PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   General Discussion (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=13)
-   -   Jiran Yang Kejam (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=3949)

Pak Lubis 01-22-2010 11:18 PM

Jiran Yang Kejam
 
Oleh kerana seekor kucing (bukan kucingnya) telah memakan anak ayamnya, jiran saya membuang kucing tersebut ke tempat lain.
Sehari selepas itu saya kedengaran suara anak2 kucing di belakang rumahnya yg kebetulan bertentangan dengan belakang rumah saya. Saya memberitahu jiran tersebut dan kami sama2 mencari dan menjumpai empat ekor anak kucing yg dianggar berumur antara 7 hingga 10 hari kerana tali pusat sudah tanggal dan mata telah terbuka tetapi jalannya masih tidak stabil.
Saya berpendapat anak2 kucing ini adalah anak pada kucing yg dibuangnya pada hari sebelumnya.
Dia mula mengambil guni untuk membuang anak2 kucing itu. Alangkah kejamnya.. Sehari sebelum buang ibunya dan sekarang anak2nya pula nak dibuang.
Dengan penuh rasa simpati saya menawarkan diri utk mengambilnya. Leběh baik anak kucing tersebut saya jaga dari dibuang tak menentu.
Saya hanya bertawakal kerana ramai orang kata kucing baru lahir tanpa ibu agak susah untuk hidup lama.
Hari pertama dan kedua saya beri anak2 kucing ini dgn susu kambing yg dibeli.. Mahalnya .125ml.. 5 ringgit dan 2 syringe percuma.
Ini hari saya beli susu tepong khas utk anak kucing untuk diberi pada kucing2 pada esok hari kerana stock susu kambing telah habis.
Harap semua PF member mendoakan supaya anak2 kucing tsbt panjang umur. Saya akan buat sebaik mungkin utk menjaga dan seterusnya ditawarkan utk diadopt

Suhaimy 01-22-2010 11:34 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Aduh! Dia buang camtu je ke Pak Lubis? Tak ada akal ke org tu? Kalau ya pun tak nak anak2 kucing tu, kasi la kat sapa2 ke dgn ibunya sekali. Kenapa buang asing2? Mcm2 la org ni. Harap Pak Lubis jaga baik2 & kalau tak mampu nak jaga nanti, Pak Lubis iklankan je la utk adoption. Semoga kittens tu ok2 je nanti {happy}

Pak Lubis 01-22-2010 11:56 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
kalau ikutkan mmg saya tak terjaga. 5 kucing dah sedia ada .. Nampaknye kucing yg sedia ada mcm jeles je.. Bila saya dekat dgn mereka .. dia orang lari.. Atau mungkin bau anak kucing dah lekat pada badan saya .. Mungkin mereka tak suka.
Dia org nampak saya bnyk tumpukan pada anak2 kucing tu,

Amirahd 01-23-2010 12:33 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
pak lubis nak susu kambing? mira boleh try tgk dkt kebun bpk mira , if ada nak ? selalu nya ayah jual 1L 15ringgit.

Pak Lubis 01-23-2010 12:49 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
kalau di klinik 5 rgt .. 125 ml .. Kalau 1litre .. 40 rgt ..
Mcm tu bapak Mira punya susu kambing lagi murah..
Boleh lah Mira .. Tapi kebunya kat mana?

Amirahd 01-23-2010 01:08 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Quote:

Originally Posted by Pak Lubis (Post 75453)
kalau di klinik 5 rgt .. 125 ml .. Kalau 1litre .. 40 rgt ..
Mcm tu bapak Mira punya susu kambing lagi murah..
Boleh lah Mira .. Tapi kebunya kat mana?

kebun nya dkt ulu langat, nnt mira tgk ada lagi tak susu kambing. kalau ada, mira suruh ayah bawak blk . nnt tgk lah , mira hantar or pak lubis ambik ke? boleh?

Pak Lubis 01-23-2010 01:36 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Quote:

Originally Posted by Amirahd (Post 75454)
kebun nya dkt ulu langat, nnt mira tgk ada lagi tak susu kambing. kalau ada, mira suruh ayah bawak blk . nnt tgk lah , mira hantar or pak lubis ambik ke? boleh?

Mira antar atau saya ambik .. Mana2 pun boleh.. Mira kat mana.?.. UPM atau UKM atau UM.?

naq1989 01-23-2010 12:26 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
pak lubis,ok ke kalau bg susu kambing?kenapa tak bg susu tepung yang untuk kitten je?

Pak Lubis 01-23-2010 03:02 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Quote:

Originally Posted by naq1989 (Post 75464)
pak lubis,ok ke kalau bg susu kambing?kenapa tak bg susu tepung yang untuk kitten je?

Susu kambing sesuai untuk kucing .. Susu lembu buatkan anak kucing cirit birit nanti takut anak kucing dehydrated.. Satu lagi susu yg sesuai ialah susu arnab.. Ia hampir menyamai susu ibu kucing.. Tapi mana nak dapat..
guna susu kambing ialah pada masa tersebut keadaan terdesak dan hanya boleh dpt susu kambing saje.. Lepas tu beli susu tepung utk anak2 kucing..

Amirahd 01-23-2010 09:59 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
paklubis, maaf, buat masa ni, susu kambing tgh tak available. bila ada nnt mira bagitau ye. maaf.

Pak Lubis 01-23-2010 10:05 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
ok no problem.. Saya sekarang bg susu tepung...

Pak Lubis 01-23-2010 11:22 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
1 Attachment(s)
Inilah anak2 kucing yg saya jaga kerana ketiadaan ibu. Nampaknya anak2 kucing ini sihat. Harap ia berterusan. Hari ini saya mulai beri susu tepung. Tak larat nak beli susu kambing yg dijual diklinik haiwan ditempat saya.
Cuba pakai botol susu tetapi anak2 kucing tak pandai nak isap malahan mereka hanya mengigit puting. Pakai syringe lagi mudah..
Muga tiada apa berlaku pada anak2 kucing ini.

sillylupie 01-23-2010 11:39 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
I've seen before a tepung susu kambing in a pharmacy - not sure if that will be suitable too?

Kittens look sad but with god's grace, you found them. Bless them.

Pak Lubis 01-23-2010 11:51 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Yes .. The cat look sad.. And always sad when i am feeding them.. Crying like mad.. I hope they are still ok for the next 2 months.
Intend to offer for adoption. They are only DSH and the color pattern is not tht attractive. It is not a favourite kitten to be adopted.

kuntum 01-24-2010 12:47 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Syukur ada Pak Lubis selamatkan anak2 kucing tu...kesian saya tengok {cry}{cry}{cry}Mana tahu berkat ikhlas Pak Lubis jaga/bela sementara put up for adoption, rezeki makin murah.

Tak pe Pak Lubis, mungkin bagi org potential adopters tengok anak2 tu cantik2, kan. Tak pe bila dah ready for adoption, snap gambar lawa2/comel2, Insya-Allah, adalah rezeki budak2 tu....

Pak Lubis 01-24-2010 01:42 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
moga diizinkan tuhan..dapatlah org mengambilnya selepas dia berumur 2 bulan. Saya tak berdaya nak terus bela dia kerana saya telah mempunyai 5 ekor kucing..

Mia_Katz 01-24-2010 01:50 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
alhamdulillah terbela juga nasib anak2 bulu 2... murah rezeki abang, jaga depa walaupon sementara...insyallah nanti ade lah orang2 yang baik hati adopt depa.
abang jaga lah depa semampu yang mungkin, yang lain2 terserah lah pada NYA..

sampai hati jiran abang 2 buang mak depa...

Pak Lubis 01-24-2010 02:11 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Quote:

Originally Posted by Mia_Katz (Post 75509)
alhamdulillah terbela juga nasib anak2 bulu 2... murah rezeki abang, jaga depa walaupon sementara...insyallah nanti ade lah orang2 yang baik hati adopt depa.
abang jaga lah depa semampu yang mungkin, yang lain2 terserah lah pada NYA..

sampai hati jiran abang 2 buang mak depa...

Jiran tu mungkin tak tahu kucing tersebut beranak di stor rumahnya. Tambahan lagi kucing tu adalah kucing pendatang.

Tu yg abg buat.. ambil dan jaga setakat yg termampu oleh abg.. Tu pun siap ada argument dgn isteri.. Isteri mmg tak suka sgt kucing ... Apa nak buat ..abg tak sampai hati tgk anak kucing terjerit2 dgn kuat dan jalan mengigil2 seolah mencari ibunya yg hilang... Mungkin kelaparan sgt.. Kesian betul.

Pak Lubis 01-24-2010 08:32 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Hari ini kucing nampak aktif . Dah pandai memanjat keluar kotak . Jalan masih tidak stabil. Kencing banyak dan surat khabar yg dialas tak mampu nak serap dgn cepat. Kena guna kertas yg mampu serap air dgn cepat.. Kalau tidak mereka akan berenang dlm air kencing. Ada yg dah mula pandai 'melepas'.

Setiap kali anak kucing menjerit kena buat susu.. Macam jaga anak kecil.. Tetapi saya puas hati jeritnya akan hilang lepas bg susu..dan seterusnya membiarkan mereka bermain antara mereka.

Harap begini pada hari yg mendatang..

azraf 01-25-2010 01:03 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Comel, comel! Macam mana la orang boleh buang...

Pak Lubis 01-25-2010 10:48 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Quote:

Originally Posted by azraf (Post 75586)
Comel, comel! Macam mana la orang boleh buang...

Orang tu dah buang ibunya tapi belum sempat dpt buang anaknya kerana saya tahan.. Kalau dia buang anak nya tentunya tak hidup lama .. Saya harap dia dpt hidup dalam jagaan saya.. Tetapi dari segi fisikal nampak sihat.. Dah boleh bermain antara dia..
Kalau cam ini saya boleh offer utk adoption dalam tempoh 2 bulan lagi.

anitayusof00 01-29-2010 08:53 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Bravo Pak Lubis for the good deeds {good}{victory}
Semoga Allah murahkan rezeki Pak Lubis di atas keperihatinan Pak Lubis tu.
Just imagine, klu Pak Lubis tak tahan dengan tangisan anak2 kucing tu, imagine camner menggelupurnya ibu kucing tu mencari2 anak2nya. Kesian....

Pak Lubis 01-29-2010 09:54 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
[QUOTE=anita
Just imagine, klu Pak Lubis tak tahan dengan tangisan anak2 kucing tu, imagine camner menggelupurnya ibu kucing tu mencari2 anak2nya. Kesian....[/QUOTE]
Anita ... Ibu kucing mmg dah dibuang jauh oleh jiran saya sebelumnya. Tangisan anak kucing tidak akan didengar olehnya. Hanya saya tak tahan mendengarnya dan amat kasihan dgnnya. Saya tidak punyai pengalaman utk membesarkan anak kucing yg baru lahir ketiadaan ibu tetapi saya cari maklumat melalui forum dan surfing diinternet.
Ayah saya sendiri mengatakan saya membuat perkara tak berfaedah. Saya hanya kata ' tidak berfaedah mungkin didunia, tetapi di akhirat banyak faedah pada saya '. Isteri pula memang tak sukakan kucing.
Cuba bayangkan bagaimana saya menghadapi cabaran untuk membela anak2 kucing..

angelicdevil 01-29-2010 10:16 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
kesian...
xpe pak lubis.. dorg or org2 lain nk ckp ape, pak lubis senyum je..
jnji pak lubis tahu ape yg pak lubis buat..
n believe in it..

gabriel 01-29-2010 12:04 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
gud effort by u..anyway lubis..any pic of them ??plzz post them here..i believe others want to have a look at them..{cool}

Pak Lubis 01-30-2010 01:24 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
want pic ? I think i have..but the kitten is just ordinary dsh..not the kitten tht are popular in name or hv unique face or hair. Without having that characteristic i may be having a tough time finding an adopter. In the end i will have to keep the kitten by myself.

Pak Lubis 01-30-2010 01:38 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
3 Attachment(s)
here is the latest photo taken on 27th January 2010.. They are cute .. Isn't it ?

luvnett 01-30-2010 02:31 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Quote:

Originally Posted by Pak Lubis (Post 76018)
here is the latest photo taken on 27th January 2010.. They are cute .. Isn't it ?

comel2 ni pak lubis.. mesti akan ada yg nak adopt nanti..

kuntum 01-30-2010 12:20 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Comel nye kucing2 tu, Pak Lubis...!!! {high}

Sapa kata tak de org nak..Insya-Allah, mesti ada. Belum cuba belum tahu Pak Lubis...silap2 bila ada yang tengok diorang ni, dah ada org booking dah...

Pak Lubis 02-05-2010 07:52 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Salah seekor dari 4 ekor anak kucing yg ketiadaan ibu tsbt telah mati kira2 lepas sembahyg jumaat.

Dimanakah silap saya.. ?. Susu saya beri, cage saya bersihkan.. Apa lagi yg saya tak buat.?

Malahan duburnya pun dimassage dgn putik kapas untuk stimulate kan pembuangan najisnya. Saya tak beri pun makanan lain selain dari susu.

Yang mati tersebut terdapat kesan darah di duburnya. Adakah ia berpunca dia tidak dpt membuang najis?

Saya sudah cuba buat yg terbaik tetapi tak tahu berapa ekor lagi akan mati. Nampaknya ada 2 ekor lagi yg tidak berapa aktif.. Pabila saya massage lagi tempat anunya tu .. Mereka jerit2 macam kesakitan . Adakah ini puncanya..
Mudah2an ada org dapat bntu saya

simple 02-05-2010 09:03 PM

Re : Jiran yg kejam
 
Pak Lubis,

Agaknya susu tepung tak sesuai dgn anak kucing ker ?
Kucing2 saya pun DSH aka kucing kampung gak, tp bila diberi susu tepung, yg dewasa pun cirit. Mahal pulak tuh. Tak ingat brand apa. Sampai skrg saya tak beri susu tepung lagi. Hanya sekali sekala saya beri susu cair utk kcg yg dlm kotak tuh. Harga dlm RM7.50 sekotak, beli 3 kotak free 1.
Saya pun tak pandai dlm penjagaan anak kucing. Bagi saya, bila ada sikit pun yg tak kena dgn budak2 kecil tuh, saya akan segera jumpa vet. Habis duit di situ laa. Lega bila dia org dah besar.
Harap anak2 kecil Pak Lubis tuh akan sembuh & sihat.

Pak Lubis 02-05-2010 09:11 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
masaalahnya anak kucing2 tu tak 'melepas'. Adakah mungkin ini jadi penyebab salah se ekor tu mati.?

azraf 02-06-2010 02:24 AM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Alahai, comel sangat...

Pak Lubis 02-06-2010 12:09 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Setelah 2 minggu menjaga 4 ekor anak kucing yg ketiadaan ibu semalam seekor anak kucing mati dan hari ini, mati lagi 3 ekor.

Beberapa persoalan bermain difikiran saya. Antaranya.
1. Adakah kematiannya kerana silap penjagaan oleh saya yg kurang berpengalaman dalam menjaga anak kucing yg baru lahir..? Contoh..
a) susu tepong tidak sesuai,
b)air susu masuk ke paru paru
c)anak kucing terlalu lama tidak membuang isi perutnya (berak)
d) tiada 'colostrum' iaitu anti body yg hanya terdapat pada susu ibu kucing.
c) atau kesemua diatas dan lain hal yg tidak dinyatakan diatas

2. Mungkinkah kematiannya adalah disebabkan penyakit kerana terdapat kesan darah pada alat pembuangan najis mereka.

Memang ramai orang termasuk seorang Vet kenalan saya mengatakan yang peluang saya untuk membesarkan kucing2 tersebut amat tipis. Walau bagaimana pun katanya buatlah yg terbaik.

Saya sudah jaga nya dgn baik walau pun mungkin tidak yg terbaik. Air mata berlinang ketika saya menggali lubang utk menyemadikan 3 adik beradik tersebut sambil memohon ampun pada Allah jika kematian mereka adalah berpunca dari saya.

Suhaimy 02-06-2010 01:05 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Pak Lubis, dr apa yg Pak Lubis ceritakan sblm ni, sy simpulkan Pak Lubis dah buat yg terdaya. At the first place kalau Pak Lubis tak kutip pun kittens tu, sah dah mati hari pertama, kedua tu. Sy sendiri pernah kutip kittens yg org buang yg br lahir 2, 3 hari. Dah bawa pergi vet, dah tanya kwn2 yg pakar, dah jenuh google cara penjagaan, duit habis tak payah cerita tp tetap mati juga kerana tak akan sama susu & penjagaan ibu kucing dgn kita. Tak apa la Pak Lubis. Move on je la. Semuanya kehendak-Nya. Terima je dgn hati lapang {happy}

kuntum 02-06-2010 01:26 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Alahai..sedih nye bila kitten mati..semua pulak tu...

Pak Lubis dah lakukan sedaya yang boleh dah Pak Lubis. Saya tahu Pak Lubis rasa terkilan tapi memang dah ajal...rezeki diorang dgn Pak Lubis setakat tu je...

Betol kata Bro. Suhaimy tu...be strong okay...

adamyala 02-06-2010 02:28 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Salam Pak Lubis,
Jgn la rasa terkilan. Memang mcm tu la dugaan yg kita kene tempuh sebagai rescuer. Saya sendiri pun belom pernah berjaya selamatkan anak kucing yg umur bawah dua minggu. Mula mula nampak ok, dah gemuk, kuat minum susu yang saya kasi, pastu tiba2 mati. Mungkin durg kene jangkitan usus kot, sebab minum susu yg kita kasi tu, tak sesuai dgn mereka. Yang tiga minggu lebih ada la yg hidup. Seminggu kemudian mereka dah pandai makan wetfood.

Last week pun my dotter gi tengok surat, ada org letak anak kucing kat tepi letterbox. Siap dalam kotak lagi tu. Si kitten tu sekor je, berbunyi bunyi . Bwk naik atas, kasi susu. Tiga hari je hidup. Kene belajar lagi ilmu kucing ni. Masih belum khatam. {sweat}

Anyway, Pak Lubis...kita jgn give up ok. Nanti jumpa kittens, jgn risau nak bawak balik rumah, kasi perlindungan.

Pak Lubis 02-06-2010 08:23 PM

Re: Jiran Yang Kejam
 
Terima kasih kepada semua yg memberi sokongan moral kepada saya. . Nak kata saya tak terkilan, saya menipu diri sendiri. Sebabnya kerana minggu pertama saya bagi susu kambing, anak2 kucing nampak sihat (lihat gmbar saya postkan pada awal thread). Tetapi saya tukar kepada susu tepung untuk kucing kerana susu kambing susah nak dapat. Mula2 ok dan badan mereka sudah mula berisi.

Saya benar2 gembira kerana saya dah buktikan pada kawan saya si Vet tu saya berjaya menjaga kucing tersebut. Tetapi kemudiannya anak kucing seolah menolak susu diberi. .. Saya tak sangka penolakan tersebut menandakan ada sesuatu yg tak kena..

Harap menjadi satu pengajaran dan pengalaman pada saya buat masa2 mendatang .


All times are GMT +8. The time now is 11:41 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd.