Go

Go Back   PetFinder.my > Reviews, Notices & Stories > Pet Memorial

Pet Memorial Share with us the grief on the loss of your pet, and may it be dearly and lovingly remembered forever.

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 05-06-2009, 01:52 PM
BeaYongJune's Avatar
BeaYongJune BeaYongJune is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 102
Rep Power: 16
BeaYongJune is on a distinguished road
Default Akhirnya kau pergi jua....

Untuk pengetahuan kawan2 semua yang pernah mengikuti kisah Rain....
Rain telah pergi meninggalkan saya pada 25/4/2009 jam 11.15 pagi diklinik Baby Pet, Taman Equine....
Kematian dia bukan disebabkan penyakitnya tetapi disebabkan kecuaian adik saya sendiri.
Sebenarnya saya telah menaip rentetan kisah sedih itu tetapi saya tak dapat postkan disini sebabkan bebarapa masalah internet diPC saya.
Saya akan cuba letakkan bila semua masalah ini selesai....
Terimakasih kepada mereka yang memberikan saya semangat dan kata2 peransang sewaktu saya menghadapi saat getir kematian dia.....
sewaktu saya meraung bila doktor memberitahu dia dah pergi dan sewaktu saya kebumikan dia.....
Sehingga kini saya masih tak mampu untuk menghilangkan kesedihan ini......air mata saya manjadi terlalu murah bila terkenangkan dia.....
Reply With Quote
  #2  
Old 05-06-2009, 02:03 PM
adamyala's Avatar
adamyala adamyala is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Location: damansara
Posts: 2,597
Rep Power: 18
adamyala is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

BYJ, kak zai tumpang sedeh dgr Rain dah pergi buat selamanyer. Jgn la salahkan takdir atau sesiapa BYJ. Redho lah Rain pergi. Dia tak menderita sakit lagi skrg ni. Doakan Rain aman di sana..aminn..

Quote:
Originally Posted by BeaYongJune View Post

  #3  
Old 05-06-2009, 02:17 PM
rozzygee's Avatar
rozzygee rozzygee is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Dec 2008
Location: Selayang Heights
Posts: 548
Rep Power: 16
rozzygee is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

BYJ, rest assure tempat Rain adalah di syurga.. Be strong dan bykkan lah bersabar... Peringatan juga bagi kami yg masing2 punya pet kesayangan, di satu hari nanti pasti akan mengalami apa yg BYJ rasa sekarang.. itupun jika kita panjang umur..
__________________
The way you handle the problem that matters most not the quantity of problem solved.. (http://dearcats.blogspot.com)
Reply With Quote
  #4  
Old 05-06-2009, 02:20 PM
BeaYongJune's Avatar
BeaYongJune BeaYongJune is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 102
Rep Power: 16
BeaYongJune is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Quote:
Originally Posted by adamyala View Post
BYJ, kak zai tumpang sedeh dgr Rain dah pergi buat selamanyer. Jgn la salahkan takdir atau sesiapa BYJ. Redho lah Rain pergi. Dia tak menderita sakit lagi skrg ni. Doakan Rain aman di sana..aminn..
Salam Kak Zai.......saya faham itu adalah takdir tuhan untuk saya dan Rain....tetapi untuk pengetahuan kak zai, rain dah sihat lebih kurang hampir satu bulan selera makan dia memang bagus badan dia dah berisi berat dia dah naik ......main jangan cerita la habis pasu crsytal saya dorang pecahkan...berlari memanjat sampai saya takut dia akan diserang penyakitnya.
tapi yang buat saya gembira hidungnya basah setiap hari kalau dulu hidung sentiasa kering tak pernah rasa sejuk dan basah.
Saya terima takdir ini walaupun hati saya luka yang amat dalam sekali....kerana dia adalah separuh dari kehidupan saya .....bila dia hilang saya merasakan separuh kehidupan saya kosong.
Tuhan lebih sayangkanya, semoga dia faham betapa saya terlalu sayang,sayang dan sayangkanya.....rehatlah dengan aman wahai anakku.
Reply With Quote
  #5  
Old 05-06-2009, 02:43 PM
adamyala's Avatar
adamyala adamyala is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Location: damansara
Posts: 2,597
Rep Power: 18
adamyala is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Mungkin kalau ada masa BYJ boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Supaya kami di sini dapat renungkan dan akan lebih memahami perasaan BYJ sekarang. Buat masa ini, perasaan kehilangan BYJ itu sgt kak zai fahami, sbb kak zai pun pernah kehilangan kucen bernama ella, my baby girl yang sehingga kini masih belum berganti. Ruangnya masih kosong lagi di hati kak zai. Tak tau lah bila akan terisi. Memang perit kehilangan yang tersayang BYJ, hanya yang merasa akan mengerti

Quote:
Originally Posted by BeaYongJune View Post
Salam Kak Zai.......saya faham itu adalah takdir tuhan untuk saya dan Rain....tetapi untuk pengetahuan kak zai, rain dah sihat lebih kurang hampir satu bulan selera makan dia memang bagus badan dia dah berisi berat dia dah naik ......main jangan cerita la habis pasu crsytal saya dorang pecahkan...berlari memanjat sampai saya takut dia akan diserang penyakitnya.
tapi yang buat saya gembira hidungnya basah setiap hari kalau dulu hidung sentiasa kering tak pernah rasa sejuk dan basah.
Saya terima takdir ini walaupun hati saya luka yang amat dalam sekali....kerana dia adalah separuh dari kehidupan saya .....bila dia hilang saya merasakan separuh kehidupan saya kosong.
Tuhan lebih sayangkanya, semoga dia faham betapa saya terlalu sayang,sayang dan sayangkanya.....rehatlah dengan aman wahai anakku.
Reply With Quote
  #6  
Old 05-06-2009, 03:16 PM
daRLing's Avatar
daRLing daRLing is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Dec 2008
Location: putrajaya
Posts: 534
Rep Power: 0
daRLing is an unknown quantity at this point
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

sedih nye bace thread ni,,,be strong BYJ,,memang susah nak hadapi semua nih,rase mcm dunia gelap seketika,,semoga rain aman di sana
Reply With Quote
  #7  
Old 05-06-2009, 03:21 PM
nik_tropicana's Avatar
nik_tropicana nik_tropicana is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 1,146
Rep Power: 17
nik_tropicana is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

kak BYJ, banyakkn bersabar...
mmg sedey ble kita kehilangan kucen..
rasa mcm hilang org tersayang pun ade...
saya pun pnah mengalami pengalaman yg sama..
tapi atas kesilapan sendri..body dier jumpa seminggu selepas kehilangan dier dlm keadaan menyayat hati...lagi la rasa bersalah...
at least Rain akak mati didepan mata..
ade hikmah suma nie kak..
__________________
Reply With Quote
  #8  
Old 05-06-2009, 03:33 PM
fia86's Avatar
fia86 fia86 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jan 2009
Location: serdang
Posts: 279
Rep Power: 16
fia86 is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

sedih yer ... bawak bersabar yer kak... semoga rain berada di syurga...
Reply With Quote
  #9  
Old 05-06-2009, 04:17 PM
BeaYongJune's Avatar
BeaYongJune BeaYongJune is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 102
Rep Power: 16
BeaYongJune is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Kisahnya bermula begini pada hari Jumaat 24/4/2009 bila saya balik dari kerja saya mencari Rain didalam rumah tapi tak jumpa sebab memang kebiasaan saya bila sampai aje rumah selepas membuka uniform kerja saya pasti akan cari dia.......cium dia pelok dia dulu baru buat kerja2 rumah.

Tapi petang Jumaat tu dia tak ada .....hati saya dah berdetik sebab sewaktu saya buka pintu nak masuk rumah saya nampak adik saya sedang terbaring diruang tamu menonton tv dan sliding door dibuka dengan luas.....
Saya sering ingatkan adik saya supaya jangan membuka sliding door jika nak buka juga mata mesti selalu memerhatikan dorang 3ekor tu....sebab dah banyak kali saya nampak Rain dan A-Biy memanjat jaring hijau yang dipasang untuk keselamatan dorang....jaring hijau ni dipasang supaya dorang tak boleh jatuh kebawah......tetapi semenjak Rain mula sihat dia amat suka memanjat termasuk la jaring hijau tersebut.

Saya dah dapat rasakan sesuatu yang tak kena lantas saya bertanya kepada adik saya....dia kata "entah tak nampak pun" saya marah dan cakap saya dah pesan jangan buka sliding luas2 nanti adik jatuh....(adik nama panggilan Rain dirumah). Saya keluar dan jengok kebawah...........YA ALLAH YA TUHANKU
mata saya terus terpaku kepada sekujur tubuh yang sedang terbaring dibawah dengan darah mengalir dari mulut.

Saya terus meraung sekuat hati saya seperti orang gila dibalconi rumah saya.
Adik saya terus berlari kebawah, saya terus hantar Rain keBaby Pet...
Masa dalam kereta saya nampak mulut dia penoh dengan darah.....Ya Allah Rain jatuh terhempas mulut dulu....tak termampu saya bayangkan sewaktu pertama kali dia terhempas kesimen dibawah betapa sakitnya ya tuhanku.
Gigi taring patah mulut dan hidungnya membengkak....saya tak henti menanggis sewaktu diklinik........doktor memberi rawatan yang sepatutnya kepada Rain dan Rain ditahan diward.
Sepanjang malam saya menanggis dan tak henti2 berdoa agar Rain selamat.

Pagi 25/4/2009 doktor menalipon menyuruh saya segera kesana untuk berbincang tentang result Xray tubuh Rain. Saya berdebar2 macam nak pecah jantung ni.....Rain patah tulang belakang dia tak boleh hidup lagi kerana dia akan lumpuh seumur hidup....YA Allah besarnya ujian yang Rain harus tempohi. Saya mohon untuk berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Saya memanggil dia Adik, dia membuka mata lemah sekali pandangan dia kepada saya. Saya cakap pada dia saya sayang sangat dia....saya jaga dia seperti anak saya sendiri....saya amat sayang dengan dia dia pandang saya. Pandangan matanya yang sayu menyebabkan air mata saya ini dengan tanpa dipaksa mengalir keluar seperti air hujan....dia cuba berbunyi bila saya pegang kapala dia tapi suara dia begitu lemah sekali.....Adik saya masa tu dah macam orang gila menanggis ditepi sangkar Rain. Saya usap kepala dia....bila dia buka mulut darah keluar dari mulutnya.......tiba2 Rain jadi seperti kejang.
Saya berlari mendapatkan doktor dan menyatakan saya setuju Rain pergi kerana dah tak tahan lagi melihat dia terseksa bagitu.

Saya keluar dari Klinik dan menalipon Shereen Natsha.....bila saya masuk kembali doktor memberitahu Rain dah tak ada lagi dia pergi dengan sendiri tanpa sempat doktor melakukan apa2 lagi.
Saya terus terduduk dan meraung didalam klinik lupa pada orang yang ramai diklinik tersebut....Rupanya dia menunggu saya sebelum pergi....saya sungguh menyesal kerana tidak menunggu sehingga kenafasnya yang terakhir.
Kenapa la saya tak berada disisinya waktu itu .....saya rasa menyesal sangat2

Bila doktor memberi tubuhnya kepada saya....saya pelok dan cium dia buat kali yang terakhir. Disepanjang perjalanan untuk membawa Rain ditempat perkebumian dia. Saya pegang tangannya saya cium tangannya, saya cium kepala dia masih berbau wangi shampoo kerana saya mandikan dia sebelum hari dia jatuh. Saya merasa takut akan rindu bau dia, rindu bunyinya, rindu matanya dan rindu segala2nya tentang dia.

Saya yang masukkan Rain kedlam liang lahadnya.....saya yang mengambus tanah keatas badanya semuanya saya lakukan sendiri.....saya tak mahu orang lain lakukan walaupun Adik saya berada dengan saya waktu itu.
Selamat Tinggal anakku......Mama akan sentiasa rindu dan ingat kamu sayang.
Rain dikebumikan diTeras Jernang, Bangi.

Saya hilang anak yang sangat manja yang tak pernah marah dipelok, dicium, digomol walau beratus kali dalam sehari....saya hilang anak yang suka dengar saya mengaji Quran kepadanya....setiap malam saya suka membaca ayat suci Al-Quran sewaktu menepoknya tidor.....dia la satu2nya anak yang mahu saya tepok bahunya bila nak tido malam....jika tak ditepok dia akan mencakar2 manja dan berbunyi manja minta ditepok.

Saya mengahadapi saat sukar menjaganya sewaktu sakit.....tapi saya tak pernah berputus asa.....saya tak pernah rasa jemu menjaganya sewaktu sakit walaupun kadang2 saya tido hanya sejam sehari sahaja. Bagaimana saya nak melupakan semua tu......
Rain, mama doakan kau akan tenang disana......mama mu ini sentiasa merindui mu sayang.
Reply With Quote
  #10  
Old 05-06-2009, 05:21 PM
abgraldo abgraldo is offline
Banned
 
Join Date: Aug 2008
Posts: 1,931
Rep Power: 0
abgraldo is an unknown quantity at this point
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Berlinang airmata Pakcu membaca cerita Rain.... Apa-apa pun Pakcu harap BYJ tabah dan tenang. Sememangnya kesedihan tu memang tak dapat dibendung bila kehilangan yang tersayang, tapi siapalah kita kalau nak dibandingkan dengan tahap kesayangan Allah SWT kepada makhlukNYA yang disayang. Kesayangan Allah SWT memang tak akan dapat kita jangkau, bagaimana indahnya syurga memang tak dapat kita jangkau dengan imaginasi, tapi disitulah Rain akan bersemadi, riang gembira selama-lamanya.
BYJ... sesungguhnya keikhlasan you terhadap Rain selama dia hidup, akan dibalas dengan balasan baik oleh Allah SWT...
Rest in peace Rain in dear heaven and may u be happy forever...
Reply With Quote
  #11  
Old 05-06-2009, 05:24 PM
daRLing's Avatar
daRLing daRLing is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Dec 2008
Location: putrajaya
Posts: 534
Rep Power: 0
daRLing is an unknown quantity at this point
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Sy faham sgt perasaan kak BYJ time nampak rain bdarah2 kat bawah rumah tuh,,bertahan lah,,
Reply With Quote
  #12  
Old 05-06-2009, 05:26 PM
linda_gamble's Avatar
linda_gamble linda_gamble is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Mar 2009
Location: putrajaya
Posts: 1,056
Rep Power: 17
linda_gamble is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to linda_gamble
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

salam...
akak BYJ berbanyak bersabar..berdoa kepada tuhan..hanya itu sahaja yang bleh disampaikan kepada 'adik'....
lin bacer sambil nnagis...walo airmata darah sekalipon keluar..rain tetap takkan bangkit...
tapi lin percaya akak..stiap rintihan akak dier pastie dengar...
Allah telah permudahkan pemergiannya......nak teruskan bacer kisah rain..raser tak sanggup, airmata laju jerk kuor.....tak tahulah camner kalo benda nie depan mata.....
akak kuatkan lah semnagat........linda turut berdoa...semoga ditemukan jugak pada kelahiran akan datang....
Reply With Quote
  #13  
Old 05-06-2009, 06:10 PM
nik_tropicana's Avatar
nik_tropicana nik_tropicana is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 1,146
Rep Power: 17
nik_tropicana is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

mybe time nie dier ngah best main kat rainbow bridge...ngan kucen saya, Bell n kucen2 forumer lain yg da xde...
n mst dier akan sedey klu kak BYJ sedeh2 slalu..
jgn sedey yer kak...
setiap perkara yg terjadi ade hikmahnyer..

kak BYJ, Bell kucen saya kat gambar 1st signature tuh..dier mati tersepit di enjin eskulator stesen LRT sentul timur..pas seminggu bru jumpa..da kering..n saya x sempat nak tgk sbb time tu ade kat n9..
__________________
Reply With Quote
  #14  
Old 05-06-2009, 06:37 PM
Mia_Katz's Avatar
Mia_Katz Mia_Katz is offline
PetFinder Fosterer
 
Join Date: May 2008
Location: KlaNG VaLLey
Posts: 309
Rep Power: 16
Mia_Katz is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Quote:
Originally Posted by BeaYongJune View Post
Saya mengahadapi saat sukar menjaganya sewaktu sakit.....tapi saya tak pernah berputus asa.....saya tak pernah rasa jemu menjaganya sewaktu sakit walaupun kadang2 saya tido hanya sejam sehari sahaja. Bagaimana saya nak melupakan semua tu......
Rain, mama doakan kau akan tenang disana......mama mu ini sentiasa merindui mu sayang.
so sorry 4 your lost BYJ...

sayu hati ni bila baca apa yang jadi kat 'adik', air mata keluar pon tak sedar. mia harap BYJ bersabar banyak2.Apa yang jadi ketentuan dari NYA, takdir sudah terlulis...

mia percaya 'adik' akan sentiasa doa kan BYJ kerana BYJ telah berikan 'adik' sepenuh kasih sayang dan belai manja.

macam kata nik, apa yang terjadi mungkin ada hikmah nya...
Reply With Quote
  #15  
Old 05-06-2009, 06:48 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Akhirnya kau pergi jua....

Lin,I'm really sorry for your loss. Sedih sangat baca cerita u smp tak sedar2 air mata nak keluar. tabahkan hati dan kuatkan semangat.setiap yg hidup akan pergi juga suatu hari nanti.Rain dah terlepas dari sakit dan sengsara.
Reply With Quote
  #16  
Old 05-07-2009, 08:42 AM
BeaYongJune's Avatar
BeaYongJune BeaYongJune is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 102
Rep Power: 16
BeaYongJune is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Terimaksih pada Pakcu,Darling,Linda, Nik, Mia & June diatas kata2 semangat kepada saya.....saya reda dengan ketentuanNya.
Tapi biasa la pekara masih baru memang akan ambik masa sikit untuk melupakan.....Nik akak harap pun dia tengah Happy dengan Bell dan yang lain2
Saya dah mula biasakan diri dengan ketiadaan dia.....cuma bila kakak(U-Jinn) memanggil2 dia saya akan rasa sebak jugak la......
U-Jinn ni memang rapat dengan Rain kerana mereka saya beli bersama2. Dia macam selalu mencari2 Rain. Dia akan masuk dalam bilik store tempat kegemaran Rain dan mengeow2 dan kadang duduk dalam bilik store tu sorang2 lama baru keluar.
Saya rasa syukur juga sekurang2 Rain tidak lagi derita dan menangung kesakitan bila penyakitnya menyerang....walaupun dia kelihatan dah sihat tapi penyakitnya untuk seumur hidup......sekurangnya dia tak akan masuk ward lagi dan dicucuk sana dicucuk sini. Mungkin itu la hikmahnya. Amin
Reply With Quote
  #17  
Old 05-07-2009, 10:01 AM
DJSNAZ83's Avatar
DJSNAZ83 DJSNAZ83 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Aug 2008
Location: Bandar Baru Sentol,KL...hometown is Kelantan.
Posts: 941
Rep Power: 16
DJSNAZ83 is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

bila baca therad kak lin nie, saya agak sebak bila terbayangkan cmana Rain jatuh dan berlumuran darah...hati saya kuat berdebar-debar bila memikirkan anak2 yg ada kat rumah...bygkan if the same thing happens to them...meremang bulu roma saya nak bergenang air mata..sebab kalau jatuh,confirm teros meninggal sebab umah saya level 13..

apa pun, saya nak ucapkan takziah kepada akak atas pemergian Rain..betol cakap pakcu...Tuhan lebih menyayangi Rain..sebab tu dia ambik Rain dulu...semoga akak akan dapat menempuhi hari2 mendatang tanpa Rain di sisi dengan kekuatan dan ketabahan yang dikurniakan oleh-Nya..insyaAllah..
__________________
http://www.rizcoon.com
Reply With Quote
  #18  
Old 05-07-2009, 11:11 AM
BeaYongJune's Avatar
BeaYongJune BeaYongJune is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 102
Rep Power: 16
BeaYongJune is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Quote:
Originally Posted by DJSNAZ83 View Post
bila baca therad kak lin nie, saya agak sebak bila terbayangkan cmana Rain jatuh dan berlumuran darah...hati saya kuat berdebar-debar bila memikirkan anak2 yg ada kat rumah...bygkan if the same thing happens to them...meremang bulu roma saya nak bergenang air mata..sebab kalau jatuh,confirm teros meninggal sebab umah saya level 13..

apa pun, saya nak ucapkan takziah kepada akak atas pemergian Rain..betol cakap pakcu...Tuhan lebih menyayangi Rain..sebab tu dia ambik Rain dulu...semoga akak akan dapat menempuhi hari2 mendatang tanpa Rain di sisi dengan kekuatan dan ketabahan yang dikurniakan oleh-Nya..insyaAllah..
Betul EJ....pekara yang akak paling takut sekali itu la....kalau akak sorang2 kat umah akak tak pernah buka sliding door.....tak bleh nak bayangkan kalau dari umah EJ tu tinggi giler tu.....umah akak ni level 4 aje.
Akak dah pasang jaring hijau tapi tak boleh lebih dari pagar balconi sebab managemant tak bagi...
Rain jatuh kepala dulu, jadi tulang belakangnyer yang patah....dari gambar x-ray memang jelas nampak tulang yang patah tu....sian Rain
Itu yang menyebabkan akak beli teres house tapi lum siap lagi lak hujung taun ni baru siap....
Bila SugerBoo jatuh (kucing Darling) akak yang sedih sebab trauma atas apa yang jadi kat akak. Tapi SugerBoo kuat tu yang menyebabkan dia selamat.
EJ kena hati2 sikit la dengan anak2 EJ....supaya apa yang kita takut tak akan terjadi.
Reply With Quote
  #19  
Old 05-07-2009, 02:34 PM
ZuHRaH's Avatar
ZuHRaH ZuHRaH is offline
Cat Lover
 
Join Date: Mar 2009
Location: Kuala Terengganu
Posts: 135
Rep Power: 16
ZuHRaH is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ZuHRaH
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

takziah kepada BYJ,
serius saya menangis baca kisah ni... tak dapat nak bayangkan kehilangan yang paling kita sayang...
harap BYJ banyak bersabar..

Quote:
Originally Posted by BeaYongJune View Post
Kisahnya bermula begini pada hari Jumaat 24/4/2009 bila saya balik dari kerja saya mencari Rain didalam rumah tapi tak jumpa sebab memang kebiasaan saya bila sampai aje rumah selepas membuka uniform kerja saya pasti akan cari dia.......cium dia pelok dia dulu baru buat kerja2 rumah.

Tapi petang Jumaat tu dia tak ada .....hati saya dah berdetik sebab sewaktu saya buka pintu nak masuk rumah saya nampak adik saya sedang terbaring diruang tamu menonton tv dan sliding door dibuka dengan luas.....
Saya sering ingatkan adik saya supaya jangan membuka sliding door jika nak buka juga mata mesti selalu memerhatikan dorang 3ekor tu....sebab dah banyak kali saya nampak Rain dan A-Biy memanjat jaring hijau yang dipasang untuk keselamatan dorang....jaring hijau ni dipasang supaya dorang tak boleh jatuh kebawah......tetapi semenjak Rain mula sihat dia amat suka memanjat termasuk la jaring hijau tersebut.

Saya dah dapat rasakan sesuatu yang tak kena lantas saya bertanya kepada adik saya....dia kata "entah tak nampak pun" saya marah dan cakap saya dah pesan jangan buka sliding luas2 nanti adik jatuh....(adik nama panggilan Rain dirumah). Saya keluar dan jengok kebawah...........YA ALLAH YA TUHANKU
mata saya terus terpaku kepada sekujur tubuh yang sedang terbaring dibawah dengan darah mengalir dari mulut.

Saya terus meraung sekuat hati saya seperti orang gila dibalconi rumah saya.
Adik saya terus berlari kebawah, saya terus hantar Rain keBaby Pet...
Masa dalam kereta saya nampak mulut dia penoh dengan darah.....Ya Allah Rain jatuh terhempas mulut dulu....tak termampu saya bayangkan sewaktu pertama kali dia terhempas kesimen dibawah betapa sakitnya ya tuhanku.
Gigi taring patah mulut dan hidungnya membengkak....saya tak henti menanggis sewaktu diklinik........doktor memberi rawatan yang sepatutnya kepada Rain dan Rain ditahan diward.
Sepanjang malam saya menanggis dan tak henti2 berdoa agar Rain selamat.

Pagi 25/4/2009 doktor menalipon menyuruh saya segera kesana untuk berbincang tentang result Xray tubuh Rain. Saya berdebar2 macam nak pecah jantung ni.....Rain patah tulang belakang dia tak boleh hidup lagi kerana dia akan lumpuh seumur hidup....YA Allah besarnya ujian yang Rain harus tempohi. Saya mohon untuk berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Saya memanggil dia Adik, dia membuka mata lemah sekali pandangan dia kepada saya. Saya cakap pada dia saya sayang sangat dia....saya jaga dia seperti anak saya sendiri....saya amat sayang dengan dia dia pandang saya. Pandangan matanya yang sayu menyebabkan air mata saya ini dengan tanpa dipaksa mengalir keluar seperti air hujan....dia cuba berbunyi bila saya pegang kapala dia tapi suara dia begitu lemah sekali.....Adik saya masa tu dah macam orang gila menanggis ditepi sangkar Rain. Saya usap kepala dia....bila dia buka mulut darah keluar dari mulutnya.......tiba2 Rain jadi seperti kejang.
Saya berlari mendapatkan doktor dan menyatakan saya setuju Rain pergi kerana dah tak tahan lagi melihat dia terseksa bagitu.

Saya keluar dari Klinik dan menalipon Shereen Natsha.....bila saya masuk kembali doktor memberitahu Rain dah tak ada lagi dia pergi dengan sendiri tanpa sempat doktor melakukan apa2 lagi.
Saya terus terduduk dan meraung didalam klinik lupa pada orang yang ramai diklinik tersebut....Rupanya dia menunggu saya sebelum pergi....saya sungguh menyesal kerana tidak menunggu sehingga kenafasnya yang terakhir.
Kenapa la saya tak berada disisinya waktu itu .....saya rasa menyesal sangat2

Bila doktor memberi tubuhnya kepada saya....saya pelok dan cium dia buat kali yang terakhir. Disepanjang perjalanan untuk membawa Rain ditempat perkebumian dia. Saya pegang tangannya saya cium tangannya, saya cium kepala dia masih berbau wangi shampoo kerana saya mandikan dia sebelum hari dia jatuh. Saya merasa takut akan rindu bau dia, rindu bunyinya, rindu matanya dan rindu segala2nya tentang dia.

Saya yang masukkan Rain kedlam liang lahadnya.....saya yang mengambus tanah keatas badanya semuanya saya lakukan sendiri.....saya tak mahu orang lain lakukan walaupun Adik saya berada dengan saya waktu itu.
Selamat Tinggal anakku......Mama akan sentiasa rindu dan ingat kamu sayang.
Rain dikebumikan diTeras Jernang, Bangi.

Saya hilang anak yang sangat manja yang tak pernah marah dipelok, dicium, digomol walau beratus kali dalam sehari....saya hilang anak yang suka dengar saya mengaji Quran kepadanya....setiap malam saya suka membaca ayat suci Al-Quran sewaktu menepoknya tidor.....dia la satu2nya anak yang mahu saya tepok bahunya bila nak tido malam....jika tak ditepok dia akan mencakar2 manja dan berbunyi manja minta ditepok.

Saya mengahadapi saat sukar menjaganya sewaktu sakit.....tapi saya tak pernah berputus asa.....saya tak pernah rasa jemu menjaganya sewaktu sakit walaupun kadang2 saya tido hanya sejam sehari sahaja. Bagaimana saya nak melupakan semua tu......
Rain, mama doakan kau akan tenang disana......mama mu ini sentiasa merindui mu sayang.
Reply With Quote
  #20  
Old 05-07-2009, 02:57 PM
BeaYongJune's Avatar
BeaYongJune BeaYongJune is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Sep 2008
Posts: 102
Rep Power: 16
BeaYongJune is on a distinguished road
Default Re: Akhirnya kau pergi jua....

Quote:
Originally Posted by ZuHRaH View Post
takziah kepada BYJ,
serius saya menangis baca kisah ni... tak dapat nak bayangkan kehilangan yang paling kita sayang...
harap BYJ banyak bersabar..
Memang Zuhrah.....kehilangan dia betul2 buat saya meraung dan menanggis seperti orang hilang akal.....tapi sekarang ni saya mula belajar menerima kehilangan dia. Membela dan menjaga dia membuat saya bahagia sebab dia lain dari yang lain....lidahnya yang sentiasa terkeluar tu la yang membuat dia comel sangat.....suka lepak atas riba saya tak suka duduk atas lantai....kalau saya tak ada dia ada bantal besar untuk lepak....memang beli khas untuk dia aje. semua tu kenangan yang terindah untuk saya...
Attached Thumbnails
Click image for larger version

Name:	AdikRain1 051.jpg
Views:	89
Size:	73.2 KB
ID:	5077   Click image for larger version

Name:	AdikRain1 052.jpg
Views:	91
Size:	82.4 KB
ID:	5078   Click image for larger version

Name:	AdikRain1 053.jpg
Views:	90
Size:	75.1 KB
ID:	5079   Click image for larger version

Name:	AdikRain1 055.jpg
Views:	94
Size:	67.3 KB
ID:	5080   Click image for larger version

Name:	AdikRain1 054.jpg
Views:	89
Size:	84.3 KB
ID:	5081  

Reply With Quote
Reply

Bookmarks

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

All times are GMT +8. The time now is 05:43 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 
Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams

Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.