Hai semua..akhirnya saya ambil keputusan untukk mengembiri kucing betina saya..Semuanya berjalan dengan lancar dan kucing saya juga dalam keadaan selamat. Tapi saya nak bantuan semua sifu-sifu yang ada dalam group ini untuk memberi tunjuk ajar cara-cara penjagaan selepasnya.
1. Bila bawa balik, kucing macam pening lalat dan muntah dan asyik tidur..
Kenapa?
2. Sudah 2 hari kucing saya tak makan. Normal atau tidak?..kalau tidak apa kesannya pada kucing..dan bagaimana nak mengatasinya..
3. Kucing juga nampak macam kurang minum tapi ada kencing juga..
Tolonglah saya..risau pulak dah ni..