Quote:
Originally Posted by Luna10
salam... hi semua,
saya nak minta pendapat dan cadangan kepada uols semua... semalam saya cek one of anak bulus ada kecederaan di tangannya... lebih tepat di area armpit dia... darah takde da... rasanya mama Luna telah jilat... luka tu mcm terbelah... nak pengsan tengok semalam ...
so sy nak pendapat dan idea... what should i do?? .. perlu bawa ke vet ke? or letak minyak gamat ke? or just leave it??? tq..
|
Salam Luna,
Kalo luka tu tak teruk sangat, saya syorkan Luna cuci setiap hari ngan air suam dan lepas tu letak antiseptic cream dan minyak gamat supaya luka tu cepat sembuh.
Kalo luka tu teruk, bawa la g Vet untuk rawatan selanjutnya. Tau la kitten nie masih kecik dan sangat 'fragile'. Satu lagi imunasasi dalam badan lum kuat untuk lawan sakit atau jangkitan. So kena la pastikan luka tu dirawat secepat mungkin.