PetFinder.my

PetFinder.my (https://forums.petfinder.my/index.php)
-   Coffee Room (https://forums.petfinder.my/forumdisplay.php?f=20)
-   -   'Duta makhluk asing' nafi dilantik PBB (https://forums.petfinder.my/showthread.php?t=4889)

dog is my buddy 09-28-2010 05:41 PM

'Duta makhluk asing' nafi dilantik PBB
 
Hi All,
It was funny story about 'Duta makhluk asing' nafi dilantik PBB. Kalau ada Duta
'Duta makhluk asing' My Rusty just boleh masuk Facebook cari petfinder.my!

Kongsi Setelah 48 jam dinobatkan sebagai duta bumi pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing, Prof Datuk Dr Mazlan Othman akhirnya menafikan diberikan mandat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan itu.

"Ia kedengaran menarik, tetapi saya harus nafikannya," kata Dr Mazlan melalui e-mel kepada The Guardian.


Kelmarin, bekas ketua pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) itu menjadi tajuk berita utama di peringkat antarabangsa apabila dilapor dicadang sebagai individu pertama berkomunikasi dengan makhluk asing jika kehadiran entiti berkenaan berjaya disahkan secara saintifik.

Langkah memberi tanggungjawab itu kepada Mazlan, 58, dilaporkan selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Mazlan bagaimanapun hari ini berkata beliau akan terus bercakap tentang "objek yang hampir dengan bumi" dalam persidangan berkaitan daripada bertemu dengan makhluk hijau seperti manusia itu.

PBB juga hari ini dilapor turut menafikan rancangan melantik duta bagi tujuan itu kerana "kerja itu tidak wujud sama sekali", lapor BBC.

by malaysiakini

dog is my buddy 09-28-2010 05:55 PM

Re: 'Duta makhluk asing' nafi dilantik PBB
 
2 Attachment(s)
photo for Duta!

izwanbest 09-30-2010 01:44 AM

Re: 'Duta makhluk asing' nafi dilantik PBB
 
good for the ambassador looking for Alien, say hi on my behalf if u manage to find one


All times are GMT +8. The time now is 04:21 PM.

Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2024, Jelsoft Enterprises Ltd.