Go

Go Back   PetFinder.my > The Animal Corner > Cats & Kittens

Cats & Kittens General information and discussions on taking care of your feline buddy

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 11-10-2009, 12:46 PM
fia86's Avatar
fia86 fia86 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jan 2009
Location: serdang
Posts: 279
Rep Power: 12
fia86 is on a distinguished road
Default Tetak kerana kucing mati

Oleh Hadzlihady Hassan dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my



KAJANG: Puncanya hanya kerana seekor kucing yang mati sebelum berlaku pertengkaran antara dua lelaki berjiran.

Pertengkaran terbabit bagaimanapun merebak menjadi satu pergaduhan besar hingga seorang daripada jiran berkenaan ditetak dengan parang di Taman Bangi Indah, dekat sini, akhir bulan lalu.

Mangsa yang cedera di kepala dan tangan itu serta bekerja sebagai pengawal peribadi kemudian mengambil pistol dari dalam rumahnya untuk menembak jirannya itu, namun ditenteramkan beberapa jiran yang kebetulan melihat pergaduhan terbabit.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, 29 Oktober lalu, mangsa memarahi anak jirannya itu kerana menuduh anaknya memukul kucingnya hingga mati. Bagaimanapun, anak jirannya itu tidak berpuas hati sebelum mengadu kepada ayahnya.


Menurut sumber, suspek yang tidak berpuas hati dengan tuduhan itu bergegas keluar dari rumahnya dan tanpa usul periksa terus memarahi mangsa menyebabkan berlakunya pertengkaran antara mereka.




“Ketika bertengkar, suspek yang belum berpuas hati masuk ke rumah sebelum keluar semula dengan membawa parang dan menetak kepala serta tangan mangsa.

“Mangsa yang berang dengan tindakan suspek dalam keadaan berlumuran darah mengeluarkan pistol dan cuba menembak lelaki berkenaan untuk mempertahankan dirinya,” katanya.

Menurut sumber terbabit, suspek yang panik melihat pistol itu kemudian lari ke dalam rumahnya menyelamatkan diri, malah dia sempat membuang parang yang digunakan untuk menetak mangsa ke dalam tong sampah berhampiran untuk menghilangkan bukti.

“Mujur kejadian itu dilihat beberapa jiran yang kemudian mententeramkan keadaan daripada menjadi lebih buruk dan tiada tembakan dilepaskan dalam pergaduhan itu.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Kajang menggunakan ambulans yang tiba di tempat kejadian sebaik dimaklumkan penduduk setempat sebelum menghubungi polis,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang berusia 37 tahun itu kini dilaporkan beransur pulih manakala jiran yang menyerangnya itu ditahan polis di rumahnya sebaik menerima laporan penduduk untuk membantu siasatan.

Pemeriksaan polis turut menemui parang milik suspek yang dicampakkan dalam tong sampah di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan, selain memaklumkan pihak hospital turut menyerahkan sepucuk pistol dan enam butir peluru hidup milik mangsa kepada polis.

“Difahamkan, mangsa sendiri memaklumkan memiliki senjata api itu ketika dimasukkan ke hospital. Ia kemudian diserahkan kepada polis untuk disimpan.

“Pistol itu akan diserahkan semula kepadanya selepas semakan rekod mendapati beliau pemilik senjata api berdaftar,” katanya.

Beliau turut memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan berhubung kejadian itu.


Fia terbaca paper harian metro hari nie, bace pasal berita nie.. Seram yer kalo dapat jiran yang tak paham erti kasih sayang pada haiwan...
__________________
Reply With Quote
  #2  
Old 11-10-2009, 01:06 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Tetak kerana kucing mati

inilah contoh mak bapa zaman skrg.marah sikit pergi serang org yg marah anak durang.bagus betul.gaduh smp tembak2,tetak menetak.esok anak ikut & belasah mak bapa sendiri.nak salahkan siapa?? bapa borek anak rintik mah!!
Reply With Quote
  #3  
Old 11-10-2009, 01:12 PM
fia86's Avatar
fia86 fia86 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jan 2009
Location: serdang
Posts: 279
Rep Power: 12
fia86 is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

Quote:
Originally Posted by June View Post
inilah contoh mak bapa zaman skrg.marah sikit pergi serang org yg marah anak durang.bagus betul.gaduh smp tembak2,tetak menetak.esok anak ikut & belasah mak bapa sendiri.nak salahkan siapa?? bapa borek anak rintik mah!!
betul tu kak june.. xde soal selidik dulu.. soal ler dulu anak yer, betul kew pukul kucing jiran tu.. huhu nie nak tahan gak anak yer kalo dah wat salah.. huhu
__________________
Reply With Quote
  #4  
Old 11-10-2009, 01:25 PM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 15
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

Quote:
Originally Posted by June View Post
inilah contoh mak bapa zaman skrg.marah sikit pergi serang org yg marah anak durang.bagus betul.gaduh smp tembak2,tetak menetak.esok anak ikut & belasah mak bapa sendiri.nak salahkan siapa?? bapa borek anak rintik mah!!
June jaga bebaik jiran sewel ko tu, arrrrr ..............
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote
  #5  
Old 11-10-2009, 01:29 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Tetak kerana kucing mati

iut aku tak mau tetak,aku antar pergi Timbaktu je.heheheheh!!

Quote:
Originally Posted by FurKids View Post
June jaga bebaik jiran sewel ko tu, arrrrr ..............
Reply With Quote
  #6  
Old 11-10-2009, 01:33 PM
rock's Avatar
rock rock is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2009
Location: di hati kamu
Posts: 655
Rep Power: 12
rock is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

semuanya ikut hati dan perasaan....tak pakai otak..
Reply With Quote
  #7  
Old 11-10-2009, 01:50 PM
ayumisha's Avatar
ayumisha ayumisha is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Nov 2009
Location: ayer keroh, melaka
Posts: 218
Rep Power: 11
ayumisha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ayumisha
Default Re: Tetak kerana kucing mati

ish,takotnye klu ade jiran mcm tu..tp mmg kalau takde kesefahaman pasal kucing ni,mmg leh gaduh.. ayu n housemate pun pnah gaduh besar sbb ayu bela kucing..die taknak slow talk dulu,trus wat status bukan2 pasal kucing ayu kat ym die..now ayu duk sewa berdua ngan twin ayu bsama anak bulu,lagi aman dan tenteram..
Reply With Quote
  #8  
Old 11-10-2009, 01:51 PM
naq1989 naq1989 is offline
Cat Lover
 
Join Date: Oct 2009
Location: Sg Besi,K.L
Posts: 267
Rep Power: 11
naq1989 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to naq1989
Default Re: Tetak kerana kucing mati

Quote:
Originally Posted by June View Post
iut aku tak mau tetak,aku antar pergi Timbaktu je.heheheheh!!

apalg kak june,ZASS je la mereka2 tu


p/s:sape nak tau,kak june ni pakar ZASS.seb bek kak june ada kucing je,kalau ada ayam,dengan ayam2 tu skali kena ZASS dengan kak june
Reply With Quote
  #9  
Old 11-10-2009, 01:54 PM
kuntum's Avatar
kuntum kuntum is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jul 2009
Posts: 612
Rep Power: 12
kuntum is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

Quote:
Originally Posted by June View Post
iut aku tak mau tetak,aku antar pergi Timbaktu je.heheheheh!!
Betol2...bila baca teringat kat Kak June...nak warning tapi FK dah warning awal2...

Kak June, jgn sampai amsuk surat kabo tau...

Tapi betol la tak usul periksa...tapi tak pe kalau betol org tu pukul sampai mati kucing tu...dah kena tahan dah tu...karma...hehehe! Tapi kalau bukan jiran dia tu yang pukul...alamak...tak selamat le kucing2 lain tu
__________________
“What greater gift than the love of a cat?” – Charles Dickens
Reply With Quote
  #10  
Old 11-10-2009, 01:59 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Tetak kerana kucing mati

hahahahah!! akak tak tetak.tp akak zass saja pastu poof!! antar gi Timbaktu.

Quote:
Originally Posted by kuntum View Post
Betol2...bila baca teringat kat Kak June...nak warning tapi FK dah warning awal2...

Kak June, jgn sampai amsuk surat kabo tau...

Tapi betol la tak usul periksa...tapi tak pe kalau betol org tu pukul sampai mati kucing tu...dah kena tahan dah tu...karma...hehehe! Tapi kalau bukan jiran dia tu yang pukul...alamak...tak selamat le kucing2 lain tu
Reply With Quote
  #11  
Old 11-10-2009, 02:47 PM
fia86's Avatar
fia86 fia86 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jan 2009
Location: serdang
Posts: 279
Rep Power: 12
fia86 is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

Quote:
Originally Posted by June View Post
hahahahah!! akak tak tetak.tp akak zass saja pastu poof!! antar gi Timbaktu.
perghh kak june.. ganas yer... hikhik orang pun kene zass gak kew?? haha
__________________
Reply With Quote
  #12  
Old 11-10-2009, 04:04 PM
FurKids's Avatar
FurKids FurKids is offline
Pets Are NOT Disposable
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 2,041
Rep Power: 15
FurKids is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

Quote:
Originally Posted by kuntum View Post
Kak June, jgn sampai amsuk surat kabo tau...
Hahahahhahahaaaaa!!!!
Quote:
Originally Posted by June View Post
hahahahah!! akak tak tetak.tp akak zass saja pastu poof!! antar gi Timbaktu.
Ader orang buang kocing ... ader orang buang anjing ... ader pula orang yg buang manusia .....
__________________
"We organized in the past to make Trap-Neuter-Return possible. Today, we organize to make Trap-Neuter-Return the norm and to end the unnecessary killing of cats in animal shelters across the country and provide humane care." - Alley Cat Allies
Reply With Quote
  #13  
Old 11-10-2009, 04:23 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Tetak kerana kucing mati

wakakakakakakak!! lawaklah si FK ni.

Quote:
Originally Posted by FurKids View Post
Hahahahhahahaaaaa!!!!Ader orang buang kocing ... ader orang buang anjing ... ader pula orang yg buang manusia .....
Reply With Quote
  #14  
Old 11-10-2009, 05:06 PM
hatemetoday's Avatar
hatemetoday hatemetoday is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Location: Lumayan, Tasik Permaisuri
Posts: 1,155
Rep Power: 14
hatemetoday is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

serius aku tak faham..kucing tu siapa yg punya? yg kena tetak or yg menetak?...

aku nak tegelak pon ade.....yg kena tetak naik hantu pastu kuar bwk pistol...yg menetak plak dlm panas hati mula2 bajet libas orang dgn parang langsong lari lintang pukang slamat diri masok dalam... serius pangai katon...
__________________
Meekee.Boy.Itam.Amad.Acap.Milo.Mimi
Reply With Quote
  #15  
Old 11-10-2009, 06:20 PM
petknode petknode is offline
Banned User
 
Join Date: Jun 2009
Location: Damansara Damai
Posts: 126
Rep Power: 0
petknode is an unknown quantity at this point
Default Re: Tetak kerana kucing mati

hatemetoday. aku tak puas ati sebab ko takmo adopt 6 ekor kucing tina aku tu. siap ko, aku bawak parang malam kang nak kasik libas.

Reply With Quote
  #16  
Old 11-10-2009, 06:21 PM
fia86's Avatar
fia86 fia86 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jan 2009
Location: serdang
Posts: 279
Rep Power: 12
fia86 is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

Quote:
Originally Posted by hatemetoday View Post
serius aku tak faham..kucing tu siapa yg punya? yg kena tetak or yg menetak?...

aku nak tegelak pon ade.....yg kena tetak naik hantu pastu kuar bwk pistol...yg menetak plak dlm panas hati mula2 bajet libas orang dgn parang langsong lari lintang pukang slamat diri masok dalam... serius pangai katon...
hehe hate.. yang kucing mati tuan yer yang kene tetak.. yang tukang tetak plak nak tetak lagi.. tapi yang kene tetak pi ambik pistol sebab nak pertahankan diri.. so, yang tukang tetak lari lintang pukang buang parang.. huhu cengitu ler..
__________________
Reply With Quote
  #17  
Old 11-16-2009, 12:12 AM
zarasofia's Avatar
zarasofia zarasofia is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Oct 2009
Location: Vista Saujana, Kepong.
Posts: 54
Rep Power: 11
zarasofia is on a distinguished road
Default Re: Tetak kerana kucing mati

teringat lak zaman i darjah 6, pergi serang umah jiran depan coz anak die sepak kucen i sampai mati... time i form 1, parent i ada uat kenduri kat umah, bila famili dia dtg, i halau diorg semua balik... xleh nk maaf la,.. sampai la skang i musuh dgn 1 family diorg,.. hehe... xleh nk terima la,... depan mata kott tgk kucen kne sepak2, i lari dari jauh nak halang tp bila sampai2, dah terkulai dah anak kucen i,... nama kucen i tu 'billy' xsilap... huhuk...
Reply With Quote
  #18  
Old 11-16-2009, 03:15 AM
azraf azraf is offline
Cat Lover
 
Join Date: Nov 2008
Location: Seksyen 30, Shah Alam
Posts: 273
Rep Power: 12
azraf is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to azraf
Default Re: Tetak kerana kucing mati

Takde sape leh check ke, jangan-jangan ahli Petfinder... hihihi...
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
biak kucing. jual kucing kimping Health, Disease & Diet 74 07-28-2012 03:04 PM
Mati kutu... kucing x ngan abul Cats & Kittens 40 02-28-2011 05:53 PM
Anak Chart Chai mati terlekat dalam rahim Bareen Health, Disease & Diet 35 12-09-2009 09:24 PM
perlukan pertolongan!! anak bulus mati baru lahir Lionking Health, Disease & Diet 2 10-30-2009 11:40 PM
Cuking2 ku ~~ kipas susah mati Coput Cat TV and Photos 18 09-28-2009 10:00 AM


All times are GMT +8. The time now is 04:25 AM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2020, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.