PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Rescuers & Fosterers (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=14)
-   -   Syak sesuatu yang tidak baik (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=4753)

juannasue 08-18-2010 05:54 PM

Syak sesuatu yang tidak baik
 
Salam semua, sudah dua bulan saya syak guard di tempat tinggal saya tidak jujur, saya perhati mereka ada kandang kucing di belakang guard house. Setiap kali ada kucing di dalam kandang saya akan bertanya dan ini kali ke tiga saya mendapat jawapan yang berlainan dari guard - guard yang berbeza. Soalan saya " apa awak buat dengan kucing-kucing yang awak tangkap?"

Jawapan guard pertama "nanti ada orang dari tempat kucing datang ambil". Saya suruh dia letak makanan dan minuman kerana sudah dua hari saya lihat kucing itu dalam kandang kelaparan. Tetapi malam tu saya balik saya lihat kucing tu dah di keluarkan. hmm.. pelik.

Jawapan guard kedua "itu kucing awak kah?" selepas itu dia gelak, ok tak mengapa la mungkin dia tak faham cakap bahasa Malaysia.

Jawapan guard ke tiga pula "kami akan hantar tempat kucing di Ampang." Bila saya tanya " awak hantar SPCA?" dia jawab " tak, kami buang saja."

Jawapan itu membuatkan saya sudah tidak percaya langsung. Kucing yang saya nampak itu kucing PERSIAN, mana mungkin kucing liar sebab bila saya bising guard tu lepaskan semula, kucing tu tak takut dah tak lari ke mana pun jadi sudah tentu dia sesat.

Hari ini saya nampak kucing baru, kali ni saya tak peduli saya balik ambik carrier dan saya pergi ke guard house saya kata awak bagi saya kucing - kucing yang awak tangkap. Mula-mula tak di endahkan tapi saya berdiri tetap bawah hujan lebat. Saya tunggu hingga akhirnya dia serahkan kucing tu.


Saya bukan la mampu nak selamatkan kucing nak bagi makan semua tapi saya tak sanggup lihat kucing-kucing itu jadi MAKANAN oleh bangsa luar. Ini dari pengalaman saya di Melaka dulu dua kucing siam saya di curi dah di makan oleh orang Vietnam, anak jiran saya ternampak kulit kucing saya dalam plastik sampah mereka lalu terus sejak itu saya tak percaya kalau guard bangsa luar yang tangkap kucing guna alasan Management suh buang.

juannasue 08-18-2010 07:03 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
kucing yang pertama saya selamatkan hari ni, masih basah bulu akibat di letak dalam kandang yang tidak ada cover. umur mungkin dalam lingkungan setahun. Ekornya agak kembang tapi tak berapa kelihatan sebab bulunya yang basah. Manja,cuma agak takut sebab dalam rumah saya ada 10 ekor kucing yang 'busybody' .Saya panggil dia "sayang", tak tahu nak letak nama apa {wink}



http://preview.shareapic.net/preview7/023201173.jpg

http://preview.shareapic.net/preview7/023201175.jpg

Kalau ada yang berminat, hubungi sue 012-650 9227

Adoption fee RM20, bukan untuk keuntungan apa pun cuma untuk makanan, rawatan kucing-kucing yang
akan saya bantu lagi.

Nur_illiyana 08-18-2010 10:45 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Hi juannasue,
Sebelum ni Furkids ada buat thread pasal bangsa asing yg jadikan binatang kesayangan kita ini sebagai makanan..
Minggu lepas masa dalam perjalanan balik dari pejabat, saya terserempak dengan seorang lelaki bangsa asing di roundabout, menunggang motosikal sambil mendukung seekor kucing warna oren.. terus terlintas pasal hal ni..
saya cuba patah balik tapi dah tak jumpa lelaki tu..
saya balik dengan harapan kucing comel tu tak dijadikan makanan..{cry2}{cry2}{cry}{cry}

sedih betul, tapi apa yang kita semua boleh buat??
orang Malaysia sendiri masih kurang kesedaran ke atas haiwan..

p/s:saya baru perasan awak tinggal seri kembangan, saya jumpe lelaki tu dekat roundabout pasar malam Lestari Perdana 7.. laluan ke Puncak Jalil..

juannasue 08-18-2010 10:54 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Nur, Sue sekarang dah pindah Pandan Indah dan guard yang duk tangkap kucing ni guard-guard di Grandeur Tower Condominium. Dulu waktu duk Melaka, sana ramai orang Vietnam yang kerja di Kilang. Rumah mereka senang aje kalau nak tahu tengok tanah depan mesti ada tanam sayur-sayuran. Jenis rajin berkebun, kemudian nak daging tangkap aje la kucing liar kucing belaan.. Memang jimat la mereka hidup sini makan macam tu, gaji penuh hantar balik kampung{angry}

anjeain 08-18-2010 11:40 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
salam sue... sy memang geram betul dgn kes macam ni. kat area saya pun ada kes macam ni. tapi dia orang makan anjing. saya cadangkan sue report pada syarikat security tu. gertak je klu dia buat lagi sue akan report pada polis. mesti dia orang takut. itu lah yang saya buat kat tempat saya. alhamdulillah anjing dah tak hilang lagi.

boy_milna 08-19-2010 12:31 AM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Quote:

Originally Posted by juannasue (Post 87188)
Salam semua, sudah dua bulan saya syak guard di tempat tinggal saya tidak jujur, saya perhati mereka ada kandang kucing di belakang guard house. Setiap kali ada kucing di dalam kandang saya akan bertanya dan ini kali ke tiga saya mendapat jawapan yang berlainan dari guard - guard yang berbeza. Soalan saya " apa awak buat dengan kucing-kucing yang awak tangkap?"

Jawapan guard pertama "nanti ada orang dari tempat kucing datang ambil". Saya suruh dia letak makanan dan minuman kerana sudah dua hari saya lihat kucing itu dalam kandang kelaparan. Tetapi malam tu saya balik saya lihat kucing tu dah di keluarkan. hmm.. pelik.

Jawapan guard kedua "itu kucing awak kah?" selepas itu dia gelak, ok tak mengapa la mungkin dia tak faham cakap bahasa Malaysia.

Jawapan guard ke tiga pula "kami akan hantar tempat kucing di Ampang." Bila saya tanya " awak hantar SPCA?" dia jawab " tak, kami buang saja."

Jawapan itu membuatkan saya sudah tidak percaya langsung. Kucing yang saya nampak itu kucing PERSIAN, mana mungkin kucing liar sebab bila saya bising guard tu lepaskan semula, kucing tu tak takut dah tak lari ke mana pun jadi sudah tentu dia sesat.

Hari ini saya nampak kucing baru, kali ni saya tak peduli saya balik ambik carrier dan saya pergi ke guard house saya kata awak bagi saya kucing - kucing yang awak tangkap. Mula-mula tak di endahkan tapi saya berdiri tetap bawah hujan lebat. Saya tunggu hingga akhirnya dia serahkan kucing tu.


Saya bukan la mampu nak selamatkan kucing nak bagi makan semua tapi saya tak sanggup lihat kucing-kucing itu jadi MAKANAN oleh bangsa luar. Ini dari pengalaman saya di Melaka dulu dua kucing siam saya di curi dah di makan oleh orang Vietnam, anak jiran saya ternampak kulit kucing saya dalam plastik sampah mereka lalu terus sejak itu saya tak percaya kalau guard bangsa luar yang tangkap kucing guna alasan Management suh buang.

wah..ada juga ya orang makan kucing.{scared}alamak.tak sangka betul.guard yang tempat akak itu vietnam juga ke?boy tak boleh bayangkan macam mana la dia makan kucing..{ohmygod}

boy_milna 08-19-2010 12:33 AM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Quote:

Originally Posted by anjeain (Post 87205)
salam sue... sy memang geram betul dgn kes macam ni. kat area saya pun ada kes macam ni. tapi dia orang makan anjing. saya cadangkan sue report pada syarikat security tu. gertak je klu dia buat lagi sue akan report pada polis. mesti dia orang takut. itu lah yang saya buat kat tempat saya. alhamdulillah anjing dah tak hilang lagi.

alamak kak makan anjing pon ada ke?{ohmygod}kenapa la selera pelik-pelik diaorang ini.{cry2}

juannasue 08-19-2010 08:07 AM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Ala boy , di ada negara yang penduduknya makan anjing biasa aje tu siap jual di pasar lagi puppy untuk di makan. pernah tengok dokumentari dulu, tunjuk lepas pilih puppy bawak balik ke dapur then sembelih. terus akak migrain seminggu lepas tengok video tu (dulu mana ada cd, video tape aje hehehe).

sabtu nanti baru nak check dengan management, geram tak habis lagi. Si Sayang ni bulu cantik, bila peluk diam bila letak dalam kandang bising. Sian dia tak boleh nak lepas selalu nanti kucing-kucing akak yang lain marah pulak.

rawr2buny 08-19-2010 08:18 AM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Whoa, respect dekat akak, the cats saviour sungguh berani! {good} o_O7

ya Allah mereke-mereke ni dalam banyak benda kucing jugak yang jadi mangsa {ohmygod} Dulu nenek sha pun ada cerite, kucing die hilang lepas tu da cari punye cari tak jugak jumpe, last2 dalam 2-3 hari ternampak kulit kucing die tersidai kat ampaian jiran. 'berbudi bahasa' sungguh mereke2 ni! huh!

uuu kucing-kucing comel, kesian diorang. kalau sha mampu nak tolong adopt and bagi rumah penuh kasih sayang, tapi belum mampu lagi. {cry}

wake up people, save the cats and animals!! (macam bias je hehe) (>.<)9

azmyrax 08-19-2010 09:12 AM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Quote:

Originally Posted by rawr2buny (Post 87214)
Dulu nenek sha pun ada cerite, kucing die hilang lepas tu da cari punye cari tak jugak jumpe, last2 dalam 2-3 hari ternampak kulit kucing die tersidai kat ampaian jiran. 'berbudi bahasa' sungguh mereke2 ni! huh!
(>.<)9

kat tempat dia orang dah biasa dah tu. siap ada kilang bulu kucing dan anjing. cuba tengok ni, ni video pasal kekejaman mereka kat kilang bulu kucing. siapa yang tak kuat semangat, tolong jangan tengok video ni. saya pon tengok sekejap je, lepas tu saya dah loya tekak nak tengok. {cry}

http://www.change.org/petitions/view...ern_acceptance

alang-alang buka page tu, mari ramai2 sign petition juga {victory}

boy_milna 08-19-2010 02:01 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Quote:

Originally Posted by juannasue (Post 87213)
Ala boy , di ada negara yang penduduknya makan anjing biasa aje tu siap jual di pasar lagi puppy untuk di makan. pernah tengok dokumentari dulu, tunjuk lepas pilih puppy bawak balik ke dapur then sembelih. terus akak migrain seminggu lepas tengok video tu (dulu mana ada cd, video tape aje hehehe).

sabtu nanti baru nak check dengan management, geram tak habis lagi. Si Sayang ni bulu cantik, bila peluk diam bila letak dalam kandang bising. Sian dia tak boleh nak lepas selalu nanti kucing-kucing akak yang lain marah pulak.

ishk2.tak patutnya.
akak pegi je report.jangan dibiarkan.nanti makin naik kepala diaorang ini.{angry}
good luck! {victory}

boy_milna 08-19-2010 02:14 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Quote:

Originally Posted by azmyrax (Post 87215)
kat tempat diorang dah biasa dah tu. siap ada kilang bulu kucing dan anjing. cuba tgk ni, ni video pasal kekejaman mereka kat kilang bulu kucing. siapa yang tak kuat semangat, tolong jangan tengok video ni. saya pon tengok sekejap je, lepas tu saya dah loya tekak nak tengok. {cry}

http://www.change.org/petitions/view...ern_acceptance

alang-alang buka page tu, mari ramai2 sign petition juga {victory}

alamak lagi ganas. siap ada kilang. kat malaysia ada ke kilang macam ini?
ingatkan makan kucing je..rupanya siap ada kilang.{ohmygod}

p/s: petition ape ye?sorry baru lagi dalam obses dengan animal.{grin}

rawr2buny 08-19-2010 03:30 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
@azmyrax: NOOO tak nak tengok {cry} 1) im so lemah semangat 2) nanti nangis pulak di khalayak ramai ni hehe. hari tu dekat FB they spread the video kitten kena pijak tu, baca comment je dah bergenang air mata sha. isk isk. kejamnyee.

i signed the petition already! best of luck doggies (^0^)/ itu pun kejam, bertambah kejam bila saja nak bunuh diorang sebab diorang besar? OMG manusia manusia, makin rosak dunia ni.

@boy_milna: from ape yang sha dah bace, petition tu untuk bantah and stop pembunuhan anjing2 tak bersalah kat china. anjing yang besar melebih beberapa cm, anjing yang berkeliaran and few other keadaan akan dibunuh and owner anjing2 tu kena bunuh anjing diorang jugak. {sick}

something like that. STML* sha ni hehe. (*short term memory lost) {shy}

juannasue 08-19-2010 03:58 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
{cry}{cry}{cry} tak nak tengok video tu {cry}{cry}{cry}
karang tak pasal - pasal terus sakit kepala tak boleh kerja, sedih dengan keadaan kucing di rumah pun belum selesai kang tengok video tu ada jugak guard yang nak kena lepuk 6789 kali (kira nak lepas geram la ni ahaks~!)

azmyrax 08-19-2010 04:22 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Quote:

Originally Posted by juannasue (Post 87195)
kucing yang pertama saya selamatkan hari ni, masih basah bulu akibat di letak dalam kandang yang tidak ada cover. umur mungkin dalam lingkungan setahun. Ekornya agak kembang tapi tak berapa kelihatan sebab bulunya yang basah. Manja,cuma agak takut sebab dalam rumah saya ada 10 ekor kucing yang 'busybody' .Saya panggil dia "sayang", tak tahu nak letak nama apa {wink}


http://preview.shareapic.net/preview7/023201173.jpg

http://preview.shareapic.net/preview7/023201175.jpg

comel la kucing ni. macam kucing bela je. entah-entah pak guard tu main tangkap je buat lauk buka posa {scared}

nurkasih 08-19-2010 04:37 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Selalu yang rajin hilang nieh kucing yang gempal-dempal dan gemuk-gemuk.. dan yang percaya dengan orang ( senang tangkap)

farahkabun 08-19-2010 04:51 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Ish, kejam betul diorg ni. Kucing pun nak makan ke ?? Saya pun dah 2 kali kehilangan kucing. Kalau orang bela tak apa, jangan lah dibuat makan.

blackie007 08-19-2010 06:28 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
juannasue,

We understand and appreciate that you are doing a great job making an effort to rescue the cats from the security guard. However, it is against our Forum Rules and Guidelines to solicit for funds either in the public forum or via PM.

Quote:

13) No Solicitation Of Funds
You are not allowed to solicit funds or monetary contributions from other members of the community. This is to prevent people with malicious intent from taking advantage of our members and abusing the collected funds.

MidnightMaiden 08-19-2010 08:36 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Hi Juanna, it's a really noble thing you're doing, makin murah rezeki you.

Hi Blackie, I wasn't aware that Juanna was soliciting funds, I might've remembered the deleted portion wrongly, but I was under the impression that Juanna was asking for a minimal RM20 adoption fee if a person wishes to adopt the rescued cat, to help with expenses. If that is the case, then that's allowed, no? (Can't really remember the deleted portion though, so I might be mistaken) {victory}

blackie007 08-19-2010 10:50 PM

Re: Syak sesuatu yang tidak baik
 
Midnight Maiden,

Juannasue was asking for monetary help for each cat that she rescued, and that is soliciting for funds. This thread came under the admin and moderators' discussion and is not an action taken by me on my own.


All times are GMT +8. The time now is 02:24 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.