![]() |
Dah puas makan ati
3 Attachment(s)
hai semua, dah alam kak oni tak active, tapi ada gak sesekali baca tread kau orang.
Dah macam macam dugaan kuching akak terima sejak bulan puas dulu. Ni yang latest, c kitty bear akak lak tak balik umah dah 2 ari. Dia ni bukan suka jalan jalan atau dok kat luar, cuma 1 kali je sehari dia jalan dan dok kat play ground ambil angin. Pedih ati bila orang suka sanggat curi kucing cantik kita, masuk ni dah 2 ekor kena kebas. belum lagi kita yg kena langgar atau termakan racun nebor. Tiap tiap malam akak nangis. Rasa bersalah teramat. Nak taruh dlm sangkar tak muat. memang by next week akak b[nak buat rumah kuching kat dalam kompaun akak. tapi tak leh taruh semua sekali. Akak ada tiga ekor jantan dan 1 ekor kucing betina akan send for adoption. Dia orang semua dah di kasi. Dia orang ni adik beradik - born on 5th July, mama dia org, mati kena langgar. Nanti akak post gambar dia org kat csini. Akak harap dapat forumner yang benar benar iklas dan dapat sayang dia org, macam akak. kalau ada yg interested dan nak tengok sendiri, leh call akak at 012 2610908. Akak tinggal kat Ukay Perdana, ulu klang. Ada lak semalam, 1 mat saleh ni, umah dia corner lot , two doors away dari umah akak, dia buat barbeque kat compoun. Biasa la kalau bau ikan, sotong, daging ni, kucing memang akan cuba cuba intai intai, dah memang lumrah dia binatang dengan makanan. Leh lak dia jerit dari umah dia [bunyi cam mabok je] bila dia tengok akak kat compaun, tau apa dia cakap 'TAKE CARE OF YOUR BLOODY CATS, I DON'T LIKE THEM COMING INTO MY HOUSE'. Macam setinggan je perangai. Kalau dah gah sangat, patut dia buat tembok batu je keliling umah dia. Dia bolih approach akak dan cakap elok elok. kita faham, akak leh kurong dia orang kat dalam umah. Cuma 4 ekor je yg roaming, tapi stray cat ada gak. akak diam je malas nak layan org mabok ni. Yg paling menyakitkan ati, leh dia kata stupid Malay kat kita. As if, when he is a lawyer can can say anything he wishes. Kalau malay dan stupid, dia pun stupid gak, nape nak cari makan kat tempat org. Wife dia singh, diam je. Bila nak keja pun akan rasa restless, takut dia langgar kucing akak. Tu la akak dah ambil keputusan, nak bagi dia org kat org yg bolih jaga. Kalau akak buat umah pun ak leh muat semua 17ekor kuching akak. |
Re: Dah puas makan ati
Alahhh kak, sedih dengar cerita macam ni....Susah kalau neighbour yang menyusahkan orang ni. Tapi kalau pikirkan balik, kalau kena kebas dia jaga elok maybe lebih baik dari di tendang terajang macam cerita2 forumer kat sini. Tapi masaalahnya yang di kebas tu cuma yang lawa2 ek? yang kucing terbiar kat luar ramai tu, tak pulak di kebas! {angry}
Berapa umur kucing2 akak yang akak nak put for adoption tu? Kita semua kat sini sincere sayang kucing. Insyaalah, adalah forumer yang dapat adopt kucing akak tu {victory} |
Re: Dah puas makan ati
Tima kaseh le, atas simpati adik tu, dia orang dah 5 bulan, sehat dan tak naughty dangat pun. dari lahir dia, memang kat cage. sekali sekala je akak lepas masa nak cuci cage. this weekend akak nak ambik gambar dia orang, nanti akak post kat csini.
harap harap ada le insan yg berjiwa penyayang yang akan ambik dia orng ni. |
Re: Dah puas makan ati
Quote:
|
Re: Dah puas makan ati
Tima kaseh le dik. Akak nak bagi orng dalam 6 ekor je, yg lain tu dah lama ngan akak, dah macam keluarga, akak tak akan bagi dia orng. Yang generasi baru ni je, sebelum mendalam kasih sayang akak kat dia orng, elok berpisah. harapan akan dia orng akan lebih selamat ngan tuan baru.
|
Re: Dah puas makan ati
Quote:
so saling memahami laa.. tapi x pe sabar la.. mmg ape2 pon sumenye ade dugaan kan.. mcm i .. mase first time ambil stray mak bukan main mengamok.. tapi now dah ok.. cuma die x suke long hair je.. pasal kucing akak yg for adoption tu cpt la upload pic.. klau senang upload kat petlisting sebab ramai yg tengok..{happy}{happy}{victory}{victory} |
Re: Dah puas makan ati
Quote:
leh tukar2 pendapat....kalo ade aper2 sng nak bincang.. kalo akak sabar,berkorban plak utk kucing yg disayang insyaAllah ade balasan yg setimpal ngan aper yg kite buat |
Re: Dah puas makan ati
Quote:
|
Re: Dah puas makan ati
Quote:
mcm kite 2 kat sini berforum ngan org yg same minat dan memahami..{victory} |
Re: Dah puas makan ati
Quote:
|
Re: Dah puas makan ati
kesiannya oni...depa buat kita ni,macam pendatang pula kan..{nah}
tak apalah oni,ramai kat sini yg boleh adopt kucing oni tu.. nnti tepek gambar ye...{victory} |
Re: Dah puas makan ati
Sama la dengan jiran saya, dia blame my cats yang pergi poo & pee kat rumah dia, tp yang buat 'hal' tu stray. Dengan rumah saya pun dia 'tembak'. Just because kita bela kucing, mereka ingat semua kucing kita kot... Anyway, dia takde la cakap kasar.
Rasanya masalah jiran ni masalah global gak la kot ;). So kitty bear dah balik ke? |
Re: Dah puas makan ati
tima kasih le adik adik, sorry lambat respond, terasa lega sikit ada adik adik cam kau orang. Kan elok kalau ada diatara kita yang millionaire, bolih gak kita buat satu taman perumahan 'THE CATS VALLEY' Aman hidop kita kat sana.
Nanti le akak akan load gambar dia orang kat cni. Semua local cats, tapi gembu gebu gak mata oriental lagi. ada hidung pink lagi. |
Re: Dah puas makan ati
Quote:
A'ah masalah global ni...kita bagi mkn strays, terus ingat strays tu kucing2 kita...typical...suka jump to conclusion{cool} |
Re: Dah puas makan ati
Quote:
|
Dah puas makan ati
Setuju dgn abang Halim.mat salleh yg kurang ajar mcm ni kena ajar sikit supaya sedar diri kerja kat Malaysia cari mkn.Kak Oni,dulu boss mat salleh saya pun kurang ajar.dia kata orang Malaysia ni bodoh senang kena tipu.apa lg saya mogok kerja kat ofis.pastu dia kelam kabut.saya jwb you said Malaysian are stupid,right?? Now I cannot do all the office work,so u must do it yourself. Kami bertiga mogok kat ofis.buat2 bodoh & baca newspaper kat ofis bukannya kerja.baru dia kelam kabut.saya minta dia minta maaf to each of us.Saya kata pasal apa u dtg Malaysia?? Pasal negara u tak blh cari mkn.kat sini boleh so tolong respect sikit kat kita org.jgn ingat suma org dia blh pijak2 sesuka ati mak bapak ko. {angry}{angry}{angry} baru dia padan muka.sejak dari situ dia tak berani dgn saya.
Quote:
|
Re: Dah puas makan ati
Tu la Halim/June,
memang gigit bibir menahan nak jawap dia, tapi akak fikir balik, sabar banyak, takut nanti akak anak bernak p keja, buat lak dia racun ke, langgar ke anak bulus akak tu, kes lagi nanya. Yg yang akak tengah cari kandan besar, ada antar email kat Nurul minta contact number Fir, nak minta diskaun cage tu. Akak nak cepat cepat kandangkan dia orang. Ala, yg bebas tu cuma 3 ekor je, yg lain tu dah dalam kadang, kesian lak berhimpit himpit dia org. Kalan akak ke anak anak lalu kat depan kandan, berebut rebut hulur tangan, tarik baju, dan buat muka kesian nak keluar. Akak buat bodoh je, tapi nangis gak kat dalam umah. Tapi nak buat cam na. Fir, kalau terbaca tread ni, call la akak kat 0122610908, akak nak negotaite sikit harga tu. |
Re: Dah puas makan ati
Quote:
bestnye klau btol2 ade kan? he3{happy}{happy} |
Re: Dah puas makan ati
Salam Kak Oni & kwn2 lain. Sy org baru sini. Sy rasa sy boleh tlg akak bertukang kalau akak nak buat cage kucing besar sikit. Sy ni boleh la bertukang sikit2. Cage kucing sy skrg ni pun DIY je dari kayu2 terbuang. Nasib la sy duk rumah shop lot. Kalau rumah teres dah lama la sy buat mini zoo kucing. Kalau akak berminat, sy ok je tlg. Bahan2 pun apa sgt. Kayu tu cari la kat mana2 construction @ kat tempat brg terbuang. Yg pakai duit pun paku & dawai je la. Tools mmg sy ada la sikit sebyk. Apa2 akak bgtau la. Tu je yg mampu sy tlg pun {cool}
|
Re: Dah puas makan ati
Quote:
Alhamdulilah dah settle {happy}{good} |
| All times are GMT +8. The time now is 09:53 PM. |
Powered by vBulletin® Version 3.8.2
Copyright ©2000 - 2026, Jelsoft Enterprises Ltd.