Go

Go Back   PetFinder.my > The Animal Corner > Cats & Kittens > Training & Behavioral Issues

Training & Behavioral Issues Does your cat have an attitude, or just simply refuses to listen to you? Share it with your peers here and learn more about a cat's behavior and training methods

Reply
 
Thread Tools
  #1  
Old 07-15-2010, 10:32 AM
comot82's Avatar
comot82 comot82 is offline
PetFinder Buddy
 
Join Date: Apr 2010
Posts: 75
Rep Power: 15
comot82 is on a distinguished road
Default Kucing ‘menangis’...

Kucing ‘menangis’

Oleh Amir Hamzah Nordin dan Mohd Roselan Ab Malek
am@hmetro.com.my

2010/07/15 JERANTUT: “Awal pagi semalam (kelmarin), kucing peliharaan anak saya yang diberi nama Oren menunjukkan kelakuan ganjil apabila mengiau tidak henti-henti dan gelagatnya seolah-olah sedang menangis seperti ia tahu tuannya ditimpa kesusahan,” kata ibu pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Pasir Mas, Kelantan, yang dikhuatiri lemas ketika berenang di Lubuk Simpon, Sungai Tahan di Kuala Tahan di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, pelajar tahun akhir bidang Kejuruteraan Bangunan, Alif Asraf Hashim, 22, dari Cheras, Selangor, dihanyut arus deras ketika menjalankan aktiviti pengukuran sungai dan batu-batan di sekitar tempat kejadian dalam satu rangka kerja Eksplorasi Geologi Tanah anjuran fakultinya.

Difahamkan, mangsa bersama 37 pelajar dan tujuh pensyarah tiba di Kuala Tahan untuk melaksanakan aktiviti itu sejak Ahad lalu dan mereka dijangka menamatkan tugasan Jumaat ini.


Menurut ibu mangsa, Hamidah Ibrahim, 49, dia sekeluarga bagaimanapun, tidak mengendahkan gelagat kucing berkenaan kerana menyangka haiwan itu mungkin sakit sehinggalah dimaklumkan berita buruk mengenai anak sulung daripada tiga beradik itu.


“Kali terakhir kami berbual pada petang Isnin lalu apabila dia menghubungi saya. Namun, dalam perbualan Alif tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik dan dia hanya bercerita mengenai kegiatannya sepanjang berada di Kuala Tahan.


“Malah, Ahad lalu dia juga sempat berpesan pada ayahnya supaya memasukkan sedikit duit kerana mahu membeli barangan untuk kegunaan sepanjang program berkenaan,” katanya.


Hamidah berkata, mangsa juga sempat berpesan kepada adiknya, Alia Ashamimi, 16, supaya menjaga dengan baik beg sandang kesayangannya seolah-olah beg itu bakal menjadi tanda akhir untuk ingatan keluarga.


“Alif rapat dengan adik bongsunya dan sebelum dia kembali semula ke kolej sebaik menamatkan cuti semester baru-baru ini, dia menasihati adiknya itu supaya belajar bersungguh-sungguh,” katanya.


Bapa mangsa, Hashim Baharom, 50, berkata dia juga amat rapat dengan anak lelaki tunggalnya itu dan kerap keluar minum bersama apabila Alif pulang bercuti semester.


“Malam sebelum kejadian, entah kenapa saya tidak lelap tidur seperti ada yang mengganggu fikiran.


“Perasaan resah saya menjadi kenyataan apabila menerima panggilan telefon memaklumkan anak saya hilang dalam sungai kira-kira jam 5 petang semalam,” katanya yang bergegas ke Kuala Tahan dan tiba kira-kira jam 1 pagi semalam.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut, Yahaya Hanapi, berkata seramai 100 anggota dari pelbagai agensi termasuk penduduk kampung menjalankan operasi mencari mangsa sejurus menerima laporan kejadian.


Menurutnya, operasi mencari dijalankan kira-kira 500 meter dari tempat kejadian seawal jam 8 pagi dan dihentikan seketika kerana hari semakin gelap.


“Operasi akan disambung semula esok (hari ini) dan kawasan pencarian akan diperluaskan sehingga Lubuk Yong kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.


“Selain menggunakan kira-kira 20 bot bomba, penduduk juga meminjamkan bot mereka dalam usaha mencari mangsa dan pasukan penyelamat menempuh sedikit kesukaran berikutan arus sungai yang agak deras,” katanya.


++++petikan metro 15/07/2010...

-----------------------------------------------------------------------

haiwan seperti kucing ini mempunyai perasaan yang sangat unik...
bertuahlah kepada pemilik2 kucing ini sekiranya dapat memeliharanya dengan lebih baik....

* kala hati sedih, kadang2 mengadu kat kucing lagik bagus...! huhu
Reply With Quote
  #2  
Old 07-15-2010, 11:03 AM
hani14 hani14 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jun 2010
Location: Klang
Posts: 190
Rep Power: 14
hani14 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hani14 Send a message via Skype™ to hani14
Default Re: Kucing ‘menangis’...

salam comot.. perkara ni adalah benar. begitu juga jika ada kematian yg akan berlaku nanti, kucing2 dirumah akan berkelakuan anih. jika kita selalu lihat dorang nakal dan berkejar2an sesama sendiri, tertiba dorang akan menjadi sopan dan senyap.

lagi satu comot.. dorang ni kucing yg suka menyembunyikan penyakit dan tak suka melihat tuannya bersedih. akak dah kehilangan 2 ekor anak2 bulus yang paling akak sayang.. kelakuan dorang memang sama. memang sedih sgt..
Reply With Quote
  #3  
Old 07-15-2010, 11:07 AM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Kucing ‘menangis’...

Hani, sebenarnya begini. Dlm animal kingdom sapa yg lemah akan jd mangsa. Jd bila kucing kita sakit, mereka akan menyembunyikan diri supaya musuh tak tau mereka dlm keadaan weak dan become the easy victim bukan risau tuannya sedih.

Walaupun kuicng kita hari ini adalah indoor dan kucing pet tp sifat semulajadi haiwan tidak berubah. Animal nature,instinct dan yg sewaktu dgnnya tetap tidak berubah.

Quote:
Originally Posted by hani14 View Post
salam comot.. perkara ni adalah benar. begitu juga jika ada kematian yg akan berlaku nanti, kucing2 dirumah akan berkelakuan anih. jika kita selalu lihat dorang nakal dan berkejar2an sesama sendiri, tertiba dorang akan menjadi sopan dan senyap.

lagi satu comot.. dorang ni kucing yg suka menyembunyikan penyakit dan tak suka melihat tuannya bersedih. akak dah kehilangan 2 ekor anak2 bulus yang paling akak sayang.. kelakuan dorang memang sama. memang sedih sgt..
Reply With Quote
  #4  
Old 07-15-2010, 11:24 AM
hani14 hani14 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jun 2010
Location: Klang
Posts: 190
Rep Power: 14
hani14 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hani14 Send a message via Skype™ to hani14
Default Re: Kucing ‘menangis’...

mungkin dah sifat semula jadi dorang camtu june.. tapi dorang pun mempunyai perasaan juga.. kita boleh lihat dorang pun ada perasaan jeles, merajuk, membuli dan mcm2 lagi. sama mcm manusia.. cuma akal fikiran tak sama mcm kita. kasih sayang dorang kekadang melebihi sayang kita terhadap manusia.. tu yang akak kagum sgt dgn sifat dorang ni..
Reply With Quote
  #5  
Old 07-15-2010, 11:29 AM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Kucing ‘menangis’...

Klu yg menangis pasal tuan dia itu mmg saya percaya sebab bila ada tragedi binatang yg kebiasaanya akan tau dulu. Contohnya Tsunami tahun 2004. Sebelum berlakunya tsunami,mereka dah bertempiaran lari. So lain kali klu kita nampak binatang lari sana sini,cepat cepatlah selamatkan diri

Tp yg tentang mereka sembunyikan diri pasal takut kita sedih itu tidak benar. Kita kena memahami sifat binatang dlm animal kingdom. Walaupun yg mereka punya perasaan spt yg Hani ckp itu mmg benar. Tak dinafikan. Tp bukan dlm kes bila mereka lemah,cedera, sakit dsbnya. It was scientifically proven.

Quote:
Originally Posted by hani14 View Post
mungkin dah sifat semula jadi dorang camtu june.. tapi dorang pun mempunyai perasaan juga.. kita boleh lihat dorang pun ada perasaan jeles, merajuk, membuli dan mcm2 lagi. sama mcm manusia.. cuma akal fikiran tak sama mcm kita. kasih sayang dorang kekadang melebihi sayang kita terhadap manusia.. tu yang akak kagum sgt dgn sifat dorang ni..
Reply With Quote
  #6  
Old 07-15-2010, 11:38 AM
hani14 hani14 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jun 2010
Location: Klang
Posts: 190
Rep Power: 14
hani14 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hani14 Send a message via Skype™ to hani14
Default Re: Kucing ‘menangis’...

june.. bukan kucing jer yang bertempiaran lari.. binatang2 lain pun berkelakuan aneh masa kejadian tsunami tu..

bagi orang kekampungan mcm saya ni june, akan beranggapan begitu. tapi bagi yang lebih professional seperti june.. mungkin tak berfikiran kolot mcm saya.
Reply With Quote
  #7  
Old 07-15-2010, 12:24 PM
June June is offline
Animal Lover
 
Join Date: Aug 2008
Location: Tmn Shamelin Perkasa-Kota Kinabalu
Posts: 6,004
Rep Power: 0
June is on a distinguished road
Default Kucing ‘menangis’...

Hahahah!! memang. Saya bg contoh kucing sebab ramai pencinta kucing kat sini Tu pasal klu kita nampak perubahan yg drastik dgn binatang sekeliling tak kiralah anjing ke, kucing ke (klu yg dok bandarlah, klu yg dok kampung tu mgkn ada ayam,itik ke ) cepat cepat pack barang

Saya tengok National Geography dan Animal Planet. Orang orang yg duduk dgn binatang smp berpuluh tahun sebab nak belajar tabiat dan habitat binatang. Yg smp jd sahabat dgn binatang binatang mcm rimau pun ada. Bila mereka menghasilkan karya dari kerja kerja observation mereka, ilmu ini digunakan oleh pelatih binatang. Cuba bayangkan movie yg byk menggunakan binatang. Klu orang yg tak faham mereka, dah tentu binatang tu takkan ikut arahan pengarah.

Tp klu Hani nak berpendapat spt yg Hani ckp awal td tu silakan. Ini hanya pendapat yg berbeza. Yg paling penting, kita suma sayang our pets

Quote:
Originally Posted by hani14 View Post
june.. bukan kucing jer yang bertempiaran lari.. binatang2 lain pun berkelakuan aneh masa kejadian tsunami tu..

bagi orang kekampungan mcm saya ni june, akan beranggapan begitu. tapi bagi yang lebih professional seperti june.. mungkin tak berfikiran kolot mcm saya.
Reply With Quote
  #8  
Old 07-15-2010, 12:33 PM
hani14 hani14 is offline
PetFinder Guru
 
Join Date: Jun 2010
Location: Klang
Posts: 190
Rep Power: 14
hani14 is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hani14 Send a message via Skype™ to hani14
Default Re: Kucing ‘menangis’...

pendapat masing2 june..

yg penting kasih sayang kita terhadap haiwan tetap sama..
Reply With Quote
Reply

Bookmarks


Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
biak kucing. jual kucing kimping Health, Disease & Diet 74 07-28-2012 03:04 PM
Wajib tengok >>Video kucing terkejut ( try buat dengan kucing anda) nurkasih Jokes & Funny Pictures 2 10-16-2010 04:07 PM
Gambar Kucing-Kucing Yang Lucu naq1989 Cat TV and Photos 0 11-11-2009 06:15 AM


All times are GMT +8. The time now is 04:35 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.
 

Main Site
Home
Advertising
Sponsored Listings
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Freebies / Starter Pack
Report Animal Abuse
Contact Us
Facilities
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Pet Food, Toys & Products
Cuteness Meter
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
FurryCards
Mobile
iPhone & iPod App
Android App

Social Media
Facebook
Twitter
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Online Store
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my. All rights reserved.