PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Training & Behavioral Issues (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=28)
-   -   perangai kucing waktu makan (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=6855)

reaicer 10-02-2012 01:01 PM

perangai kucing waktu makan
 
hi..saya nk tanya ttg habit kcg waktu makan. sy br adopt seekor persian umur 4bln.sy perhati kcg sy ni (puss) mcm picky la bab mkn.bila tanya owner ,dia ckp dia bg crackers kucing tp waktu km mkan mesti puss tu mengiau mcm minta2. then bila sy bg can food mkn skit pastu puss tu buat mcm nak timbus mknan je mcm waktu kcg nak tanam najis tu..apa mksud nye..puss tu xsuka mkn can food yg sy bg ke? dh try mcm2 jenama can food utk kcg dh.mkn skit then akan buat gaya nak timbus utk tanam je..xphm la..kalu crackers tu mmg kurang nk mkn..mcamane nak ajar puss ni mkn mknan kcg..dh tak tau nak beli jenama apa dah..

Meffy 10-02-2012 10:31 PM

Re: perangai kucing waktu makan
 
Hi reaicer,

Saya pernah baca artikel kat internet tentang kucing timbus makanan. That means dia mungkin tak suka makanan tu. Ada setengah2 kucing yang tak suka can food. Kalau owner dulu bagi kibbles (crackers), ikut je macam dulu. Letakkan kibbles dalam mangkuk lepas tu biarkan. Bila da lapar, mesti Puss akan makan jugak sebab tak ada pilihan lain. Buat masa ni jangan bagi wet food kalau dia tak suka. Kalau nak bagi wet food, beli jer soft pack whiskas dan bagi sedikit sahaja, simpan baki dalam peti sejuk untuk kemudian. Macam ni tak membazir sebab wet food cepat basi kalau biar lama2.

Reaicer juga boleh cuba minta pet shop for sample kibbles sebelum beli pek besar. Brand seperti Royal Canin atau Blackwood memang popular dan quality pun baik untuk kucing. Kadang2, kucing memang cerewet tapi bila dia da suka makanan tu, tak payah nak tukar2 lagi. {victory}

reaicer 10-03-2012 09:21 AM

Re: perangai kucing waktu makan
 
hi meffy,
thnks sbb reply msj sy. oo mksudnya xsuka. sy dah jumpa dryfood yg puss nak mkn,jenama pronature.tu pun kira ok dr xnak mkn langsung dryfood jenama lain. kalu jenama royal canin n blackwood tu kat sini xda jual.on request kena order baru ada sbb mahal... tp satu lagi yg saya notice even puss makan sikit je wetfood (slalu bg jenama whiskas khas utk kitten) mkn memang mkn tp then puss akan buat gaya nak tanam tu n kemudian najis puss jadi lembik..susah nak bersihkan sbb akan terkena tepi2 litterbox. kalu puss jus mkn dryfood jenama pronature ok je najis dia. sy dah konpius nak bg wetfood jenama apalagi yg puss suka makan.sy rasa mesti owner lama puss bagi dia mkan nasi campur ikan..xtau la.very picky eater la my puss..help me.

waveweaver 09-22-2018 12:02 AM

Re: perangai kucing waktu makan
 
Quote:

Originally Posted by reaicer (Post 101192)
hi meffy,
thnks sbb reply msj sy. oo mksudnya xsuka. sy dah jumpa dryfood yg puss nak mkn,jenama pronature.tu pun kira ok dr xnak mkn langsung dryfood jenama lain. kalu jenama royal canin n blackwood tu kat sini xda jual.on request kena order baru ada sbb mahal... tp satu lagi yg saya notice even puss makan sikit je wetfood (slalu bg jenama whiskas khas utk kitten) mkn memang mkn tp then puss akan buat gaya nak tanam tu n kemudian najis puss jadi lembik..susah nak bersihkan sbb akan terkena tepi2 litterbox. kalu puss jus mkn dryfood jenama pronature ok je najis dia. sy dah konpius nak bg wetfood jenama apalagi yg puss suka makan.sy rasa mesti owner lama puss bagi dia mkan nasi campur ikan..xtau la.very picky eater la my puss..help me.

Hi,
Sekiranya najis kucing awak lembik atau cair bermakna makanan kucing itu tidak sesuai utk dia. Najis kucing yg sihat sepatutnya solid tapi tidak lah sampai terlalu keras atau kering najis itu.
Kenapa nak kucing tuh makan wetfood? Jika dulu dia cuma biasa makan kibbles atau dryfood then teruskan ajer dengan dryfood. Jika nak juga kucing tuh makan wetfood then mulakan secara perlahan2. Campurkan sedikit wetfood ke dlm dryfood dia dan perhati samada kucing tuh makan atau tidak. Jika dia makan bagus lah dan buleh di tambah sedikit lagi jumlah wetfood pada waktu akan datang.


All times are GMT +8. The time now is 09:18 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2022, Jelsoft Enterprises Ltd.