Tolong kucing itu
Hi,
Saya ingin meminta pertolongan kepada forumers yang baik hati. Semalam saya ada terjumpa seekor kucing, berbulu tebal/panjang. Tapi dalam keadaan sangat menyedihkan. Kalau tak silap saya, dulu kucing itu tersangatlah gemuk. After that dah lama saya tak nampak. Semalam baru dia muncul balik lalu lalang depan rumah.
Selain keadaan dia dah kurus (tak seperti dulu), sebelah matanya dah luka dan biji mata seakan nak terkeluar (tersembul).
OMG.... terkejut tengok keadaan dia macam tu.
Tapi..... maaf, saya tak tau nak buat apa dan tak ada keberanian & kemampuan untuk menolong dia. Tapi saya rasa kesian.
Selepas saya google here & there & bertanya kawan, saya terjumpa tempat ni.
Saya harap ada sesiapa di sini yang ada kemampuan untuk tolong kucing itu. Just pm me. Saya akan cuba arrange macamana nak hantar kucing itu kepada anda. Bantu saya untuk bantu kucing itu...... Pleaseeeeeee......
p/s : maaf jika tersalah thread
Last edited by guest; 01-21-2011 at 09:48 AM.
|