![]() |
kata orang tua-tua...
salam...nak tnye la..korang penah x dgr pasal org tua2 dulu ckp..klu seseorg tu dah kawen, tp lom ade anak lg, x elok bela kucing..lagi2 kucing yg dok indoor je ni..bole nyebab kan kiter susah dpt anak..dpt pon myb makan tahun..klu dpt pon, myb gugur..{scared} bukan pe..ibunda la ckp cz terbaca lak dlm magazine pa&ma..even Doc sakit puan pun akan tanye.."kt umah ade bela kucing x" (pengalaman kwn yg kene tnye dgn doc setelah keguguran) tolongla bg pendapat...{sick} |
Re: kata orang tua-tua...
|
Re: kata orang tua-tua...
Quote:
Ada juga ramai wanita yang tidak gugur anak dan ada membela kucing-kucing di rumah. Tetapi terdapat golongan besar wanita yg gugur anak tetapi tak ada bela kucing kat umah ... itu nak salahkan apa pulak yek? Bukan ramai doktor penyayang kucing (bukan ramai orang biasa yg penyayang kucing juga) ... atau betul-betul berpengetahuan mengenai kucing ... Ada ramai yang gugur anak akibat penyakit yg dibawa suami (ekoran aktiviti rahsia & sulit), doktor dan orang tua-tua tak tanya ke? ... dan ramai juga wanita yang gugur anak tanpa sebab-sebab tersebut di atas. |
Re: kata orang tua-tua...
Betul cakap Bareen.
Kajian telah menunjukkan bhw kucing, boleh menyebabkan kemandulan/ menganggu kesuburan wanita. Didapati bhw kucing adalah salah satu penyebab ketidaksuburan wanita yg diakibatkan oleh parasit yang bernama Toxoplasma gondii. Parasit ini disebarkan melalui kucing, dapat menghancurkan sel bernukleus, termasuk sel ovum(telur). Penyakit infeksi oleh parasit Toxoplasma gondii ini dikenal dengan nama toksoplasmosis. Parasit ini berkembang biak di dalam usus kucing, kemudian telur-telurnya keluar bersama dengan najis kucing. Seekor kucing dapat mengeluarkan berjuta-juta telur toksoplasma dalam sehari selama dua minggu. Bagaiamana parasit ini boleh menyebabkan mandul? Sebenarnya lebih tepat dikatakan mengganggu kesuburan. Di dalam tubuh manusia, parasit ini akan merosakkan sel-sel yang bernukleus. Secara amnya sel-sel tubuh adalah bernukleus, kecuali sel darah merah, sehingga sel telur(ovum) pun akan dirosakkan olehnya. Disebabkan itu, apabila seorang wanita berada dalam waktu reproduksi dijangkiti toksoplasmosis, kesuburannya akan terganggu. Menyebabkan wanita ini tidak mendapat keturunan, sehingga disangka mandul. Langkah2 keselamatan yg boleh dilakukan.. 1. Jangan beri makan haiwan peliharaan dengan daging ikan dan tulang mentah/tidak dimasak. 2. Mencegah kucing dan anjing berburu burung, tikus dan lalat. 3. Pasir tempat najis kucing sebaiknya dibersihkan setiap hari. Ookista yang mungkin keluar bersama najis kucing memerlukan waktu 24 jam untuk menginfeksi. 4. Setelah mencuci daging mentah, sebaiknya cuci tangan dengan sabun. 5. Untuk wanita yang sedang mengandung jangan mencuci/membersihkan daging/ikan yang akan dimasak. 6. Sebaiknya sayuran mahupun buah-buahan yang akan dimakan dicuci bersih. 7. Jangan lupa mencuci tangan dengan sabun sebelum makan terutama bagi yg tidak menggunakan sudu. 8. Wanita yg mengandung jangan membersihkan tempat najis kucing. Rujukan: BUKU PARASITOLOGI PERUBATAN Satu lagi penyebab berlakunya mandul/susah nak dapat zuriat ialah seseorang itu terdedah sinaran berbahaya, seperti pancaran/sinaran radioaktif. Ada kalanya hanya memusnahkan sel sahaja...jika tahap dedahan melebihi boleh membunuh. Kalau dah mengandung, boleh jadi keguguran. Ini disebabkan embrio amat peka kepada sinaran. Ia jug boleh menyebabkan anak yang dilahirkan cacat jika kadar dos sinaran melebihi 50sv. Boleh dikira dengan menggunakan persamaan dibawah, berapa dos yang terkena. 1Sv=100rem 1rem=10miliSv rem=radxQ Q=fartor kualiti yang bergantung kpd jenis sinaran rem=dos setara rad=dos terserap Sv=dos setara dalam unit S.I nilai Q(faktor kualiti mengikut jenis sinaran) X-ray dan gama=1.0 sinar beta=3.0 neutron terma=3.0 sinar alfa(zarah)=20 neutron cepat=20 Oleh itu awas bagi mereka yang bekerja berhampiran kawasan yang mempunyai tanda amaran sinaran radiaktif. Rujukan: 1.Prof.Dr.Ahmad Termizi Ramli. Penggunaan sinaran keradioaktifan dan tenaga nuklear. UTM/DBP. 2.Prof.Dr.Husin. Prinsip asas pengesanan sinaran bahaya. UTM. |
All times are GMT +8. The time now is 05:39 PM. |
Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2025, Jelsoft Enterprises Ltd.