PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Health, Disease & Diet (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=26)
-   -   Kucing menjadi gemuk selepas dimandulkan. Betul atau salah ? (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=8187)

hafeez hashim 05-20-2015 03:45 PM

Kucing menjadi gemuk selepas dimandulkan. Betul atau salah ?
 
Betul ke kucing akan menjadi gemuk selepas dimandulkan ?


Mitos mengenai kucing yang menjadi gemuk selepas dimandulkan antara yang menjadi perbualan dan persoalan pemilik dan pencinta kucing. Apabila kucing menjadi gemuk dan lebih membulat kita akan rasa kucing tersebut nampak lebih comel dan sihat. adakah mtos ini betul atau tidak ?



Ini kerana ada juga kucing yang tidak nampak perubahan dari segi fizikal walaupun selepas ia di mandulkan. Kucing yang dimandulkan secara asasnya memerlukan hanya 20-25% kurang kadar kalori pemakanannya berbanding kucing yang tidak dimandulkan.



Ini kerana kucing yang telah dimandulkan mempunyai kadar metabolisme yang rendah atau kurang berbanding kucing yang tidak dimandulkan.



Kesimpulan dari fakta ini ialah pemberian makanan kepada kucing yang dimandulkan ini sepatutnya dikurangkan berdasarkan kepada jumlah keperluan kalori makanan yang diperlukannya.



Jika sebelum dimandulkan kucing itu mempunyai jadual pemberian makan yang kerap dan jumlah kuantiti makanan yang banyak, jika rutin yang sama diberikan selepas kucing itu dimandulkan bermakna ianya telah mengambil makanan secara berlebihan dan ini menyebabkan ianya menjadi gemuk.



Contoh sebelum kucing itu dimandulkan, ia diberi makan sebanyak 6 kali sehari. Selepas ia dimandulkan ia hanya memerlukan 3-4 kali makan dalam sehari.



Jika selepas dimandulkan , kucing ini diberi dengan jadual makan yang sama maka sebenarnya kucing ini telah makan secara berlebihan dan menjadi gemuk.


ebook rahsia kucing comel {muacks}


All times are GMT +8. The time now is 11:29 AM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.