Hi,
Sebelum apa2 nak mintak tolong kalau type tu type lah betul2 sikit. Tak faham lah bahasa short form nih. Maklumlah kita dah umur 30 lebih
Pasal neutering ni dah di discuss panjang lebar kat link dibawah
http://forums.petfinder.my/showthread.php?t=3310
Tapi untuk jawapan cepat:-
1) Kucing perlu dineuter samaada dia spraying atau tidak atas sbb untuk
mengatasi kucing mengandung tanpa di jangka. So kita tidak
contribute pada masaalah stray. Biasanya kucing patut neuter umur
6 bulan. Kucing yang dah dineuter pun lebih sihat dan kurang mendapat
infection. Perangai dia lebih baik, kurang agresif dan lebih selera mkn.
2) Kalau dia dah start memancut, wpun awak neuter dia sekarang, dia
mungkin masih akan memancut lagi sebab dah nak mengawan. Jadi
sekarang mmg tak ada ubatnya untuk dia berhenti memancut. So,
sabar je lah.
3) Walaumacamanapun, awak patut neuter sekarang atas sebab yang di
atas dan nanti habis masa mengawan dia, kucing awak akan relax balik
dan insyaalah lepas tu, gatal dia akan kurang dan memancut dia akan
kurang atau terus berhenti.