Go

Go Back   PetFinder.my > PetFinder Lounge > Coffee Room

Coffee Room Gossip on the latest topics or just mingle around and enjoy the atmosphere!

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 05-22-2009, 11:35 PM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 16
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

Mesti korang semua tau berita ni kan ?

Aku dah agak lama tak posting apa2 dlm PF ni sebab bz dah start kejer, tapi walaupun citer ni tak der kena-mengena dengan kucen, aku pos gak utk sama2 kita renungkan apa dah jadi dgn moral rakyat Msia nihh......Dari merempit, merogol, meragut, merompak, membunuh...dan bermacam2 'me' lagi. Sesuai dgn slogan 'Malaysia Boleh' kot ??? 'Bolehland' la katakan....

FYI, yg meninggal tu kawan aku. Sama sekolah dari Tingkatan 2 hingga umur kami 42 tahun. Sejak dia buka salon 20 tahun yg lepas, aku memang tak pernah buat rambut di salon lain kecuali salon dia. Bab gunting2, hanya dia saja yg aku benarkan sentuh rambut aku sebab kerja dia berkualiti. Ingat lagi masa zaman sekolah dulu, dia ni bab akademik kurang sikit. Selalu pinjam homework aku utk copy & paste. Walaupun begitu, dia ada wawasan. Tingkatan 4 dia masuk vokasional, pas SPM masuk IKM belajar andaman. Dia start bukak salon rambut kecil2an. Yg aku ingat, dia pernah belajar gunting rambut kat London selama 6 bulan. Bisnes dia berkembang sampai la dia ada 3 salon, 2 di Ipoh dan 1 di KL (tapi adik dia jaga). Dia la satu2nya pemilik salon melayu yg bertahan berniaga kat Kompleks Yik Foong, Ipoh ni. Last aku jumpa dia masa buat rebonding bulan puasa dulu. Dia ada bgtau nak bukak branch satu lagi kat Greentown. Dia sempat bergurau dgn aku kononnya dia tak payah pun susah2 study masters & buat thesis mcm aku, tapi income dia lebih dari aku. Memang kami kalau jumpa sure riuh-rendah, maklum la kawan lama. Aku masih ingat, dia la yg bertanggung jawab buat 'make over' kat rambut aku yg ikal menjadi lurus, tahun 2001 dulu (mula2 rebonding diperkenalkan). Masa tu semua kengkawan terkejut sebab menurut kata diaorg, I look 10 years younger. Di rumah dia (tempat kejadian tu), dia pernah mekapkan aku utk satu event. Masa tu dia tgh pregnantkan anak dia yg bongsu (yg turut dibunuh).

Paper tak laporkan secara menyeluruh ttg kejadian tu. Menurut sumber2 yg boleh dipercayai, perompak tu bukan sorang, tapi sebenarnya berdua / bertiga (x pasti). Lelaki melayu, bukan Indon atau pendatang. Masa kejadian, mangsa tengah call kawan dia. Habis call kawan, dia call husband dia pulak. Tiba2 penagih ni masuk, mintak duit dan dengar citer dia tak nak bagi. Maklum la, banyak...RM4000. Apa lagi, kena tetak la. Suaminya cuma sempat dengar jeritan isterinya. Kemudian perompak kerjakan anak & bibik. Si kecil yg meninggal tu ditikam 18 kali & dicampak mayatnya dlm bilik air. Bila suaminya sampai, isterinya tu sudah tak bernyawa lagi. Tapi suaminya sempatla libas salah sorang penagih ni dgn parang. Khabarnya dia langsung tak menjerit sakit ke haper...Begitu sekali penangan dadah. Masa penagih ni nak lari keluar, dia kena langgar dengan motor kawan suami mangsa. So sorang tertangkap & yg lain lepas lari. Bila dah kena tangkap, terukla penagih ni kena belasah sampai hancur muka. Padan dgn muka dia. Aku dgr citer, pihak hospital pun tak bagi ubat tahan sakit kat penagih ni. Biar dia rasa...itu baru muka hancur...belum lagi kena kelar & tikam berkali2 !!!

Apa yg aku sedih & ralat sangat.....aku baca citer ni dlm paper Utusan pagi semalam, around 7.40am. Tapi paper salah tulis nama. Actually nama dia Wahiyah (kami panggil dia Wawa), tapi paper tulis Mah Yah. So bila aku baca, aku baca sekali lalu jer. Sempat la cakap sorang2 'kesiannya mangsa ni.....' Aku langsung tak perasan yg meninggal tu kawan lama aku. Hari ni baru aku tersedar (itu pun lepas solat jumaat), sebab paper tulis nama dia Wah Yah & mention nama anak2 dia yg lain (aku tak tau nama anak kecik dia tu sebab tak pernah jumpa). Aku biasa dgn anak2 pompuan dia sebab diaorg selalu tolong kat salon. Bila aku baca & tgk gambar anak pompuan dia dalam paper, aku terus tepuk dahi...Ralat sgt. kalau lah aku tau semalam, sempat la juga aku beri penghormatan terakhir pada aruah. So, petang tadi aku pergi rumah aruah (tempat kejadian), tapi pintu semua berkunci. Tape kuning polis ('DILARANG MASUK') pun masih ada. Nak pergi rumah mak aruah Wawa ni, aku tak tau alamatnya. Sebab hari dah petang, aku tak dapat nak pergi ziarah kubur aruah. InsyaAllah esok la.....

Sadisnya tragedi ni kan ? Al-fatehah kepada aruah, anak & bibiknya. Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan yang maha berat ini.

Aku janji pada diri aku sendiri, masa trial nanti, aku akan pergi ke mahkamah. AKU NAK MAKI & LUDAH SI CELAKA JAHANAM TU !!!! SIALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...

Last edited by anitayusof00; 05-23-2009 at 12:26 AM.
Reply With Quote
  #2  
Old 05-23-2009, 01:35 AM
daRLing's Avatar
daRLing daRLing is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Dec 2008
Location: putrajaya
Posts: 534
Rep Power: 0
daRLing is an unknown quantity at this point
Default Re: Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

OMG,,sadisnye cite nih,,lagi2 kawan sendri,yg dah kenal lame yg jadi mangsa,,geram n sakit hati n sedih bertambah2 kenapa la bdk kecik pun jadi mangsa?perempuan je pun,yg nak mengganas mcm tu sekali kenapa?
Reply With Quote
  #3  
Old 05-23-2009, 02:44 AM
chino chino is offline
Animal Lover
 
Join Date: May 2009
Posts: 6
Rep Power: 0
chino is on a distinguished road
Default Re: Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

Yya very sad !!im sorry for your frn,5yrs old and maidhorrible insane man kinddrugs betul-betul buat 0rg jadi syaitan,sya pernah nampak se0rng penagih mengamuk sampai terus membunuh 2 rotty dan satu anjing stz tzu sendiri punya!!last kena lokap dengar cerita karang dah siumansatu hari yang terlepas itu akan terima balasan lagi teruk drpd apa yang kawan anda alami,yang syatan mati itu x akan dimaafkan walaupundah g0sent my regards 4 your frn...What we do,Nobody knows but G0ds Know!!
Reply With Quote
  #4  
Old 05-23-2009, 06:36 AM
adamyala's Avatar
adamyala adamyala is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Location: damansara
Posts: 2,597
Rep Power: 18
adamyala is on a distinguished road
Default Re: Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

Nita,
takziah atas kehilangan seorang kawan/hairstylist. Yang paling sedih, dia meninggal di tangan penagih durjana. Kalau meninggal kerana sakit, menanggung bertahun-tahun takde la terasa ralat sangat. Hmmm....apa nak jadi dgn negara ni skrg ? Rakyat tempatan sendiri membunuh dgn sewenang-wenangnya.

daRLing.
kalau dah 'high on drugs' mana ada rasa belas kasihan lagi dah. Tak kira lelaki, perempuan, budak kecik, org tua sumer jadi mangsa durang ni. Kalau dah jadi 'hamba dadah' mereka hanya ikut 'bisikan syaitan' yang dah masuk dalam segenap anggota badan mereka.

Marilah kita sama2 sedekahkan AL-FATIHAH untuk arwah wahiyah, anak, dan maid dia. Semoga roh mereka dicucuri rahmatNYA. Berdoalah juga setiap hari, supaya anak2 , kawan2 dan kaum keluarga dan keturunan kita dijauhi dari pengaruh dadah. Perosak masyarakat
Reply With Quote
  #5  
Old 05-23-2009, 11:26 AM
anitayusof00's Avatar
anitayusof00 anitayusof00 is offline
Mama Kabu & ChiChi
 
Join Date: Aug 2008
Location: Ipoh, Perak
Posts: 549
Rep Power: 16
anitayusof00 is on a distinguished road
Default Re: Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

Thanks darling, chino & zai....

Malam tadi aku tak boleh tidur sampai 3am. Bila dah tidur pun, I had nightmares thru out the night. Itu baru aku......yg hanya kawan......bagaimana agaknya dengan ahli keluarga dia ? Entah bila mereka dapat menerima hakikat yang ahli keluarga yang disayangi telah pergi dan tak akan kembali lagi buat selama2nya. 'Pergi' dengan cara yang sungguh tidak berperi kemanusiaan pulak tu. Aku asik terkenang2kan aruah kawan aku ni. Aku membayangkan macamana la keadaan dia di hujung2 nyawa tu & bagaimana la keadaan dia 'di dalam' tu. Betul cakap ko Zai........'pergi' dengan cara mengejut ni, tak sama dengan 'pergi' dengan cara sakit bertahun2 atau lanjut usia. Sempat ke bertaubat ? Sempat ke mengucap dua kalimah syahadah ? Ya Allah.......kau ampunkan la segala dosa aruah. Cucurilah rahmatmu ke atas rohnya......dan tempatkanlah dia di kalangan orang2 yg kau kasihi. Amin....
__________________
I learn my lesson the hardest & the most painful way. Kapas, mama miss you soooo much !!! It hurts, baby...
Reply With Quote
  #6  
Old 05-23-2009, 03:51 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

Alfatihah buat buat aruah. aku tak pernah mengalami kwn kena bunuh camtu.tp aku blh membayangkan traumanya. apalah nak jd dgn Malaysia ni kak.Rempit,gang rape,bunuh,samun.klu tgk newspaper tiap tiap hari mesti ada kes bunuh,ragut,rogol dll. skrg ni nak kuar rmh waktu mlm pun takut. aku pun pernah jd mangsa ragut. siang siang hari buta pun blh meragut kat LRT station. dulu masa mula2 pindah kerumah yg aku duduk skrg ni,aku jln kaki kuar nak beli burger around 8pm ada satu lelaki tarik aku.klu aku tak terajang dia,aku tak tau apa yg berlaku.

Semalam kita org ada resident meeting.salah satu perkara yg diungkitkan,kecurian motor dikawasan apartment kita org dan juga apartment kami jd tempat port budak2 ponteng sekolah melepak.deka rmh aku tu ada 2 sekolah.Seri Bintang Utara & Selatan.pkl 12pm mesti ada sekumpulan budak2 melepak kat apartment kita org minum arak,menari dan hisap rokok.semalam salah sorang penghuni hilang motor.report polis.polis pergi ke seolah dan sergah budak2 kat situ.last2 pecah cerita.ari ni motor dah jumpa.selain dari motor yg baru dicuri semalam,ada lg 2 biji motor durang curi dari tempat lain.

kesimpulannya,ibu bapa kenalah perhatikan anak2 masing2. ini bila anak kena marah cikgu, mak bapak serang guru kat sekolah.last2 anak2 merempit,hisap dadah.bila dah hisap dadah,tak sedar diri rogol anak orang dan membunuh sebab nak $$ beli dadah.dengar cerita budak2 yg melepak,mencuri motor ni anak orang kaya.mak bapa takde masa nak ajar anak
Reply With Quote
  #7  
Old 05-23-2009, 05:21 PM
Mia_Katz's Avatar
Mia_Katz Mia_Katz is offline
PetFinder Fosterer
 
Join Date: May 2008
Location: KlaNG VaLLey
Posts: 309
Rep Power: 16
Mia_Katz is on a distinguished road
Default Re: Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

Al-Fatihah untuk arwah2 2....

ntah lah apa nak jadi skarang ni... dah macam orang tak bertamadun, jahil... harap setan2 dapat ditangkap sebelom ada lagi yang menjadi mangsa mereka...

skarang kalau nak kemana mana kena ade senjata untuk keselamatan diri.... atleast paper spray...
Reply With Quote
  #8  
Old 05-23-2009, 05:29 PM
Mia_Katz's Avatar
Mia_Katz Mia_Katz is offline
PetFinder Fosterer
 
Join Date: May 2008
Location: KlaNG VaLLey
Posts: 309
Rep Power: 16
Mia_Katz is on a distinguished road
Default Re: Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

Quote:
Originally Posted by June View Post
kesimpulannya,ibu bapa kenalah perhatikan anak2 masing2. ini bila anak kena marah cikgu, mak bapak serang guru kat sekolah.last2 anak2 merempit,hisap dadah.bila dah hisap dadah,tak sedar diri rogol anak orang dan membunuh sebab nak $$ beli dadah.dengar cerita budak2 yg melepak,mencuri motor ni anak orang kaya.mak bapa takde masa nak ajar anak
macam mana nak jaga kak kalau mak bapak sebok ngan hal masing2... tak beri perhatian langsung ngan permasalahan anak2 2... tak pernah nak bawak berbincang, tau nak marah je... tak sedar salah 1 punca dari permasalahan 2 datang dari mak bapak jugak...

bila cikgu tegur anak 2, mak bapak cakap cikgu 2 suka jaga tepi kain orang lah apa lah...

orang miskin ke kaya ke , semua sama je .... banyak gak yang jadi setan... kalau mak bapak tak beri perhatian pada anak ini lah jadi nya...

ntah lah.... bapak pon boleh jadi haruan makan anak
Reply With Quote
  #9  
Old 05-28-2009, 12:34 AM
ripcurl's Avatar
ripcurl ripcurl is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Mar 2009
Location: ampang
Posts: 97
Rep Power: 16
ripcurl is on a distinguished road
Default Re: Man on drugs murders 5yr-old, mom and maid

akum,
mai pon da lame x online..baru balik from indonesia..
takziah sgt..
al fatihah pade yang tiada..
semoga semua yg kenal mangse bykkan sabar..
pemangsa akan terima hukuman yg sgt berat kelak di akhirat!
__________________
mUfFiNN n GuCcI
Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Antineoplastic Drugs Cizerrome General Discussion 0 08-15-2008 01:06 PM


All times are GMT +8. The time now is 04:02 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.