PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Cats & Kittens (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=25)
-   -   Bercuti : Tinggal Kucing di Rumah? (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=7411)

mrsawi 09-19-2013 12:07 PM

Bercuti : Tinggal Kucing di Rumah?
 
Salam semua...
tak pasti topik ini pernah dibincangkan sebelum ini atau tidak.
jika sudah pernah dibincangkan, harap maafkan saya, boleh tutup thread ni {victory}

saya ada sedikit persoalan...
kucing saya mmg tidak duduk dalam cage, 100% bebas berkeliaran dalam rumah.
sekali sekala dia akn mintak utk keluar rumah melepak, berekreasi... lps 1-2jam dia akn blk sendiri.

selalunya, hari2 akan tinggal dia bebas dlm rumah, pergi kerja jam 9am, dan kebiasaannya sampai rmh semula dah lewat malam, 10-11pm.

setakat ni takde masalah, dia pandai jaga rumah tak kotor, etc.

jadi persoalan saya, andaikata saya mahu pulang ke kampung utk tempoh kurang 1 minggu.

katakan balik kampung 3hari 3malam.
selamatkah untuk biarkan kucing saya bebas di dalam rumah?
tinggalkan makanan secukupnya, utk najis sediakan bekas lebih besar dari biasa yg secukupnya (biasa kucing saya buang najis sehari dalam 1-2kali saja)

jadi minta pendapat semua yg dh berpengalaman dalam dunia kucing ni beri pendapat.

terima kasih atas pendapat & pandangan semua {good}

izawanee 09-19-2013 12:52 PM

Re: Bercuti : Tinggal Kucing di Rumah?
 
Wsalam,

Ok je insya Allah. Saya dah biasa buat.

mrsawi 09-19-2013 02:02 PM

Re: Bercuti : Tinggal Kucing di Rumah?
 
tima kasih atas maklumbalas dari izawanee

tanak bawak balik bersama sebab kesian nnt kucing tu stress naik kereta + stress sampai kampung tak biasa dgn rumah di sana, maybe akan gaduh pula dgn kucing2 di sana + stress naik kereta balik semula KL... 3x stress tu... {shy}

lagipun balik tak lama, 2-3hari jer.
kalau bawa balik kampung, tak sempat hilang stress naik kereta hari pertama, hari kedua... hari ketiga dah nak stress smula naik kereta.

tapi nak tinggal risau takut kucing stress cari tuan dia lepas seharian tak balik2... {ohmygod}
atau ada masalah2 lain yg rakan2 tuan kucing pernah alami sebelum ni, blh la saya ambil langkah berjaga-jaga utk elakkan masalah tersebut.

Bard186 09-19-2013 04:52 PM

Re: Bercuti : Tinggal Kucing di Rumah?
 
ok je.. saya pernah juga buat...
paling lama tinggal 5 hari 4 malam..masa kucing ada 4 ekor..
sekarang ada 10ekor paling lama tinggal 3 hari 2 malam..

pastikan segala keperluan kucing cukup..makanan air dan litter

Casis 09-28-2013 12:30 PM

Re: Bercuti : Tinggal Kucing di Rumah?
 
sy blum pernah buat lagi. paling lama sy tinggal 2 hari aje. cuma yg sy risau tu pasal toilet dia. Anak2 kucing sy ni fussy, klu toilet dia kotor, diorg tak akan pakai..

so far, sy tak pernah hantar diorg pergi boarding. Majority boarding kat luar pakai cage.. kucing2 sy mmg tak penah duduk dlm cage.


All times are GMT +8. The time now is 01:15 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.