PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Cats & Kittens (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=25)
-   -   Kaedah kembiri atau memandulkan kucing didapati cara terbaik mengelakkan masalah pembuangan kucing. (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=8183)

hafeez hashim 05-20-2015 03:24 PM

Kaedah kembiri atau memandulkan kucing didapati cara terbaik mengelakkan masalah pembuangan kucing.
 
Kembiri, adoption elak kucing jadi mangsa buang



JOHOR BAHRU – Kaedah kembiri atau memandulkan kucing didapati cara terbaik mengelakkan masalah pembuangan haiwan itu disebabkan ia membiak dengan begitu cepat.



Presiden Kelab Kucing Malaysia, Khalid Rashid berkata, kaedah berkenaan turut diharuskan dalam Islam setelah kelab itu merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Jabatan Veterinar.



Katanya, kaedah itu perlu dilaksanakan bagi membanteras masalah pembuangan kucing sehingga menyebabkan haiwan berkenaan hidup di jalanan, malah ada yang mati disebabkan tidak mempunyai makanan dan berpenyakit.



“Selain kaedah kembiri, kita juga menggalakkan orang ramai mengambil kucing jalanan yang telah diselamatkan untuk dijadikan haiwan peliharaan mereka secara percuma melalui program adoption.



Khalid menunjukkan salah seekor kucing bagi tujuan adoption. “Kucing jalanan yang diselamatkan ini telah diberikan vaksin untuk memastikan kesihatannya terjamin daripada penyakit tertentu, termasuk kaedah kembiri bagi mengelakkania membiak sehingga dibuang,” katanya kepada Sinar Harian pada Program Pameran Kucing, di Perling Mall, di sini, semalam.



Menurutnya, sepanjang tahun ini, pihaknya telah menyelamatkan lebih 100 kucing jalanan dan telah diserahkan kepada keluarga angkat.



Sementara itu, Koordinator Stray Cats Rescue And Treatment Community Help (Scratch) Johor Bahru, Zamwati Abdillah berkata, anggaran kos yang ditanggung bagi merawat kucing jalanan yang diselamatkan mencecah RM400 seekor.

“Kita hanya menyelamatkan kucing yang tidak mempunyai tuan untuk diserahkan kepada yang berminat,” katanya.

sumber : sinar harian

EBOOK RAHSIA KUCING COMEL{wink}


All times are GMT +8. The time now is 10:03 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.