![]() |
Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Ceritanya panjang, tidak tahu macam mana mahu singkatkan.
Aku bagi point. - ibu kucing ini selalu datang bertandang di rumah. kalau ada 24jam, 20 jam adalah di rumah aku dan 4 jam di rumah tuan dia. Anak-anak dia terabai. -2-3 hari lepas anak-anak dia ikut naik ke rumah aku di atas bukit jaraknya dalam 250 meter. - keadaan mereka agak menyedihkan, semacam tidak terurus. Terasa rangka dan perut buncit. Sedangkan ibu mereka spesis DMH dan anak-anaknya ada yang menjadi DLH. - Rumah tuan dia byk kucing. ada dalam 15 ekor. belum termasuk emak mereka ini yg sedang bunting dan seekor lagi kucing betina tunggu hari sahaja. - kucing-kucing tidak di bawa ke jabatan haiwan. tidak di dewormed. tidak di aksin dan tidak mendapat rawatan sewajarnya. - tuan mereka tidak mahu spayed/neuter. - aku berjaya pujuk tuan dia untuk beri adopt anak-anak kucingnya. Alasan aku `Kawan saya ramai mahu kucing`. Pandai-pandai saja aku, sedangkan sebetulnya, aku mahu mereka mendapat tuan yang bukan hanya tahu membela tapi tahu menjaga kebajikan mereka. Jadi, ada 6 ekor anak kucing yang di buka untuk adoption. Mereka ini semuanya jenis DMH dan ada yang DLH tapi keadaan mereka yg tidak terurus buat kecantikan sebenar tidak kelihatan. http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/t7-3.jpg Kucing A. Aku sudah adopt 2 hari lepas. DLH. Kurus dan perut buncit dan kutu bersepah. Aku sudah bawa ke *et! http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/t6.jpg Kucing b. Warna hitam putih. Anak sulung rasanya dari 4 beradik sebab badan dia lebih besar. :)) http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/t5.jpg Kucing C. Yang ini dari pandangan mata aku jenis DLH sebab bulu dia lebat dan panjang. Tapi keadaan amat daif. :(( Kucing D aku tidak sempat ambil gambar. warna kelabu + putih. Kucing A,b , C dan D adalah adik beradik dan ibu mereka di bawah ini. http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/s5-2.jpg Dua ekor lagi juga pasangan adik beradik. http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/i3-6.jpg Kucing E http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/i6-4.jpg Kucing F Gambar kucing E dan F adalah gambar lama bertarikh Mei 2010.Sekarang emak mereka baru beranak lagi kira-kira seminggu yang lalu. :)) Aku harap sangat ada yang sudi adopt mereka. Tuan kucing ini bukan orang berada tapi mereka amt sayangkan kucing cuma tidak tahu penjagaan rapi sahaja. Kucing yang sepatutnya membesar dengan sihat dan cantik jadi sebaliknya. Sesiapa yang berminat atau ada sebarang pertanyaan boleh emel kepada aku di mylosermind@yahoo.com Lokasi kami adalah di Negeri Melaka. Cerita lanjut boleh di baca di sini. http://myqza.blogspot.com/2010/08/si...ah-makcik.html Terima kasih. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
salam.. tediber... kesian nya saya tengkok kucing2 ni.. memang terserlah fizikal mereka nampak menyedihkan, kurus dan tak terurus. saya berminat nak adop jenis DLH atau DMH tapi owner dia bage ker? dah sebulan saya cari jenis ni untuk gantikan tempat anak saya si boboy (kucing DLH) yang dah mati. bukan saya memilih yang jenis bulu panjang tapi jenis DSH saya dah ada sepasang yang saya adopt dari sabak bernam. dalam sebulan ni dah hampir 10 owner yang offer nak let go saya call tapi semua dah di jual. harap sangat tediber boleh jadi orang tengah untuk saya. dua tiga ekor pun tak apa saya berbesar hati kalau dapat adopt. any news please telephone / sms saya 017-2350515 (aizat).
|
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
|
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
cik tedi,
serba salah pulak tak jadi ambil salah satu dari diorg ni.. {cry}{cry}{cry} Harap2 ada yg baik hati dapat beri rumah baru kt diorg yg comel ni. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
Mungkin tuah mereka ada dgn orang lain. tak dapat nak bayangkan macam mana mereka akan terima lebih kurang 8-9 adik-adik baru dlm masa 2-3 minggu lagi. masing-masing tunggu hari bersalin. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
sian dorang nie..... kucing stray yg i jaga lagi gemuk dr dorang nie.... kalau DMH/DLH mesti ramai yg nak adopt.. insyallah akan jadi cantik mcm Neem jaga si Ton Ton... :)
|
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
Terima kasih. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
tedi
sedeynya tengok keadaan mereka semoga mereka semua mendapat penjagaan yang sempurna. comel bangat mereka semuaaa {muacks}{muacks}{muacks}{muacks} |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
teddy...
comel semuanya tapi kak zai risau .... takut jatuh ke tgn org tak bertanggungjawab nanti mereka jadi 'kittens mills' {cry}{cry} mudah2an mereka dpt mama & papa yg bertanggungjawab |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
|
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
ada itu, bila tengok DLH terus mahu adopt tapi tiada pengalaman. Tidak bolehlah sebab kucing ini perlu penjagaan rapi dari mereka yang arif. :)) kalau kucing yang sudah besar panjang dan gemuk tiada masalah. :)) |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Aiseh, Melaka..... kalau kat K.L dh lama catnap sekor! Kesian lak kalau bwk dlm keta from Melaka - K.L, dah la sure 1st time naik kereta, drive jauh lak tu, sure takut + tertekan gile nye. :(
|
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
yup. aku aku di Melaka. :)) |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
kebetulan mereka datang bertandang lagi. foto-foto terbaru akan di kemaskini. :))
|
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
Zai, Gee pun skrg rasanya dah dpt tangkap org yg berciri sebegitu. Geram ni.. Harap2 bukan lah. MAsih dalam siasatan{angry} |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Kemaskini gamar mereka. :)) http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w7.jpg Kucing B http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w6.jpg Kucing B Budak ini cantik. Badan Berisi. {good} http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w2.jpg Kucing C. Bulu panjang. {good} http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w5.jpg Kucing D http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w8.jpg Kucing D. Kelabu + putih {good} http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w9.jpg Emak mereka.Bukan untuk adoption .{shy} http://i190.photobucket.com/albums/z33/tediber/w4.jpg Mereka sekeluarga menjamu selera di rumah saya. {grin} Adoption masih di buka untuk ketiga-tiga anak kucing . Terima kasih. |
Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
isk!! sayu ati akak nengok kucing ni.kurus dan tak terurus pdhal cantik klu dijaga betul betul. {cry}{cry}
|
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
emak dia bunting lagi. Ada seekor di rumah tuan dia bunting. dan seekor lagi baru beranak. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Ala, kesian nye tgk diaorg.
|
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Salam Semua,
Adakah kitty nie still up for adoption... Kalu masih ada plz pm I yer.... Yatie minat sgt..... boleh sms atau call 0192463029 Thanks |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Admin,
boleh tutup thread ni? 2-3 orang yang tanya pasal anak kucing, semuanya mereka yang tidak boleh di percayai hasil dari bantuan rakan-rakan yang beritahu. Sedih juga, bila kita beria-ia melayan emel sudahnya mereka hanya mahu mengeksploitasikan anak kucing sahaja. Anak-anak kucing masih bersama tuan mereka. Minta tolong tutup thread ini. Terima kasih. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
Yang merebut kittens yg Tediber kutip tu pun ramai yg sebenarnya adalah "potential kitten millers". It will never end selagi terdapat manusia kejam dan tamak $$. The only effective thing you can do, Tediber, is to jaga hingga sampai umur dan kembirikan sebelum diberi utk adoption. Even though you cannot do much to end the huge vicious cycle, neutering before offering for adoption is the ONLY way. It will cost you, but the poor cats/kittens will be eternally grateful to you. Walaupun mereka janji akan neuter, don't ever believe any of them! Kebanyakan tak buat punyer, seribu satu alasan akan diberi nanti padahal there was never any intention to do so. If you really care for the cats/kittens, you should find a way to neuter all of them. Pastu tak offer utk adoption pun tak aper, you just feed them every day outside your house. Practise TNR. The cats/kittens will be even happier and less stressed sebab mereka memang dah biasa dengan kawasan sana and cats are territorial. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
Jangan salah faham. Rumah tu bukan tempat buat anak kucing kemudian jual. BUKAN! Mereka tidak pernah menjual anak kucing. Mereka hanyalah warga emas yang tinggal di kampung yang berumur 80-90an yang sukakan kucing tetapi tidak tahu penjagaan yang betul. Mereka tidak mahu kucing mereka di neuter/spayed kerana kasihan. SIla bayangkan mentaliti warga emas yang sudah lanjut usia. Sifat dan rasa kasihan membuatkan mereka tidak mahu memandulkan kucing. Saya cuma kasihan bila anak-anak kucing itu tidak terurus. Kurus dan nampak tidak cantik. Sayangnya mereka yang mahu adopt itulah yang kitten millers. Tidak sanggup mempertaruhkan budak-budak itu. Jadi saya rasa iarlah mereka kekal dengan tuan mereka. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
Saya paham benda ni. Utk warga emas(termasuk mak ayah saya), spay adalah haram(walaupun fatwa dah mengatakan harus jika mendatangkan kemasylahatan). Pada mereka, spay is like we are taking animals right to live their life. for them menjaga kucing adalah sekadar bagi makan, bagi minum. Kalau bawak jumpa doctor buat pemeriksaan darah, vaccine, deworm, buang kutu bla..bla..bla.. adalah satu pembaziran. {cry} Paling mencabar untuk suruh mereka memahami cara penjagaan yang baik yang kita-kita dalam PF amalkan ni. {ohmygod} *tepuk kepala. |
Re: Anak kucing DLH, DMH dan DSH yang tidak terurus! Please Adopt Them!
Quote:
Maybe I am dumb tetapi saya kurang faham bagaimana perkataan "kesian" kepada kucing boleh digunakan memandangkan kucing-kucing sediada pun tidak terjaga dantidak terurus tetapi masih membiak hingga menimbulkan masalah kepada kucing dan juga orang lain. Mesti orang lain tidak senang hati melihat kucing-kucing banyak ini yg kian rupa. Apa yg sebenarnya mereka kesian mengenai pengembirian? Bahawa kucing kehilangan nafsu utk hubungan sex mengikut alasan yg diberi oleh setengah orang? Adakah kenikmatan/kepuasan ini lebih penting daripada sengsaraan yg dihadapi oleh mereka dan juga anak-anak mereka? Makanan sempurna pun tak mencukupi, kesihatan terjejas dan penuh kutu/cacing? Bahagia ke hidup macam ni berbanding dengan pengembirian? Kalau besok orang ramai komplen dan kucing-kucing semua ditangkap bunuh itu tak kesian ke? Aku tak tahu la, surrender aku dengan manusia yg otak semacam nie ... kalau betul dan benar rasa kesian, buat lah yg baik dan betul (utk kucing, bukan utk diri sendiri). {victory} |
| All times are GMT +8. The time now is 07:00 AM. |
Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd.