![]() |
Mengharapkan Pertolongan.....
Saya buntu dan tak tahu untuk membuat keputusan......saya sangat2 mengharapkan pendapat dari forumer semua yang sudi menolong saya....
Hari Isnin malam tiba2 Rain diserang sawan.........sebelum ni dia tak pernah kena sawan......kalau sakit hanya keluar air liur dengan banyak akhir lembik dan tak bermaya jika dimasukkan keward masuk air dia akan sihat seperti biasa.......... tetapi serangan kali ni amat berbeza iaitu sawan........puncanya dia terkejut dan terus melompat2 dan berlari tanpa arah tujuan dengan pantas dan laju.....dia akan langgar apa saja yang berada didepan dia...........perabot , dinding ,pintu dan apa saja yang ada....... saya panik tak tahu apa yang harus saya lakukan dan juga ketakutan, takut kerana pelanggaran yang kuat akan menyebab kesakitan dan bermacam2 injury pada dia...... saya telepon Dr Lim dari BabyPet dia suruh saya tangkap Rain dengan menggunakan towel dan pelok dia supaya rasa terkejut dan ketakutan dia hilang...... saya berjaya lakukan dan dia kembali tenang tapi seluruh anggota badan dia menggeletar dengan kuat sekali......saya menanggis sambil memelok dia. saya ingat pekara ni akan habis selepas itu .....sebab ketika tu semua klinik sudah tutup........saya silap apabila pekara tu berulang kembali pada pukul 2pagi.......bayangkan la hanya satu malam saja 5 kali dia kena sawan...... Saya pelok dia cuba tenteramkan dia semampu yang saya boleh buat........ Ya Allah Ya tuhanku badan dia terlalu panas sehingga nafasnya dapat berbau kepanasan badan dia........saya suap air kosong setiap setengah jam sekali.... Saya langsung tak dapat melelapkan mata walaupun sekejap sebab bimbangkan dia...... kuku kaki dia tercabut kesemua sekali semasa dia berlari dan melompat2 hidung , kepala dia juga berdarah sebab terlanggar segala barang...... Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu .....sehingga saya mengigil macam dia.... Esoknya pagi2 lagi saya berada didepan puntu klinik UPM, Alangkah hancurnya hati saya bila doktor kata dia tak boleh buat apa2.....sebab sindrom penyakit dia memang macam tu....saya kena terima.......bila dia kena attack saya kena tenteramkan dia sebaik yang boleh.............tak ada apa ubat yang diberi.... saya balik dan sepanjang perjalanan saya menanggis mengenangkan nasib Rain..... Pukul 10pagi BabyPet buka saya dah berada depan pintu dia......Dr lim cakap sebab darah dalam badan tak cukup untuk dipam keotak memang dia akan jadi macam tu bila ada pekara yang menyebabkan dia terkejut atau takut. Rain memang ada penyakit genetik........pengaliran darah kehatinya tidak betul.....satu saluran darah yang sepatutnya mengalirkan darah kehatinya tersumbat......disebabkan viral infection dari ibunya. Doktor cuba mengurangkan mengigil dia......dan saya tinggalkan dia supaya doktor boleh pantau perkembangan dia...... Saya pergi kerja sepaeruh hari...........hati dan perasaan saya hanya teringat dia ......saya call ramai doktor untuk bertanya pendapat. Ada yang berpendapat lebih baik bagi dia tido untuk selama2nya dan ada yang berpendapat ada ubat yang boleh bagi dia bertahan tetapi tak lama kalau mampu bertahan pun mungkin lebih kurang dalam setahun lagi. tetapi saya sentiasa kena bersedia sebab peringkat ini dia tidak boleh stress, Jika stress dia akan diserang sawan kembali...... Tetapi ramai yang suruh saya bagi dia tido......saya betul2 buntu dan tak tahu yang mana satu harus saya pilih......... Bayangkan saya memandu dan membawa dia untuk diambil nyawanya dan kemudian membawa dia kembali dengan tidak bernyawa lagi........ Saya tak dapat memikirkan pekara ni..........sebab bila dia tidak diserang sawan dia o.k bila saya panggil dia akan memandang saya dengan mata bulatnya dan berjalan datang kepada saya. masih boleh makan dan minum.........tapi bila diserang sawan masa saya ada dirumah mungkin tak apa tapi bagaimana bila waktu saya bekerja......mungkin ini akan mengyebabkan injury pada dia. saya sangat2 sayang pada dia..........tetepi kesian melihat nasib dia.....saya tak mahu dia sakit..........dan pada masa yng sama belum bersedia kehilangan dia...APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN TOLONG LA..... |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Quote:
macam article ni cakap the best med is the anticonvulsant drugs, ada tak doc prescribe ubat ni? or atleast bagi ubat apa2 and try dulu drugsnya untuk tengok ada perubahan ke tak.. bagi zee putting you baby to sleep should be the last remedy if kita sanggup untuk be there for the cats.. maybe bila dah macamni rain dah tak elok dah dibiarkan sendiri tanpa pengawasan sebab bila dia kena the epilepsi attack, kita pun tak tahu keadaan dia macam mana... harap2 ada forumers yang lebih berpengalaman dapat menolong dalam kes ni.. banyak2 bersabar ye and sentiasa ada untuk rain.. |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Salam BYJ,
Sedih Pakcu dengar kisah Rain tu, mengalir air mata Pakcu....{cry2}. Macamanapun, Pakcu cubalah bagi pandangan Pakcu, walaupun berat tapi rasanya berat lagi BYJ yang melihat dan terangat berat lagi pada Rain yang memikulnya. Disebabkan sawan ni adalah berpunca dari genetic disease `Dr lim cakap sebab darah dalam badan tak cukup untuk dipam keotak memang dia akan jadi macam tu bila ada pekara yang menyebabkan dia terkejut atau takut. Rain memang ada penyakit genetik........pengaliran darah kehatinya tidak betul.....satu saluran darah yang sepatutnya mengalirkan darah kehatinya tersumbat......disebabkan viral infection dari ibunya.', so tiada lagi ubat atau rawatan yang boleh menyembuhkannya, kecuali melalui pembedahan memperbetulkan saluran darahnya (tak tau la Pakcu kalau pembedahan sebegini ada dilakukan di Malaysia...). Ubat dan drugs yang ada, yang dicadangkan hanyalah untuk mengawal dan menenangkan Rain untuk tempoh waktu yang singkat, dan bukan untuk menyembuhkannya. BYJ, sungguhpun kasih sayang u terhadap Rain sangat dalam, tapi ingatlah semua benda hidup di dunia ni bersifat sementara. Lama kelamaan semua kan mati. Kita semua hanya berusaha dan cuba mendapatkan kematian dalam keadaan yang tenang dan tidak tersiksa. Untuk itu, Pakcu rasa kalau BYJ sayangkan Rain, relakan lah Rain pergi dengan tenang. Kalau Rain bole bercakap, rasanya dier pun akan mahu pergi dengan tenang dan tak sanggup rasanya die menderita kesakitan. Allah dah lihat akan keikhlasan BYJ dalam menjaga Rain dan sudah tentu kini giliranNYA pula untuk menjaga Rain. BYJ sudah melakukan apa saja yang terdaya dan kini biarlah Allah pula menggantikan tempat itu untuk menjaga Rain. Sesungguhnya, Rain tentu lebih bahagia di samping NYA. Ini pendapat Pakcu dan diharapkan BYJ memikirkannya k. Salam Pakcu utk BYJ dan diharapkan sentiasa tabah dan tenang di har-hari mendatang.{victory} |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Quote:
saya cuba sebaik mungkin untuk ada dengan dia .....tapi waktu berkerja saja yang saya tak mampu buat apa2.......mujur la sekarang ni syarikat saya hanya berkerja 4 hari seminggu saja.....boleh la saya ada dengan dia lama sikit.......badan saya aje kat tempat kerja tapi hati dirumah fikirkan macam mana la dia agaknya saya tinggalkan dari jam 6.45pagi sampai 6.30 ptg. macam mana kalau dia kena attack masa saya tengah bekerja.....sedihnya bila fikirkan tue.....{cry}{cry} |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Quote:
|
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
bersabarlah BYJ.. nih dugaan Allah kasik utk BYJ utk tgk sejauh mana kesabaran kita sume.. xdapat imejin ler kalo lia dalam keadaan cam nih... ape pun, kalo tanye pendapat lia.. lia rasa baik dan lebih elok kalau "lepaskan" dia dari seksaan cam tuh.. kesian dia...terfikir kalo time BYJ xde kat umah.. cemane la keadaan dia kalo kene serangan tuh... seksa badan dia...jiwa dia... kita yg lebih tau, berakal dengan waras nih pun dah terbayang cemane penderitaan yg dia tanggung.. lagi rasa bersalah kalau tgk keadaan dia macam tuh tanpa kesudahan yg entah bila... sekurang2nyer keputusan yang BYJ buat nih, melepas dia dari kesakitan yg maha dasyat yg rasanya sapa2 xkan sanggup tahan utk tgk & membayangkan... cuma pendapat lia..{victory} |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Quote:
meds hanya dapat mengawal serangan tapi bukan menyembuhkan.. rasanya BYJ nak taknak kena bersedia dengan kemungkinan terakihr skali, untuk put to sleep rain tapi ini kalau BYJ rasa yang terbaik untuk rain.. all up to you now tapi kita tengokla options apa yang doc dapat bagi, maybe untuk cuba meds lain.. or kalau ada operation bleh kurangkan serangan.. kalau BYJ taknak give up hope lagi then berubatla rain cara yang mana bleh cuma kalau bleh janganla lama sangat.. apa2 pun ini untuk BYJ decide untuk kebaikan rain, terima la apa2 nasihat pun tapi apa tindakan yang BYJ amik biar dalam kerelaan hati ye.. be strong, manjakan rain selagi dia sihat... |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Quote:
saya akan cuba fikir dengan sebaik2nya dan dengan perasaan yang tenang. sebab bila kita tenang baru boleh fikir dengan sebaiknya........ sebab sekali sekala dalam fikiran saya memang nak buat macam tu.....sebab lambat laun saya akan kehilangan dia juga........tapi ada masa saya rasa saya nak cuba apa jalan sekali pun untuk menyelamatkan dia......sebab mana tahu ujud keajaiban dia semboh. dulu masa saya kematian Beayongjune.......saya tak dapat memaafkan diri saya dan terasa amat menyesal sebab tak fikirkan jalan yang terbaik untuk dia.....seminggu saya ambik cuti.......dan 3 tahun kemudian baru berani untuk cari pengganti..... saya takut pakcu......takut bila saya buat keputusan saya akan menyesal kemudian.......tapi saya juga faham qada dan qadar tuhan.... Saya akan cuba bertenang dulu dan fikirkan kembali apa yang pakcu sarankan .......terima kasih sekali lagi pakcu......doakan saya untuk membuat keputusan dengan sebaiknya.{cry} |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Quote:
saya akan cuba fikirkan sebaik2nya saranan nie...... semoga ALLAH beri petunjuk pada saya. |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
byj, mintk tengok gamba rain boleh? semoga june dipermudahkan...{cry}
|
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Hi.
Apa kata, klu try Alicia punya tempat Reiki where June (MacGyver) hantar PeterPan dulu ? Sekurang kurangnya dia munkin lebih tenang. Klu ubat moden tak leh bantu, camner dgn cara lain ? Tp betul mcm Pakcu kata, kena fikirkan keupayaan sendiri mcm mana. Kita tentu tak nak Rain terseksa. Juga kiter tentu tak nak prolong kesakitan yg munkin dialaminya. Cuma sy fikirkan, rasanya penyakit tuh (epilepsy) tidaklah semerbahaya accidents yg munkin dia hadapi bila berlari tak tentu arah. Nak letak dlm cage masa BYJ pi kerja pun, cage tu nanti kena padding so dia hentam dinding cage pun tak sakit. Whatever decision and action pun, BYJ, u hv done the best for Rain. Doa & sembahyang semuga diberi petunjuk. Note : Sy pernah kenal someone yg ada penyakit sawan. Dia kt masa serangan tuh dia tak sedar. Tak rasa sakit. Cuma penat sgt lepas tuh. So dia cuma nak rehat / tidur sj. Yg kita takutkan bila masa serangan tuh dia tak tentu arah. S'times 2 org lelaki kena pegang dia kuat kuat sampai dia tenang semula. Tak dpt bayangkan camner BYJ kena pegang Rain kuat kuat so dia tak lepas n tak cakar. |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
8 Attachment(s)
Quote:
|
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Dear BYJ.
I do not mean to be offensive or demeaning your hardship, but i find my view is different from anyone else here. Cause my moral belief is against putting down any life, putting Rain down is already out of the window. If the anti-convulsants are available.. i suggest to medicate my Rain everyday for the rest of his life.. I do not want it in my conscience that i have determined for Rain that he is better off dead If it is his path to one day die, let the "higher power" take his life. Someone close to me medicates his dog for life (morphine) to ease pain or the dog.. till now, 13 years already, and they love Penny so much, and she is the joy of the family. Prolly someone guessed it, yes HD is not as bad as Rain's condition. but it is still life long medication, and each and every life is priceless. I also suggest to cage him with soft lining bar that he could not easily injure himself while you are away. sad life, yes, but better than dead. To me this is a greater love to nurture than to kill, rather than ego to keep him. Take joy everyday that you have done your best and today Rain is still with you. All living being has their own path of life, and nobody knows if Rain would ever be thankful that you put him down. Very sorry if i offended anyone, and deepest sympathy for Rain, keep him. |
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
isk kesiannye rain.tu la u kene kurung si rain tu kalo u xde kt umah.cage die kene letak padding2.xpun..if u ade duit lebih kan..everytime nk g keje,u tgl rain kt vet mane2.BabyPet tu baik2 org die.i slalu nampak derang bg mkn this cat.siap dh potong segala n bg vaksin.padahal kucing liar je.u try la tanye.tp cost u meningkat la.
|
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
hihi comelnye Rain..lidah terjelir{shy}
|
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
sawan mmg berbahaya terutama kalau kene serangan tuh time xde orang kat sekeliling.. awal thn nih wife besfren meninggal sebab kene serangan sawan & jatuh dalam air yg kebetulan masa tuh tgh banjir..masa tuh dia kat beranda depan umah.. (arwah meninggal sehari lepas 1st wed annvsry bersama 1st baby dalam kandungan yg dah nk masuk 6 bulan)..x sempat nk scan jantina pun Al-fatihah buat arwah isteri Jasni & 1st baby dia{cry}{cry} |
Mengharapkan Pertolongan.....
Alfatihah buat kawan ko Lia.sedihnya dengar cerita dia meninggal dgn bayi dlm kandungan {cry}
BYJ,keputusan ditangan ko utk menentukan samada nak let go si Rain atau tak. yg penting ko sanggup menanggung beban menjaga Rain.ko juga blh cuba kaedah traditional. mcm aku ari tu buat Reiki.ikut kata si Alicia,bukan semua manusia dan haiwan receptive to Reiki.klu binatang/org ada positif aura (or something like that) mereka akan receptive.si Peterpan tu very aktif,chatters so mgkn dia positif.anyhow,boleh try takde salahnya.kita berusaha yg mana terdaya dan termampu. Quote:
|
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
hi byJ.sy amat2 cdih bc artikal u.derita kehilangn Org yg kita syg.tp,u jgn lupe.dia jugak pasti derita dgn kesakitn yg dia tanggung ketika sawan?sy sOkOng dgn pendpt pakcu n julia.tp,u better pertimbangkn ape yg pakcu cdgkn.sy dOa u buat keputusn yg t'baik utk u n rain.with l0ve,laila...
|
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
I can understand how desperate yr situation now. Tak sedar menitis air mata membaca cerita u. Bak kata pakcu, berat mata memandang, berat lagi bahu u yg memikul. It's definitely a complicated decision to make - perhaps the most difficult in yr entire life. However if u decide to spare his life, as simple & chelly said, make sure you must put padding & cushion the cage properly. A smaller cage is much better sebab based on physics law, kalau cage dia besar, dia akan ada lebih banyak space apabila menghentam tubuh dia pada dinding cage. Velocity meningkat, momentum bertambah & risk of injury is higher. Tapi kalau smaller cage, less space to move, velocity menurun & less injury. Sama mcm accident kereta. Kereta yg accident dalm keadaan dipandu laju impaknya lebih teruk compared to kereta yg accident tapi dipandu perlahan. May be this is not the best solution, tapi kalau memang you tak sanggup nak lepaskan dia buat masa ni & kalau you ada budget lebih, buatlah satu bilik khas yg soundproof utk rain...or else for the time being, mungkin you terpaksa hantar another 2 cats of yours ke tempat lain temporarily until rain dah tiada. Memang penyakit epilepsy ni tak boleh terkejut & dgn adanya 2 ekor kucing yg nakal kat rumah tu, especially when u r not around, imagine mcmana keadaan rain bila dia terkejut & kena attack. In my opinion, sending rain to vet while you are at work can't guarantee that he will be fine. Entah2 lagi teruk sawan dia. Tau2 je laa....macam2 bunyi ada kat vet tu. All the best to rain & u, BYJ.
|
Re: Mengharapkan Pertolongan.....
Quote:
Tentang remedy utk Rain, macam yg dicadangkan oleh kawan2 lain, BYJ bole cuba. Tapi sebelum cuba Pakcu minta BYJ siasat dulu dan dapatkan sebanyak info yang bole - apa side effectnya, peratus kemungkinan dia akan sembuh, berapa lama, cost dan sebagainya. BYJ kena letak diri BYJ sebagai Rain sekarang, adakah sanggup menghadapi hari-hari mendatang dengan segala rintangan dan kesakitan melalui bermacam-macam ubat, drugs, healing process dan sebagainya. Pakcu tak nak BYJ menyiksa diri sendiri utk menjaga Rain (I'm very sure Rain pun tak nak macam tu), nanti dua-dua akan tersiksa. Pakcu sarankan BYJ sembahyang Ishtikarah dan dapatkan petunjuk dan pertolongan dari NYA. Itu lah jalan terbaik membantu BYJ membuat keputusan dan Pakcu akan sentiasa berdoa untuk BYJ n Rain, dan akan menyokong segala keputusan BYJ yang BYJ fikirkan yang terbaik. Kalau BYJ memerlukan bantuan Pakcu, Pakcu akan cuba membantu seberapa boleh yang mampu. Jangan malu2 k. Salam sayang Pakcu utk BYJ n Rain.... semoga dalam peliharaanNYA selalu. |
| All times are GMT +8. The time now is 07:10 AM. |
Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd.