Health, Disease & Diet Find out the best tips and practices on managing your cat's diet, health care, and issues with diseases from our community of animal lovers |
10-22-2009, 01:49 PM
|
|
Kucing Garong
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
|
|
Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Pada Jummat lepas, 16/10/2009, jam 7:30 malam Chart Chai melahir anak pertama. Tali pusat aku kena potong sebab dia tak reti nak makan placenta anak tu. Anak kedua dan ketiga cuma kuar selepas tengahmalam, juga kena potong tali pusat. Jarak masa kelahiran tu jauh sangat, menunjukkan ada complikasi dengan kandungan Chart Chai.
Hari Sabtu, Chart Chai cam biasa saja. Hari Ahad dia tak makan atau minum. Masuk litterbox, meneran dan kencing, cuma titis-titis jer kuar. Bawah ekor dia mula senentiasa basah dan bila dilap dengan kapas berwarna oren. Hari Isnin, Chart Chai makin lemah tapi tetap jugak kuar masuk kotak menyusu anak dia. Balik keja malam tu, aku nak bawak gi vet tapi tak jadi sebab kena migrain. Balik keja hari Selasa, aku terus bawa gi vet. Mata biru Chart Chai dah bertukar jadi hijau kekuningan menambahkan kepanikkan aku.
Kat klinik, vet buat scanning. Ada seekor anak dia yang mati terlekat dalam rahim. Vet buat surgeri malam itu jugak. Sebelum tengahmalam, dapat sms dari vet cakap, surgeri ok. Anak yang mati tu dah bernanah dalam rahim. Cuma tunggu Chart Chai sedar dari ubat bius saja. Malam tu, anak-anak Chart Chai bising cari emak dan lapar. Aku bagi mereka susu Dutch Lady Fresh Milk isap melalui kapas.
Hari Rabu, check dengan vet keadaan Chart Chai. Dia dah bangun dan dah makan sikit-sikit. Malamnya aku ambik bawa balik. Vet juga tak nak tahan sebab anak-anak Chart Chai kat rumah. Sampai jer kat rumah, masuk saja ke kandang anak dia, Chart Chai terus masuk ke kotak dan mengonggong anak dia kuar tak lepas-lepas. Aku alaihkan kotak letak bawah katil aku, situ baru dia diam dan baring. Semalaman dia baring dengan anak-anak dia tak kuar-kuar. Kesian aku nengok dia. Dalam keadaan sakit dengan luka surgeri ketul-betul di antara puting di perut dengan anak yang lahap menyusu sambil menekan-nekan perut, Chart Chai diam saja. Sekuarangnya dia lebih cergas dari sebelum surgeri.
Malam nanti kena bawak vet lagik untuk buat dripping.
Masa ambik, vet tanya kat aku, samada mata Chart Chai memang hijau kekuningan atau biru. Aku cakap biru. Mula tengok dulu, vet kata toksin dalam badan memyebabkan mata Chart Chai jadi keruh. Sekarang nih dah jernih balik tapi warna kekuningan pulak. Kalau tak tukar balik jadi biru, elok gak ada kucing siam mata kekuningan.
__________________
|
10-22-2009, 02:10 PM
|
|
PetFinder Buddy
|
|
Join Date: Oct 2009
Location: Selangor
Posts: 94
Rep Power: 15
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
sedih baca kisah nih, anyway hope chart chai akan recover n sihat kembali seperti sediakala...
|
10-22-2009, 02:22 PM
|
|
Animal Lover
|
|
Join Date: May 2009
Location: Alor Star
Posts: 8
Rep Power: 0
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
naluri ibu..
semoga chart chai sembuh seperti sediakala
|
10-22-2009, 02:37 PM
|
|
PetFinder Guru
|
|
Join Date: Nov 2008
Location: Kajang-Putrajaya-Kuching-Oya
Posts: 1,949
Rep Power: 17
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
iskkk...siannyer....
cam org beranak czer plak..
dengan perut terbelah..
dengan nak nyusu anak...
nasib baik dia xde pape...
moga chart chai sihat cepat2..
btw, geram tgk anak dia...
__________________
.::argh..!! susah2, H.A.N.T.A.MS.A.J.A lahhh.::
|
10-22-2009, 02:45 PM
|
|
PetFinder Guru
|
|
Join Date: Aug 2009
Location: di hati kamu
Posts: 655
Rep Power: 15
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
semoga chart chai cepat sembuh...kesiannya,sakit2 pn terpaksa melayan anak2 nak menyusu..
|
10-22-2009, 05:01 PM
|
-
|
|
Join Date: Oct 2008
Location: PJ, Malaysia
Posts: 90
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Quote:
Originally Posted by Bareen
Masa ambik, vet tanya kat aku, samada mata Chart Chai memang hijau kekuningan atau biru. Aku cakap biru. Mula tengok dulu, vet kata toksin dalam badan memyebabkan mata Chart Chai jadi keruh. Sekarang nih dah jernih balik tapi warna kekuningan pulak. Kalau tak tukar balik jadi biru, elok gak ada kucing siam mata kekuningan.
|
Bareen,
Bukan jaundice ker ?
Just curious ...
Kesian Chart Chai. Sabarnya ibu kucing yg masih ingin menyusukan anaknya walaupun menanggung sakit.
|
10-22-2009, 05:29 PM
|
|
Kucing Garong
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Quote:
Originally Posted by simple
Bareen,
Bukan jaundice ker ?
Just curious ...
Kesian Chart Chai. Sabarnya ibu kucing yg masih ingin menyusukan anaknya walaupun menanggung sakit.
|
Jaundice tu bila bola mata putih jadi kuning termasuklah kulit sekali.
Kes mata Chart Chai ni, anak mata/pupil biru jadi kekuningan. Bola mata masih putih lagi. Macam kucing siam guna contact lens kuning pulak dia. Balik nanti aku ambik gambar mata dia.
Vet kata Chart Chai dah tak boleh mengandung lagik. Itu aku tak kisah, cuma aku nak dia dan anak-anak dia selamat jer.
__________________
|
10-22-2009, 05:40 PM
|
|
Kucing Garong
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Quote:
Originally Posted by fara9741
naluri ibu..
semoga chart chai sembuh seperti sediakala
|
Quote:
Originally Posted by rock
semoga chart chai cepat sembuh...kesiannya,sakit2 pn terpaksa melayan anak2 nak menyusu..
|
Kasih kucing pada anaknya, hanya ibu kucing yang tahu rasanya.
Anak dia yang 1st kuar, masa aku nak ambik kuar untuk potong pusat dia, Chart Chai gigit tangan aku. Anak dia tak ada dalam kotak dia bising dan selongkar abis tuala dalam kotak carik anak dia. Bila aku letak balik baru dia baring diam dan menjilat anak dia. Dah 7 kali aku tengok dan sambut kucing beranak, inilah kali pertama aku tengok ibu kucing bertindak cam tu.
__________________
|
10-23-2009, 11:44 AM
|
Animal Lover
|
|
Join Date: May 2009
Posts: 47
Rep Power: 0
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
suker tengok lambang kasih sayang dan ketabahan ibu kucing dan anak-anaknya.... binatang pun tahu erti kasih sayang... tapi kenapa manusia masih tak faham erti kasih sayang????
buat chart chai... simba mendoakan chart chai dan anak-anaknya sihat walafiat....
|
10-23-2009, 02:04 PM
|
|
Kucing Garong
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Semalam buat followup kat vet. Doctor senyum tengok keadaan Chart Chai, mesti dia rasa bangga tengok hasil surgeri dia sembuh dengan cepat. Mata Chart Chai dah jadi biru balik. Doctor pun hairan cepat sangat mata tukar kaler. So tak dapat ler nak tunjuk mata kekuningan Chart Chai. Patutnya sebelum surgeri dulu aku ambik gambar tapi bila dah panik tak terlintas langsung nak buat.
Anak-anak senentiasa dipeluk dengan kaki depan.
Inilah luka surgeri Chart Chai.
Kerenah anak-anak dia menyusu sambil menekan luka surgeri
Alhamdullillah Chart Chai dah makin sembuh. Harap susu dia cukup untuk menyara anak-anak dia.
__________________
|
10-23-2009, 03:58 PM
|
|
PetFinder Guru
|
|
Join Date: Mar 2009
Location: putrajaya
Posts: 1,056
Rep Power: 17
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
itulah kasih sayang seekor kucing siam
walopon dari azalinya ganas..
tapi naluri keibuan tetap ada.
sampai kita sendirie pon kagum.
chart chai kuatkan semangat mu.
salam sayang dari kawanmu yg jauh...
mat dani....
|
10-23-2009, 06:34 PM
|
Cat Lover
|
|
Join Date: Oct 2009
Location: Sg Besi,K.L
Posts: 267
Rep Power: 15
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Hu3,kaum kerabat chart chai sudah mali....mat dani bf lama chart chai ke?msti dlu ada skandal....
|
10-26-2009, 02:11 PM
|
|
Kucing Garong
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Quote:
Originally Posted by naq1989
Hu3,kaum kerabat chart chai sudah mali....mat dani bf lama chart chai ke?msti dlu ada skandal....
|
Takda pulak scandal ngan Mat Dani. Cuma scandal ngan Madhan, Attul, Ed dan Muez. Itu pun percubaan pertama dgn Muez tak menjadi. Dia nak dengan SH jugak.
__________________
|
10-26-2009, 02:43 PM
|
|
PetFinder Guru
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Lumayan, Tasik Permaisuri
Posts: 1,155
Rep Power: 17
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
kasihnye emak...sakit2 pon tetap teroskan tanggungjawab menyusu...ni ade anak tapi p tinggal2kan dgn oang asing sampai kena bunoh/sodom...*ape aku melalut*
semoga bareen dimudahkan..aminnn
__________________
Meekee.Boy.Itam.Amad.Acap.Milo.Mimi
|
10-26-2009, 03:22 PM
|
|
Kucing Garong
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Susu dia dah nak kering. Anak-anak dia menghisap seharian tapi tetap lapar. Aku kena bagi susu hand feed. Weekend ni tadi tu lah keja aku, bagi susu pada anak Chart Chai. Anak dia menyusu puting kering, kesian nengok perut tak kenyang-kenyang. Tapi Chart Chai masih jugak dok menjaga dan membersih. Dua ekor dah bukak mata tapi yang dulu kuar lom bukak mata lagik.
__________________
|
10-26-2009, 03:42 PM
|
|
PetFinder Guru
|
|
Join Date: Mar 2009
Location: putrajaya
Posts: 1,056
Rep Power: 17
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Quote:
Originally Posted by naq1989
Hu3,kaum kerabat chart chai sudah mali....mat dani bf lama chart chai ke?msti dlu ada skandal....
|
ehh..naq..mat dani bukan skandal chat chai lah..
sajerk jerk nak bagi sokongan kat chart chai
supaya kuat semnagat..
hehhehhe
|
10-26-2009, 05:36 PM
|
|
PetFinder Guru
|
|
Join Date: Nov 2008
Location: Kajang-Putrajaya-Kuching-Oya
Posts: 1,949
Rep Power: 17
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
__________________
.::argh..!! susah2, H.A.N.T.A.MS.A.J.A lahhh.::
|
10-27-2009, 12:17 AM
|
|
Kucing Garong
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Masa baby menyusu dia tak tertendang parut kat bawah perut tu ker Lia.
Luka Chart Chai tu anaknya guna untuk berpaut. Semua bulu perut abis kena cukur. Lusa gi vet buka jahitan. Ubat antibiotik dan ubat cuci luka langsung tak guna, payah nak bagi dia ubat dan cuci luka. Nak potong kuku pun kena berperang dgn Chart Chai nih. Alhamdullillah dia dah cam biasa.
__________________
|
10-30-2009, 06:46 PM
|
|
LeenMaF|a
|
|
Join Date: Aug 2008
Posts: 505
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Quote:
Originally Posted by Bareen
Susu dia dah nak kering. Anak-anak dia menghisap seharian tapi tetap lapar. Aku kena bagi susu hand feed. Weekend ni tadi tu lah keja aku, bagi susu pada anak Chart Chai. Anak dia menyusu puting kering, kesian nengok perut tak kenyang-kenyang. Tapi Chart Chai masih jugak dok menjaga dan membersih. Dua ekor dah bukak mata tapi yang dulu kuar lom bukak mata lagik.
|
Bareen, kalo susu chart chai da kering, u kena jugak beli susu kitten tu..sian kitten2 tu. tp jgn la bg susu DUTCH LADY tu.. takut nanti diorg kena diarhea susah plak. sbb kebykan kitten yg i penah bela semua alergik ngan susu manusia nih.. kalo dpt u kena cari susu khas utk kitten . dulu i beli jenis yg susu instant tu dlm kotak(ready made).dah tak payah nak bancuh2..terus masuk dlm botol dan bg diorg hisap. susu belen dlm kotak tu boleh simpan dlm peti ais. kalo nak guna lagi..masuk dlm botol susu pastu rendam dlm air panas..bg susu tu suam2 semula. sbb i kadang2 tak pasti nak bancuh susu tu takut terlebeh susu atau terkurang susu . Susu tu jenis PATALAC kalu i tak silap . susu tu mmg bagus..takde pun masalah cirit ke hape ke.. Tp i rasa susah sket nak cari susu nih..sbb tak semua petshop ade jual.
|
10-31-2009, 10:08 AM
|
|
Kucing Garong
|
|
Join Date: Aug 2008
Location: Kuching, Sarawak
Posts: 547
Rep Power: 16
|
|
Re: Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim
Quote:
Originally Posted by Lyn_Cat
Bareen, kalo susu chart chai da kering, u kena jugak beli susu kitten tu..sian kitten2 tu. tp jgn la bg susu DUTCH LADY tu.. takut nanti diorg kena diarhea susah plak. sbb kebykan kitten yg i penah bela semua alergik ngan susu manusia nih.. kalo dpt u kena cari susu khas utk kitten . dulu i beli jenis yg susu instant tu dlm kotak(ready made).dah tak payah nak bancuh2..terus masuk dlm botol dan bg diorg hisap. susu belen dlm kotak tu boleh simpan dlm peti ais. kalo nak guna lagi..masuk dlm botol susu pastu rendam dlm air panas..bg susu tu suam2 semula. sbb i kadang2 tak pasti nak bancuh susu tu takut terlebeh susu atau terkurang susu . Susu tu jenis PATALAC kalu i tak silap . susu tu mmg bagus..takde pun masalah cirit ke hape ke.. Tp i rasa susah sket nak cari susu nih..sbb tak semua petshop ade jual.
|
Lyn, setakat nih takda lak kena diahea. Bersih jer behind dia. Dulu kucing baru bukak mata tak beribu aku kutip tepi jalan pun minum Dutch Lady. Takda kena diahea, malah cepat pandai makan dry food dan terus tak menyusu lagi. Musang aku pun minum susu Dutch Lady. Anak kucing yang dah lepas 2 bulan pun minum susu DL tanpa masalah apa-apa.
Vet tempat Chart Chai treatment pun suruh guna Dutch Lady sebab kekadang serbuk susu Patalac tak larut dengan baik terutama Patalac yang dah lama. Dia masih bertepung dalam air dan bila berkumpul dalam mulut kucing boleh menyebabkan jangkitan. Aku dah tak guna susu serbuk dari pet shop untuk feed anak kucing yang kecil. Kalau dia pandai menjilat sendiri, bolehlah bagi, biar kucing sendiri tahu rasanya. Tak yah dipaksa minum.
Semalam bawak Chart Chai bukak jahitan. Luka belum sembuh lagik, kena jahit balik. Vet kata dalam badan masih toksid, luka lambat sembuh. Kena tunggu 3 minggu lagik. Mual perut aku nengok luka dia.
__________________
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 02:33 PM.
|
|
|