegang lama sikit.. Tetapi dia selalu ikut perangai si betina. Kalau betina berlari dia pun berlari .. kalau betina memanjat dia pun memanjat... Yang peliknya kalau betina ' melepas ' dia pun turut sama nak melepas...
Reply With Quote
  #19  
Old 09-03-2009, 01:08 PM
Pak Lubis's Avatar
Pak Lubis Pak Lubis is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Location: Lot 1247.Jalan KB 1, Kampung Bangi, Bangi Old Town
Posts: 259
Rep Power: 15
Pak Lubis is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

Quote:
Originally Posted by FurKids View Post
.

Tapi kalau Pak Lubis hendak beli sikit try, kan ada yg pek kecik? Kedai yg bagus ada kasi sample free (kedai tak bagus akan simpan kasi kawan mereka atau guna utk feed kucing boarding dan jimat kos).

Pak Lubis cuba pujuk Mak Lubis yg anti kucing bahawa adalah baik dan akan dapat pahala kerana menolong kucing yg tiada tempat menumpang, yg dibuang orang ... baik kalau kita baik hati dan kasi tempat perlindungan kepada makluk ciptaan Tuhan yg lain yg merana hidup mereka, buat mcam satu amalan kebajikan, satu teladan baik utk anak-anak belajar dan dijadikan contoh, akan dapat membentuk mereka menjadi orang dewasa yg penuh kasih sayang, hati bersimpati, bertanggungjawab serta berobjektif. Kan gitu, Pak Lubis?
Salam Furkid.. Memang saya beli paket yang kecik yang dia orang repack untuk trial.

Sekarang saya beli dari Baby Pet Surgery, Equine's Park Seri Kembangan, kalau tidak pun dekat St Angel .. di kawasan yang sama. Kedua dua nya adalah Klinik Haiwan.

Pasal orang rumah tu tak yah nak pujuk pujuk dia.. biarkan lah dengan prinsip dia sebabnya dah puas dipujuk dan sudah puas saya berjanji yang semua hal kucing tanggong jawap saya. Dia buat muka selambe je .. serupa macam anak kucing saya.. Tak ape lah ... biarkan lah dia ....

Hadis Nabi Mohammad SAW " Diseksa seorang perempuan kerana perbuatannya kepada seekor kucing, tidak memberi ia makanan dan minuman serta tidak melepaskannya untuk mendapat makanan dari binatang yang merayap dibumi" (Ini lah yang saya ingat satu Hadis semasa bersekolah dulu.. kalau silap harap berbetulkan)
Reply With Quote
  #20  
Old 09-03-2009, 01:16 PM
adamyala's Avatar
adamyala adamyala is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Location: damansara
Posts: 2,597
Rep Power: 18
adamyala is on a distinguished road
Default Re: Kenapa kucing saya tidak suka dipegang??

susah jugak ya..kalau the other half tak ngam kucing

so..pada kwn2 yang dapat pasangan serasi yang juga cayangggg kucing...bersyukurlah...kalau dia ada kekurangan sikit2 tu, wat2 tak nampak jer..sbb bukan senang nak cari yang sama minat kucing.

kudos to Pak Lubis sebab tetap sayang dan adopt kucing , walaupun keadaannya agak mencabar
saya berdoa untuk Pak Lubis, suatu hari nanti Mrs Lubis, terbuka hatinya untuk menyayangi haiwan kesayangan Nabi Muhammad ini ..aminnnnn
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
tolong saya,saya dh buntu.. rock Health, Disease & Diet 52 12-13-2009 04:27 PM
tolong saya,saya dh buntu.. rock Vets & Docs Reviews 10 08-16-2009 12:05 AM
Tukar suka sama suka - british short hair kitten DIK BAYU Cats & Kittens 1 08-13-2009 04:18 PM
Nak Tukar Kucing Suka Sama Suka linda_gamble Cats & Kittens 20 04-01-2009 12:41 PM
Argo Selalu Mengiau.. Kenapa ek abgraldo Training & Behavioral Issues 32 11-07-2008 08:02 PM

All times are GMT +8. The time now is 12:58 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 
Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams

Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.